8 Produk Memutihkan Kulit Untuk Ibu Hamil, Kalau Salah Pilih Boleh Mengundang Bahaya!

Ibu memerlukan krim pencerah kulit untuk membantu mengatasi gejala Melasma namun bukan semua produk pencerah sesuai untuk ibu hamil.

Ketika hamil, selain perut membesar, berat badan meningkat, dan kaki membengkak, ada satu lagi perubahan yang akan dialami oleh ibu hamil iaitu perubahan warna kulit, jadi sebab itulah ibu perlukan produk memutihkan kulit ini.

Ibu boleh mengalami puting yang menggelap dan kulit di bawah lengan, leher, ketiak, pangkal peha serta linea nigra yang semakin menggelap pada usia kehamilan. Jeragat dan tahi lalat anda juga mungkin kelihatan lebih gelap. 

Ia juga berlaku pada kulit wajah di mana sebahagian tempat menjadi lebih gelap dari biasa. Kawasan yang terjejas adalah dahi, pipi, hidung, bawah mata, dan atas bibir yang akan menjejaskan kecantikan kulit wajah.

Kandungan Berbahaya Dalam Produk Pemutih Kulit

Salah satu produk skincare yang dianggap berbahaya dipakai oleh ibu hamil adalah produk memutihkan kulit yang bertujuan untuk mencerahkan kawasan kulit yang gelap atau mencapai warna kulit yang umumnya lebih pucat.

Krim pencerah wajah ini mengandungi bahan yang merbahaya untuk ibu hamil dan janin dalam kandungan seperti:

  • Hidrokuinon
  • Merkuri
  • Phthalates
  • Retinol dan retinoid
  • Oxybenzone
  • BHA
  • Paraben
  • Kortikosteroid (ubat steroid).

Jadi sebaiknya ibu hamil patut elak menggunakan produk pemutih kulit yang mengandungi bahan-bahan di atas.

8 Produk Pemutih Kulit Selamat Untuk Ibu Hamil

Sebagai alternatif, ibu boleh memilih krim pencerah dengan bahan alami. Banyak kosmetik pencerah kulit memiliki zat yang berasal dari  tumbuhan dan ia dipercayai dapat mencegah produksi melanin tanpa menjadi racun dan dianggap selamat.

Kami senaraikan 8 krim pencerah yang selamat untuk ibu!

Produk Memutihkan Kulit Yang Selamat
Cetaphil Optimal Hydration Healty Glow Daily Cream
Terbaik Untuk Wajah Berseri
Beli di Shopee
Safi Perfect White Illuminating Day Cream SPF20PA++
Terbaik Untuk Dipakai Siang
Beli di Shopee
Innisfree Green Tea Seed Essence-In-Lotion
Terbaik Untuk Kesegaran Wajah
Beli di Shopee
Dr.Jart+ Cicapair Color Correcting Treatment
Terbaik Untuk Sekatakan Warna Kulit
Beli di Shopee
Nivea Sun Protect & Light Face & Body Sunscreen SPF50
Terbaik Jenis Sunscreen
Beli di Shopee
Wardah Lightening Day Cream
Terbaik Untuk Mencerahkan Kulit Kusam
Beli di Shopee
Laneige Water Bank Gel Cream
Terbaik Dengan Cooling-Effect
Beli di Shopee
Beauty of Joseon Dynasty Cream
Terbaik Secara Keseluruhan
Beli di Shopee

Cetaphil Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream

Terbaik Untuk Wajah Berseri

Rekomendasi krim wajah pertama yang selamat bagi ibu hamil adalah Cetaphil Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream.

Pada dasarnya, hampir semua produk Cetaphil terkenal sebagai produk yang selamat digunakan untuk bagi yang mempunyai kulit sensitif dan ia berfungsi sangat baik untuk merawat dan membersihkan kulit.

Krim dengan tekstur ringan dan tidak berminyak ini membuatkan kulit terasa lebih lembut dan halus. Dengan HydroSensitiv Complex, asid hyaluronik, niacinamide, pro-vitamin B5 dan vitamin E yang kaya dengan anti-oksidan untuk melembapkan dan membuatkan kulit sihat berseri.

