X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Nak Kulit Lebih Mulus & Naik Seri Wajah? Ini Tips Rutin Malam Ramai Yang Sudah Cuba dan Menjadi!

4 min bacaan
Nak Kulit Lebih Mulus & Naik Seri Wajah? Ini Tips Rutin Malam Ramai Yang Sudah Cuba dan Menjadi!Nak Kulit Lebih Mulus & Naik Seri Wajah? Ini Tips Rutin Malam Ramai Yang Sudah Cuba dan Menjadi!

Sebenarnya nak dapatkan kulit mulus, menawan dan berseri-seri tidak susah manapun. Ini caranya...

Semua wanita pasti hendak berhias cantik sekali-sekala, tetapi malasnya nak bersiap! Tahukah anda, sebagai wanita, anda tidak perlu memakai pakaian yang mahal-mahal atau melumurkan kosmetik yang bernilai tinggi untuk naik seri wajah?

Kami di theAsianparent hendak berkongsi beberapa tips yang boleh anda (dan juga kami!) boleh amalkan untuk memastikan kita sentiasa berseri, ala-ala Puteri Gunung Ledang gitu. Jangan risau, tips ini sangat mudah diamalkan dan anda hanya perlu lakukannya sebelum anda tidur.

Apa yang anda boleh peroleh dari artikel ini?

  • Kebaikan mengamalkan penjagaan kulit untuk naik seri wajah
  • Tips untuk menambah seri di muka
  • Jangan tinggalkan rutin malam penjagaan kulit

Sebelum kami kongsikan tips untuk anda mula amalkan malam ini, anda perlulah tahu kebaikan dan keburukan mengamalkan dan meninggalkan rutin penjagaan kulit. Selepas tahu, mungkin anda akan rasa lebih semangat untuk terus praktikkan rutin kecantikan anda.

Kebaikan mengamalkan penjagaan kulit untuk naik seri wajah

Amalkan tips penjagaan kulit pada waktu malam, naik seri wajah

Kredit: Pexels

Tentulah terdapat banyak kebaikan apabila mengamalkan penjagaan kulit. Bukan sahaja anda boleh keluar rumah tanpa secalit kosmetik di muka dengan perasaan yakin, tetapi anda juga akan tampak awet muda!

  • Melambatkan tanda-tanda penuaan di wajah. Rutin penjagaan kulit yang diamalkan secara konsisten boleh melambatkan munculnya tanda-tanda penuaan di wajah seperti jeragat, kedut-kedut dan sebagainya. Bergantung kepada produk yang anda gunakan, ia mungkin boleh membantu anda untuk sentiasa kekal berwajah ala-ala remaja!
  • Menambah keyakinan diri. Apabila kulit cantik dan berseri, tentulah keyakinan diri pun akan bertambah. Keluar rumah tanpa bersolek? Challenge accepted! Kulit yang cantik disebabkan penjagaan yang rapi akan kelihatan berseri dan segar, dan bukannya kusam dan layu.
  • Menjimatkan kos. Betul, barangan penjagaan kulit memang mahal! Tetapi, fikirkan ia sebagai suatu pelaburan. Jika anda mengeluarkan wang untuk menjaga kulit dari usia sekarang, ketika usia anda meningkat kelak dan kulit anda sudah berseri, anda tidak perlu membuat kunjungan ke klinik pakar kulit yang rawatannya bernilai ribuan ringgit!

Walaupun begitu, kami tahu bahawa hendak konsisten dalam penjagaan kulit ini bukanlah mudah. Pasti akan ada hari di mana kita akan lupa atau malas hendak melakukan rutin penjagaan kulit, dan hari demi hari, makin kita tinggalkan rutin tersebut.

Tapi, jika anda hendakkan kulit yang cantik, amalkan tips ini!

Amalkan tips mudah naik seri wajah setiap malam ini

naik seri wajah

Ramai pakar penjagaan muka yang mencadangkan para wanita untuk mengambil berat rutin penjagaan kulit waktu siang.

Walaupun ianya penting (terutamanya memakai krim pelindung matahari untuk elak kulit kusam), tetapi tahukan anda rutin penjagaan kulit waktu malam lebih penting?

