Jangan Angkat Punggung Ketika Meneran, Elak Terjadi Koyakan Bersalin Yang Teruk

undefined

Koyakan bersalin menjadi igauan ngeri kebanyakan ibu. Bagi yang kali pertama, besar kemungkinan untuk doktor melakukan proses gunting perineum

Gerun bunyinya bila mendengar pengalaman mengenai koyakan bersalin. Tapi hakikatnya itulah yang akan berlaku pada kebanyakan ibu baharu ketika proses melahirkan anak buat suami tercinta.

Tapi jika tahap 4, jika dikatakan paling teruk dan anda mungkin terpaksa menerima banyak luka jahitan bersalin. Namun jangan risau, dengan penjagaan yang betul ketika berpantang pastinya akan mempercepatkan proses penyembuhan jahitan bersalin.

Koyakan bersalin buat ibu kali pertama

Setiap wanita yang melalui kelahiran akan memiliki pengalaman berbeza. Apa yang ibu perlu tahu adalah tidak semestinya anda akan mengalami tahap koyakan bersalin yang sama. Malah ada yang langsung tidak alami sebarang koyakan.

Tapi biasanya bagi yang baru pertama kali melahirkan anak, doktor akan membuat belahan episiotomi bagi mengelakkan koyakan yang lebih besar berlaku pada bahagian perineum ibu bersalin. Paling penting adalah ikuti nasihat doktor mengenai penjagaan jahitan bersalin yang betul.

Punca koyakan bersalin berlaku

Tahap 4

Terdapat empat tahap koyakan bersalin. Yang paling dalam dan besar adalah tahap empat kerana ia melibatkan jahitan luka bersalin sehingga kawasan dubur. 

Jadi apa yang akan menyebabkan ibu mengalami koyakan tahap 4 ketika bersalin? Anda lebih berisiko untuk mengalami jenis jahitan bersalin tahap ketiga atau keempat jika:

  1. Ia adalah kelahiran normal pertama anda
  2. Anda bersalin secara normal tetapi menggunakan bantuan forceps atau vakum
  3. Anda melahirkan bayi yang besar (lebih lapan paun, 13 auns, atau empat kilogram)
  4. Anda bersalin dengan bantuan induce
  5. Anda mengalami tahap kedua bersalin yang berpanjangan (bukaan serviks anda berpanjangan dan mengambil masa panjang untuk cukup 10 cm)
  6. Bahu anak anda tersangkut di bahagian belakang tulang kemaluan anda
  7. Bayi anda berada dalam kedudukan occiput posterior (OP) yang berterusan (di mana kepala berada di bawah dan anak menghadap perut anda)

Siapa berisiko mengalami koyakan teruk semasa bersalin

Tahap 4

Ia tidak boleh ditentukan kerana perkara ini ada kaitannya dengan anatomi pesakit iaitu bentuk badan dan bahagian lain termasuklah fisiologi, atau kebolehan meregangkan kulit dan otot.

Ia sangat subjektif dan bergantung kepada individu. Anda tidak boleh meramalkan dengan ketepatan 100 peratus siapa yang akan koyak dan siapa yang tidak.

Menurut Kirstyn Richards, ahli fisioterapi kesihatan pelvik di Moss Postpartum House di Calgary, beliau menyatakan bahawa ramai wanita mempunyai lantai pelvis hipertonik, yang bermaksud bahawa otot terlalu ketat dan tidak dapat berehat, yang boleh meningkatkan risiko koyakan dan luka episiotomi.

Jika anda mengalami sakit semasa hubungan intim, sakit semasa memasukkan tampon atau sakit belakang bahagian bawah yang kronik, ia boleh menjadi tanda lantai pelvis yang ketat. 

Cara mengelakkan koyakan bersalin 

Tahap 4

Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan koyakan tahap ketiga dan keempat kerana terdapat banyak faktor di luar kawalan anda, termasuk saiz bayi anda dan anatomi anda. Namuna ada beberapa perkara boleh dilakukan untuk mengelakkannya. Ia termasuklah:

#1. Berjumpa fisioterapi

Namun, berjumpa ahli fisioterapi kesihatan pelvis pada bulan-bulan sebelum bersalin boleh membantu dengan melakukan senaman yang berguna untuk mengurangkan kemungkinan koyakan tahap pertama dan kedua dan meningkatkan pemulihan selepas bersalin, tidak kira betapa teruknya koyakan itu.