Formulasi ini menyuburkan dan memulihkan kelembapan kulit dalam 48 jam sementara membantu meningkatkan kualiti kulit sensitif. Sesuai untuk kulit sensitif, kering atau dehidrasi ia melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif, termasuk pelindung kulit yang lemah, iritasi, kekasaran, ketegangan dan pelindung kulit yang lemah.

Apa yang kami suka : 

  • Menampilkan HydroSensitiv Complex dengan bunga daisy biru yang melegakan untuk kelembapan dinamik yang mendalam
  • Membantu melegakan dan meningkatkan kualiti kulit
  • Dengan pantas membuatkan kulit lebih lembut dan mulus untuk penampilan lebih berseri
  • Melembapkan dan menyuburkan kulit dalam 48 jam
  • Diuji secara dermatologi dan terbukti secara klinikal yang ia lembut pada kulit sensitif

Safi Perfect White Illuminating Day Cream SPF20PA++

Terbaik Untuk Dipakai Siang

Produk pemutih lulus KKM ini mempunyai formula ringan dengan ekstrak tumbuhan semula jadi dan Vitamin B3 yang menyerap dengan cepat untuk menyerikan tona kulit serta melembapkan, meningkatkan “skin barrier" dan melindungi kulit dari sinaran UVA, UVB.

Terbukti secara klinikal untuk mencegah pembentukan bintik-bintik hitam baru untuk kulit yang cerah & berseri. Jadi ibu hamil tak perlu gusar lagi ya untuk merawat bintik hitam pada wajah.

Apa yang kami suka :

  • Ultra White Technology menyatukan bahan aktif semula jadi yang pelbagai fungsi Nano BioWhite & Ekstrak Buah Kakadu untuk mempercepatkan proses penyerian kulit muka
  • Nano Biowhite dapat menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk mengurangkan pembentukkan bintik hitam untuk kulit tona sekata dan berseri
  • Ekstrak Buah Kakadu menjadi sumber Vitamin C tertinggi dengan 100 kali lebih berbanding oren untuk kulit cerah berseri

Innisfree Green Tea Seed Essence-In-Lotion

Terbaik Untuk Kesegaran Wajah

Untuk informasi buat ibu hamil, produk ini diperkaya dengan intipati Beauty Green Tea, essence ini memberi kelembapan secara mendalam pada kulit dan mengekalkan kehidratan dengan double moisture locking effect yang meninggalkan lapisan kulit agar sentiasa kelihatan segar sepanjang hari.

Yang menariknya lagi, teksturnya ringan memudahkan ia dicampur dengan bedak asas dan digunakan untuk bersolek.  

Aromanya pun sangat menyegarkan dan memberi efek tenang tanpa berlebihan. Ibu boleh memakainya dengan selamat pada usia kehamilan setiap hari untuk merawat kulit wajah.

Apa yang kami suka :

  • Sesuai untuk kulit sensitif atau berminyak kerana teksturnya yang ringan
  • Produk dengan kombinasi serum dan pelembab, jadi ibu tidak perlu memakai skincare berlebihan
  • Mudah menyerap ke dalam kulit

Dr.Jart+ Cicapair Color Correcting Treatment

Terbaik Untuk Sekatakan Warna Kulit

Secara asasnya, rawatan pembetulan warna digunakan untuk solekan pada kawasan tertentu seperti cela atau lingkaran hitam, menggunakan warna tertentu untuk meneutralkan atau membantu menyembunyikan perubahan warna di bawah solekan anda untuk mencipta asas yang sempurna.

Perbezaan antara krim Dr Jart+ dan produk solekan pembetulan warna lain ialah ia kelihatan seperti sejenis pelembap dan boleh disapu pada keseluruhan muka anda dalam lapisan nipis dan sekata.

Direka untuk digunakan selepas pelembap, krim ini mengandungi gabungan bahan-bahan yang menenangkan kulit yang menjadikannya wajah kelihatan sempurna.

Meratakan semua bahagian perubahan warna dan menjadikan kulit kelihatan jelas dan berseri-seri, krim ini tidak akan menyembunyikan sepenuhnya bintik-bintik hitam atau parut jerawat yang pudar, tetapi ia memberikan kulit anda rangsangan bercahaya yang meneutralkan kemerahan, terutamanya pada pipi dan hidung.