  • Bersihkan wajah. Ini adalah perkara yang paling utama sekali! Tidak kiralah bagaimana penat pun kita sebagai wanita, membersihkan wajah setelah seharian adalah wajib demi membasuh debu dan peluh-peluh yang terdapat pada wajah kita. Ia juga membantu membersihkan minyak yang mungkin boleh menyebabkan pori tersumbat, lantas membuahkan jerawat.
  • Menggunakan pelembap. Selain dari membasuh muka, menggunakan pelembap juga adalah wajib untuk memastikan kulit tidak kering. Menurut penggemar penjagaan kulit, Maisarah Mahmud, “Moisturisation is key” atau kunci kepada kulit cantik adalah kelembapan kulit tersebut. Jadi, pastikan anda menggunakan pelembap muka setiap malam. 😉
  • Memberus gigi. Jika hendak cantik, kebersihan mulut juga perlu dijaga! Menurut beberapa kajian, memberus gigi sebelum tidur dapat mengelakkan masalah kesihatan yang serius seperti masalah jantung. Tambahan pula, pasti lagi selesa bila tidur dalam keadaan yang bersih, kan?
  • Minum segelas air lemon. Air lemon sangat terkenal untuk membantu dalam detoks. Mengamalkan minum segelas air lemon setiap malam sebelum tidur akan menghidrasikan badan dan membersihkan kulit ketika tidur. Sejurus bangun dari tidur, anda boleh mendapati bahawa kulit lebih anjal dan berseri-seri.

Sekiranya ada hari yang anda malas untuk melakukan rutin ini, apakah yang akan terjadi? Sekiranya anda terlepas sehari atau dua hari, mungkin tiada masalah.

Tetapi, jika anda mula meninggalkan rutin anda selama berminggu-minggu, pasti anda dapat melihat kesannya!

Mengapa anda tidak digalakkan meninggalkan rutin malam penjagaan kulit

Nak Kulit Lebih Mulus & Naik Seri Wajah? Ini Tips Rutin Malam Ramai Yang Sudah Cuba dan Menjadi!

Seperti yang telah dikongsikan, penjagaan kulit pada waktu malam adalah lebih penting dari rutin siang. Sekiranya anda kerap kali meninggalkan rutin malam penjagaan kulit anda, bersiap sedia sahajalah untuk anda dapat melihat kedutan dan jeragat yang bakal muncul di wajah anda semakin usia anda menginjak!

Jadi, janganlah tinggalkan rutin malam penjagaan kulit anda supaya anda akan terus kekal awet muda dan penuh dengan keyakinan diri.

Semoga bermanfaat.

Gold Skin Care Centre, Sinar Harian, The Beauty Deep Life

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Baca juga: Petua Awet Muda Ikut Cara Islam Yang Mudah – Tidak Perlukan Bajet Besar Pun!

Baca juga:  7 cara berpakaian yang betul supaya anda nampak lebih tinggi

Baca juga: Hamil Di Usia Muda, Gadis Ini Tabah Tahan Telinga Dilabel ‘Tak Berguna’ Ke Kolej Bawa Perut Memboyot!

Stories Rakan Kongsi
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Kecantikan
  • /
  • Nak Kulit Lebih Mulus & Naik Seri Wajah? Ini Tips Rutin Malam Ramai Yang Sudah Cuba dan Menjadi!
Kongsikan:
  • Cara Menaikkan Berat Badan Wanita Yang Terlalu Kurus, Amalkan Pengambilan Susu Khas Ini

    Cara Menaikkan Berat Badan Wanita Yang Terlalu Kurus, Amalkan Pengambilan Susu Khas Ini

  • Bilakah Ibu Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Apa Senaman Yang Bagus Untuk Lebih Langsing?

    Bilakah Ibu Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Apa Senaman Yang Bagus Untuk Lebih Langsing?

  • Inginkan Solekan Tahan Lama, Ini 8 Primer Terbaik Untuk Anda Cuba!

    Inginkan Solekan Tahan Lama, Ini 8 Primer Terbaik Untuk Anda Cuba!

app info
get app banner
  • Cara Menaikkan Berat Badan Wanita Yang Terlalu Kurus, Amalkan Pengambilan Susu Khas Ini

    Cara Menaikkan Berat Badan Wanita Yang Terlalu Kurus, Amalkan Pengambilan Susu Khas Ini

  • Bilakah Ibu Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Apa Senaman Yang Bagus Untuk Lebih Langsing?

    Bilakah Ibu Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Apa Senaman Yang Bagus Untuk Lebih Langsing?

  • Inginkan Solekan Tahan Lama, Ini 8 Primer Terbaik Untuk Anda Cuba!

    Inginkan Solekan Tahan Lama, Ini 8 Primer Terbaik Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.