#2. Belajar pernafasan

Belajar teknik pernafasan ketika meneran akan membantu anda mengelak koyakan teruk pada faraj anda. Pernafasan yang betul penting untuk membantu anda meneran dengan baik. 

#3. Kedudukan bersalin

Anda perlu belajar tentang kedudukan bersalin yang ideal. Kedudukan tertentu menutup saluran masuk pelvis dan menyukarkan bayi untuk keluar. 

#4. Urutan perineum

Urut Perinuem atau urutan faraj adalah sejenis urutan yang dilakukan di kawasan intim wanita yang membantu meregangkan otot-otot faraj dan saluran kelahiran, mempermudah keluar bayi semasa kelahiran normal.

Antara tekniknya ialah dengan masuk dan meletakkan satu atau dua ibu jari ke dalam dinding vagina dan menggerakkan jari mengikut bentuk U

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, jika melakukan urutan Perineum (perineal massage) di bulan ramadan antara terbit fajar sadiq sehingga tenggelam matahari, maka batallah puasa anda menurut mazhab Syafi’ie.

Jika anda bertanyakan adakah urutan perineum perlu mandi wajib? Jawapannya adalah tidak diwajibkan mandi hadas sekiranya tidak keluar air mani.

Imam al-Qadhi Abu Syuja’ menyebut di dalam karyanya tentang perkara yang mewajibkan mandi hadas ialah:

‌والذي ‌يوجب ‌الغسل ستة أشياء: ثلاثة تشترك فيها الرجال والنساء وهي التقاء الختانين وإنزال المني والموت وثلاثة تختص بها النساء وهي الحيض والنفاس والولادة

Maksudnya: “Dan yang mewajibkan mandi ada enam perkara: tiga perkara dikongsi oleh lelaki dan wanita iaitu apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki masuk ke dalam faraj wanita), keluar air mani dan mati. Manakala tiga lagi khas untuk wanita iaitu haid, nifas dan wiladah”.

#5. Lakukan senaman

Pakar juga sangat mengesyorkan kehamilan aktif yang merangkumi sekurang-kurangnya 30 minit senaman, seperti berjalan kaki lima kali seminggu dan senaman kegel yang kerap.

Walaupun aktiviti ini mungkin tidak menghalang koyakan, ia akan mengurangkan masa anda bersalin dan membantu anda pulih lebih cepat jika anda mengalami koyakan.

Pengalaman jahitan bersalin terbuka

Pegawai Perubatan Klinik Ibu dan Anak MBBS, Dr Farhanah Ibrahim berkata, dia banyak menerima rujukan kes luka bersalin terbuka dan terpaksa dijahit semula.

Menurutnya, terdapat satu kes seorang ibu yang baru bersalin tujuh hari dirujuk ke klinik dan apabila pemeriksaan dilakukan mendapati semua benang jahitan tertetas sebelum lukanya bercantum.

“Wanita itu sendiri mengakui mencuci luka itu menggunakan cecair antiseptik. Berkemungkinan cara itu tidak serasi dengannya atau cecair antiseptik itu tidak dilarutkan terlebih dulu hingga menyebabkan benang jahitan terhakis.

“Secara umumnya luka jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu. Benang yang digunakan itu akan larut sendiri tanpa perlu dibuang selepas luka sembuh,” katanya.

Tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh

Ada beberapa tanda luka bersalin sudah sembuh iaitu:

  • Luka episiotomi kelihatan bersih
  • Tidak keluar nanah pada jahitan
  • Jahitan tiada kemerahan
  • Tiada rasa sakit atau luka pada luka episiotomi apabila disentuh
  • Luka kering dan bercantum dengan baik
  • Tiada air atau cecair yang keluar pada luka jahitan
  • Benang tidak keluar atau hilang dari jahitan
  • Jahitan bersalin tidak berasa gatal
  • Luka jahitan bersalin tidak terbuka atau melecet

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ajar Anak Hafal Sifir Guna Kaedah Gigi, Cikgu Sekolah Pun Guna Cara Berkesan Ini!

Baca juga: Resepi Perapan Ayam Bakar Lazat Untuk Ibu Berpantang, Tidak Berminyak & Berkhasiat

Baca juga: Anak 6-10 Tahun Tiba-Tiba Ada Tabiat Kenyit Mata Berulang Kali, Buat Bunyi Pelik…Dia Mungkin Alami Gangguan Tics

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!