Apa yang kami suka :

  • Mengandungi houttuynia cordata, ekstrak tumbuhan yarrow dan panthenol untuk menenangkan kulit dan menghidrat serta ekstrak daun raspberi untuk menutup keradangan.
  • Dengan satu sapuan sahaja, ibu dapat menutup warna-warna yang tidak sekata pada kulit wajah terutamanya pada bahagian gelap
  • Pemulihan kulit yang pantas dan sempurna, ia lebih ringan daripada foundation malah memberikan kesan samar kepada ketidaksempurnaan kulit wajah dan tidak terasa berat pada kulit

Terbaik Jenis Sunscreen 

Menggunakan sunscreen secara rutin dapat membantu untuk mengurangi hiperpigmentasi yang disebabkan dari sinar UV.

Bila pakai sunscreen pastinya untuk melindungi kulit dari sunburn tetapi dengan Nivea Sun Protect & Light Face & Body Sunscreen SPF50 yang mempunyai 50 kali vitamin C dapat membantu kulit ibu menjadi lebih cerah dan berseri.

Menariknya, krim pencerah ini dapat melindungi dari kulit muka hingga kaki dengan SPF 50, pembelian yang sangat berbaloi!  Jangan risau, sunscreen ini sesuai untuk ibu hamil.

Apa yang kami suka :

  • Melindungi kulit daripada kulit kusam akibat matahari, bintik hitam dan kedutan pramatang dengan SPF50 dan PA+++
  • Membaiki kulit untuk berseri dan kelihatan lebih cerah dengan 50 kali kandungan Vitamin C pekat
  • Tekstur ultra-ringan untuk penyerapan yang cepat dan mudah
  • Sesuai untuk kegunaan harian
  • Keserasian kulit diluluskan secara dermatologi

Wardah Lightening Day Cream

Terbaik Untuk Mencerahkan Kulit Kusam

Amat mustahil jika anda tidak kenal dengan jenama dari negara seberang iaitu Wardah. Ternyata kesemua rangkaian produk kecantikannya tidak mengecewakan termasuklah produk memutihkan kulit Wardah Lightening Day Cream ini.

Dengan kandungan Niacinamide serta SPF 30 PA+++ membantu untuk mencerahkan dan merawat kulit wajah. Bukan itu sahaja, produk ini turut membantu proses pembaharuan sel kulit baru dan menghalang kulit dari terkena pancaran matahari yang boleh merosakkan kulit.

Turut diperkaya dengan 3 bahan aktif iaitu Vitamin B3, E dan ekstrak Licorice untuk mengatasi masalah tona tidak sekata dan kulit kusam. Untuk ibu hamil yang inginkan kulit cerah semulajadi, cubalah produk memutihkan kulit ini. Ia selamat digunakan kerana tidak mengandungi alkohol. 

Apa yang kami suka :

  • Harganya yang murah
  • Tesktur ringan dan cepat meresap
  • Tidak menimbulkan sebarang kerengsaan pada kulit, sesuai untuk kulit sensitif
  • Diuji secara dermatologi
  • Melembapkan kulit 
  • Mengandungi 30g , penggunaan sebulan 

Laneige Water Bank Gel Cream

Terbaik Dengan Cooling-Effect

Produk memutihkan kulit dari jenama terkemuka Korea, Laneige ini sangat sesuai untuk kulit normal dan kombinasi kerana ia memberikan kelembapan sehingga 24 jam. Jika anda tidak gemarkan krim yang likat dan melekit, cubalah krim bertesktur gel ini. Ia mudah meresap, tidak melekit dan melembapkan kulit secara optimum.

Ia juga mengandungi asid hyaluronik dan menggunakan formula air-wetting yang melindungi lapisan kulit dari dalam agar tidak cepat kering dan merekah. 

