Tanda-Tanda Si Dia Bukan Lagi Jodoh, Dilema Mahu Kekal @ Lepaskan Sahaja

Konflik yang melanda keluarga boleh menyebabkan tekanan terhadap diri untuk memilih jalan sama ada perlu berkorban perasaan ataupun sebaliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya bukan mudah untuk mengecapi kebahagiaan kerana ia memerlukan anda dan pasangan bersama menempuhi pelbagai konflik keluarga yang sering menganggu.

Hubungan cinta yang penuh dengan kasih sayang dan bahagia menjadi idaman setiap pasangan.

Mungkin pada awal perkahwinan dunia anda diwarnai dengan kehangatan cinta, namun tidak mustahil keadaan akan berubah sebaliknya setelah bertahun-tahun bersama.

Tekanan konflik keluarga

Hubungan yang dilanda dengan konflik keluarga secara dalaman dan luaran seperti desakan keluarga, kewangan dan kekurangan waktu bersama sekaligus membuatkan anda tertekan sehingga terkadang wujudnya rasa ingin berputus asa.

Jika anda berhadaapan dengan situasi cinta toksik ini, adalah perlu untuk anda memikirkan langkah bagi mengutamakan kebahagiaan diri sendiri dan melepaskan sahaja sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk anda.

Perhubungan yang penuh dengan toksik adalah sesuatu yang tidak menyenangkan sehingga sukar menemui jalan penyelesaian.

Dalam keadaan tertentu, anda dihimpit dengan dilema kerana tidak dapat bersuara dengan baik ketika menjalinkan hubungan dengan suami tercinta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara tanda-tanda anda sedang memiliki cinta toksik dengan suami ialah:

#1. Kurangnya rasa percaya

Bagi anda dan suami yang telah lama bersama, pastinya akan terbitnya nilai kepercayaan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

Namun bagi hubungan yang telah kehilangan untuk saling mempercayai ini, anda akan mendapati bahawa suami sering bersikap hambar dan selalu menuduh anda memiliki lelaki lain ketika anda terpaksa bekerja lebih masa.

Bagi sesetengah orang mungkin menganggap sebagai perkara yang biasa. Namun, jika anda perlu berhadapan dengan pelbagai soalan kerana syak prasangka yang negatif, silap-silap anda pun tidak dapat menyiapkan kerja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Tidak sama-sama usaha untuk bahagia

credit to sources

Tidak dinafikan, jika anda dan pasangan sama-sama melayari kehidupan rumah tangga dengan baik, anda berada selangkah hadapan untuk gembira dengan jodoh yang telah dipilih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya, seorang isteri sanggup mengorbankan apa sahaja demi suami dan keluarga kecil. Namun bagi suami yang tidak bertanggungjawab, mereka hanya akan ”goyang kaki” dan menerima sahaja segala yang anda usahakan demi dirinya.

Hal ini dapat dilihat jika anda melakukan tugasan rumah seorang diri dan menjaga anak, suami yang kurang penyayang hanya ”tolong tengok” sahaja sambil sibuk melayan media sosialnya.

#3. Kegagalan untuk berkomunikasi

Kebiasaannya, konflik keluarga akan berlaku disebabkan oleh kegagalan anda untuk berbincang secara baik dengan pasangan.

Lumrah hidup seorang wanita mampu memendam segala perasaan mereka biarpun hati anda sering disakiti oleh lelaki yang dicintai.

Namun, jika anda mendapati ketika meluahkan segala yang terbungkam di hati dan pasangan tidak dapat menjadi pendengar yang baik sehingga menyalahkan anda semula, ada baiknya anda menilai sendiri tahap kebahagiaan diri bersama suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, kegagalan komunikasi ini juga disebabkan oleh kekurangan waktu bersama kerana komitmen kerjaya terlalu tinggi.

#4. Tidak boleh menjadi diri sendiri

Kehilangan diri sendiri boleh terjadi apabila anda lebih menjaga hati dan perasaan pasangan.

Sekiranya berhadapan dengan situasi yang sukar, pastinya anda akan mengawal diri agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

Bukan itu sahaja, hal yang lebih memburukkan lagi apabila anda perlu menuruti setiap arahan suami tanpa boleh mengatakan ”tidak”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi isteri yang baik dijanjikan ganjaran syurga. Namun, jika anda sendiri terpaksa membiarkan diri diseksa, sampai bila ia akan bertahan?

#5. Pasangan sering mengkritik

foto: Hello Sehat

Setiap manusia pastinya mengimpikan teman hidup yang mampu menyempurnakan hari-harinya.

Kehidupan berumahtangga akan memperlihatkan diri suami anda yang sebenar, sama ada dia penuh dengan kelemahan ataupun sebaliknya.

Dalam menjadikan anda sebagai isteri yang baik, pastinya suami adalah orang pertama dalam memberi kritikan terhadap setiap tindakan yang anda lakukan.

Namun hal ini akan menjadi sesuatu yang membebankan apabila pasangan sering mengkritik dan melihat kesalahan diri anda pada setiap masa.

Kritikan negatif yang bersifat menghina dan berterusan akan membuatkan hati anda tercalar sehingga tidak bahagia untuk meneruskan hubungan dengan suami.

Bagi anda yang begitu ikhlas menyayangi suami, anda mungkin tidak perasan bahawa anda salah seorang yang berada dalam situasi ini.

Perasaan cinta yang begitu tinggi sekaligus membutakan mata anda walaupun pada hakikatnya jiwa raga anda telah teraniaya.

Apa yang paling penting dalam membuat sesuatu keputusan, perlu diutamakan terlebih dahulu kesihatan emosi bagi memberikan kebaikan dalam jangka masa panjang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: Rupanya Ini 8 Isu Yang Menjadi Pengancam Perkahwinan Kita Tanpa Disedari!

Baca juga: Status Anda Di Laman Media Sosial Dedahkan Rahsia Rumah Tangga Anda Tanpa Disedari!

Baca juga: Tidak Perlu Berbelanja Besar Atau Luang Tenaga Banyak, Ini Cara Mudah Kekalkan Hubungan Bersama Pasangan!