X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?

4 min bacaan
Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?

Sesiapa yang pernah hamil, mungkin ini antara tanda yang anda alami iaitu kulit hitam ketika hamil. Tahukah anda bagaimana dan mengapa ia berlaku?

Ketika hamil perubahan hormon yang berlaku menyebabkan ibu hamil mengalami pelbagai perubahan pada badan. Ia termasuklah tompok hitam pada kulit badan ketika hamil. 

Ada sesetengah bahagian  pada badan yang biasanya akan terjadi terutama di bahagian leher dan pelipat ia seakan menunjukkan garis-garis hitam dan kusam. 

Malah ada juga ibu hamil yang mengalami seluruh bahagian belakang kaki kehitaman seakan kulit lain yang wujud. Ada yang mengadu buntu apakah sebabnya terjadi tompok hitam pada kulit badan ini?

Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Ini Puncanya

Kulit hitam ketika hamil

Kredit: boredormtheraphy

Bagi mereka yang pernah hamil, mungkin ini salah satu pengalaman yang dialami. Kulit hitam ketika hamil adalah antara perkara biasa yang dialami ibu mengandung dalam tempoh kehamilan.

Masa itu, kalau tengok diri di cermin rasa menyampah dan sedih sangat dengan tubuh sendiri kerana rasa keadaan yang sangat berbeza dengan sebelum kehamilan.

Sudahlah berat badan bertambah dan membulat, kulit pula menjadi seperti kehitaman dan berdaki. Stres juga dibuatnya kadang kala kata ibu hamil.

Tetapi ramai yang mengatakan selepas sahaja bersalin dan ketika dalam tempoh berpantang, ia tiba-tiba hilang begitu saja. Malah ada yang langsung tidak menggunakan sebarang produk pun, dan kehitaman itu terus hilang.

Adakah Ia Berbahaya?

Kebiasaanya bahagian yang bertukar menghitam itu adalah di bahagian leher, bawah ketiak, kelangkang atau pelipat dan kawasan puting payudara.

Kehitaman ini terjadi kerana perubahan hormon masa kehamilan yang menyebabkan hiperpigmentasi atau erti kata lain kulit terlihat menghitam. Perubahan horman itu dikenali sebagai melanocyte stimulating hormone (MSH).

Disebabkan itu bila anda gosok pun dia tidak hilang kerana ia adalah hormon ketika hamil. Ramai yang ingat ia seperti daki yang boleh digosok sedangkan ia memang kulit yang kelihatan kehitaman.

Rasa seperti tidak bersih kan? Tetapi bersabarlah, ia akan beransur hilang selepas anda bersalin nanti.

Adakah Tompok Hitam Pada Badan Akan Hilang?

Kulit menghitam ini tidak berlaku berkekalan dan akan kembali sedia kala apabila ibu selamat melahirkan anak kerana hormon ketika hamil itu sudah beransur hilang selepas ibu melahirkan anak.

Jadi jangan stres ya ibu, bertahan saja sembilan bulan jika anda alami kulit kehitaman seperti ini kerana ia bukannya kekal sampai bila-bila. Ia akan beransur hilang selepas anda melahirkan anak.

Tidak perlu stres memikirkan yang anda akan memiliki kulit kekal sedemikian rupa selama-lamanya.

Cara Mengatasi

Walaupun tompok hitam pada badan ini boleh hilang selepas bersalin, tetapi mesti ibu tetap rasa tidak selesa dengan keadaan seperti itu kerana ada yang tiba-tiba rasa rendah diri dengan perubahan yang berlaku.

Mungkin selama ini tidak pernah mengalaminya, jadi boleh jadi akan berlaku keadaan di mana mereka jadi tidak yakin dengan penampilan sebegitu. Kami kongsikan di sini cara untuk anda minimumkan kehitaman yang dialami:

#1. Memakai sunblock SPF minimum 30 saat berada di luar rumah

Kulit hitam ketika hamil

Kredit: Tribune News

Sunblock adalah krim wajib yang perlu semua orang pakai tidak kiralah sama ada dia hamil atau tidak kerana terdedah kepada sinaran terus daripada matahari akan membahayakn kulit anda. 

Jadi, pastikan pemakaian sunblock adalah rutin anda setiap hari apabila keluar dari rumah yang perlu berhadapan dengan cahaya matahari.

#2. Pakai pakaian panjang ketika berada di luar rumah

Elak memakai pakaian yang mendedahkan kulit anda. Pakai pakaian berlengan panjang serta seluar panjang ketika keluar rumah supaya kulit anda tidak terdedah terus kepada matahari.

Pakaian panjang boleh melindungi anda daripada terkena sinaran matahri terus kepada kulit yang mungkin boleh menyebabkan kehitaman yang anda alami menjadi lebih terus.

#3. Hindari waxing

Kulit hitam ketika hamil
Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Kredit: Limone

Ya. Ketika kehamilan, jika boleh hindarilah waxing buat sementara waktu kerana waxing juga boleh menyebabkan garisan kehitaman pada kulit menjadi lebih teruk.

Tetapi jika anda tidak selesa, boleh saja teruskan tetapi usahlah terlalu kerap kerana ia akan menyebabkan kulit anda menjadi lebih teruk. 

#4. Henti guna deodorant buat sementara

Deodorant dikatakan salah satu penyebab ketiak menjadi hitam. Jadi ketika kehamilan dan kehitaman berlaku pada kulit anda, elakkan penggunaan deodorant buat sementara waktu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bumbumcak

Baca juga: Kulit Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

Baca juga: 7 Cara Putihkan Kulit Hitam Pada Ketiak, Leher, Siku & Lutut Secara Semula jadi

Baca juga: Anak Kulit Gelap Selepas Lahir? Lama-Lama Warnanya Akan Berubah Juga Ya Ibu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?
Kongsikan:
  • 7 Cara Putihkan Kulit Hitam Pada Ketiak, Leher, Siku & Lutut Secara Semula jadi

    7 Cara Putihkan Kulit Hitam Pada Ketiak, Leher, Siku & Lutut Secara Semula jadi

  • Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

    Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 7 Cara Putihkan Kulit Hitam Pada Ketiak, Leher, Siku & Lutut Secara Semula jadi

    7 Cara Putihkan Kulit Hitam Pada Ketiak, Leher, Siku & Lutut Secara Semula jadi

  • Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

    Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.