Apa yang kami suka :

  • Krim bertekstur gel
  • Kulit tampak lembap dan glowing semula jadi
  • Tidak melekit
  • Rasa sejuk saat memakainya
  • Memberi kelembapan sehingga 24 jam
  • Selamat digunakan untuk ibu hamil

Beauty of Joseon Dynasty Cream

Terbaik Secara Keseluruhan

Jika anda pengguna tegar aplikasi Tiktok, pasti anda cukup kenal dengan jenama krim Beauty of Joseon Dynasty ini. Krim dengan pelbagai fungsi ini diperkaya dengan bahan premium seperti ektsrak ginseng dan ekstrak orkid yang dapat memperbaiki kedutan dan garis-garis halus.

Tambahan pula, ia diformulasi dengan bahan kandungan seperti Rice Bran Water , Niacinamide dan Squalane untuk mencerah, melembap dan memberi kelembapan pada kulit. 

Teksturnya agak creamy seakan madu lebah, apabila disapu ia sangat mudah meresap.  Yang paling penting, tidak melekit dan memberikan kesan dewy-skin look finishing agar kulit kelihatan  lembap, segar dan sihat sepanjang hari.

Pakai secara konsisten supaya produk memutihkan kulit ini dapat seimbangkan pengeluaran melanin dan menjadikan tona kulit sekata. Sangat disyorkan untuk wanita hamil yang mengalami masalah pigmentasi dan penuaan yang ketara semasa kehamilan.

Apa yang kami suka :

  • Bau herba ginseng Korea
  • Tesktur light creamy
  • Tidak melekit dan mudah meresap
  • Memberikan kulit kesegaran berpanjangan
  • Sesuai untuk kulit kering

Perbandingan Harga Produk Memutihkan Kulit Terbaik Selamat Untuk Ibu Hamil

Jenama Kuantiti Harga
Cetaphil Optimal Hydration Healty Glow Daily Cream 48 gram RM78.40
Safi Perfect White Illuminating Day Cream SPF20PA++ 45 gram RM20.48
Innisfree Green Tea Seed Essence-In-Lotion 100 ml RM63.87
Dr.Jart+ Cicapair Color Correcting Treatment 15 ml RM93.04
Nivea Sun Protect & Light Face & Body Sunscreen SPF50 70 ml RM26.88
Wardah Lightening Day Cream 30 ml RM 15.90
Laneige Water Bank Gel Cream 50 ml RM 49.90
Beauty of Joseon Dynasty Cream 50 ml RM 55.00

Apa Itu Melasma?

Apa yang ibu alami ini dipanggil Melasma atau sering juga disebut sebagai topeng kehamilan.

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh perubahan hormon semasa kehamilan yang merangsang penghasilan melanin dalam tubuh. Melanin merupakan pigmen semula jadi tubuh yang memberi warna pada mata, kulit, dan rambut.

Kondisi ini akan menjadi semakin buruk jika kulit ibu terdedah kepada sinaran matahari secara terus-menerus.

Cara Mengatasi Kulit Gelap Ketika Hamil

Buat ibu yang risau dengan penampilan diri semasa sedang mengandung ini, ada beberapa cara yang boleh kalian lakukan.

  • Mengambil vitamin B9 yang tinggi folat - Ia boleh mengurangkan proses hiperpigmentasi daripada berlaku.
  • Menggunakan sunscreen - Gunakan sunscreen SPF minimal 30 agar lebih efektif melindungi kulit dari paparan sinar UVA dan UVB. Paparan sinar UV dapat memicu perubahan pigmentasi kulit dan juga melasma.
  • Pakai pakaian bertutup ketika keluar rumah 
  • Hindari aktiviti di luar rumah pada pukul 10 pagi hingga 3 petang - Pada waktu ini sinaran matahari sangat terik sehingga boleh merosakkan kulit
  • Hindari kandungan skincare yang dapat mengiritasi dan memperburuk melasma - Produk dengan kandungan kacang soya
  • Hindari waxing - Boleh memburukkan lagi melasma 
  • Menggunakan solekan khusus untuk ibu hamil - Jika keadaan kulit mengganggu penampilan
  • Gunakan produk skincare pencerah yang selamat - Beberapa contoh produk skincare pencerah kulit yang boleh digunakan ibu hamil adalah glycolic acid, lactic acid, dan azelaic acid dalam kadar yang rendah. Kandungan AHA yang aman digunakan wanita hamil untuk mencerahkan wajah dan mengurangi masalah pigmentasi.  Selain itu, produk skincare yang mengandungi hyaluronic acid, niacinamide, dan vitamin C juga dapat digunakan untuk mengatasi noda hitam di wajah dan kulit kusam sepanjang kehamilan.

Cara Memutihkan Kulit Secara Alami

Tidak dinafikan produk memutihkan kulit di pasaran akan membuatkan anda teringin untuk mencuba satu persatu. Tetapi awas, produk memutihkan kulit yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap skin barrier. Apa yang paling menakutkan, ia boleh membahayakan janin!

Sebenarnya, ada cara memutihkan kulit yang lebih selamat dan tidak akan membawa sebarang mudarat lagi-lagi bagi wanita yang sedang menikmati tempoh kehamilan. Jom, kami theAsianParent kongsikan cara memutihkan muka secara semulajadi. 

1.Minum Air Kosong Secukupnya

Berapa gelas sehari anda mengambil minuman air kosong? Cukup 8 gelas atau kurang daripada itu? Jika kurang, selepas ini pastikan anda tidak culas minum air kosong secukupnya kerana air yang cukup membantu menghidrat dan melembapkan kulit dari dalam.

Tidak guna sekiranya anda memakai pelembap atau krim pemutih kulit sekiranya kulit anda dehidrasi. 

2. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Tidur yang cukup merupakan salah satu cara yang anda boleh praktikkan untuk memutihkan kulit secara semulajadi. Ini kerana, aliran darah akan meningkat ke dalam kulit semasa anda tidur . Secara tidak langsung ia dapat membantu pengaliran darah yang baik, hasilnya anda bangun dengan kulit yang plump dan lebih sihat!

Jadi, pastikan anda set alarm sebelum tidur sekurang-kurangnya 7-9 jam bagi memastikan kulit tidak tampak kusam dan tiada lingkaran hitam pada bawah mata anda, okay?

3. Gunakan Bahan Semulajadi

Selain menggunakan produk memutihkan kulit, ada satu lagi cara memutihkan muka secara sihat. Caranya, guna sahaja bahan-bahan masakan yang ada di dapur. Kunyit pun termasuk tau sebagai salah satu bahan yang bagus untuk wajah!

Anda boleh jadikan sebagai masker kemudian sapukan masker keseluruhan wajah. Biarkan selama 10-15 minit. Bilas! Selain itu, cara paling mudah, gunakan sahaja tomato. Belah tomato menjadi 2 bahagian, kemudian campurkan dengan gula putih.

Gosok secara lembut ke atas wajah dan biarkan selama 5-10 minit. Boleh digunakan pada waktu siang dan malam. 

Tips: Elakkan diri berjemur di tengah panas atau terdedah dengan cahaya matahari. Kulit akan mengalami burn yang teruk sekiranya tidak memakai perlindungan SPF yang mencukupi. Jika perlu, guna topeng pelindung muka. 

4. Minimumkan Penggunaan Skincare

Dengan lambakan informasi dan produk kecantikan di pasaran, ibu-ibu perlu berhati-hati dalam memilih apa yang paling sesuai untuk digunakan supaya selamat untuk diri sendiri dan kandungan.

Apa pun, cuba untuk minimumkan produk yang ibu gunakan pada kulit. Kalau tak pasti sama ada skincare sesuai atau tak, rujuk kepada doktor atau pharmacist anda. 

Masalah ini hanya bersifat sementara, kebanyakan ibu akan pulih selepas bersalin namun apabila dalam jangka waktu tertentu setelah melahirkan warna kulit masih menggelap, ibu boleh mendapatkan rundingan dengan doktor kulit.

Doktor mungkin akan menyarankan penggunaan ubat topikal dengan kandungan tretinoin atau chemical peeling yang mengandungi azelaic acid.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

Baca juga: Dua Kali Hamil Muka Berkedut & Berubah Jadi Tua, Wanita Bersyukur Suami Tetap Setia

Baca juga: Wajah Kusam & Masalah Pigmentasi? Ini 16 Produk Hilangkan Jeragat Terbaik Di Pasaran

Penulis

Nursyamimi