Rahsia Kuali Murah Tidak Melekat Bila Memasak Guna Teknik Bakar, Geng Suri Wajib Cuba!

Kuali adalah alatan yang wajib ada di dapur. Untuk menjimatkan poket, apa kata anda cuba beberapa tips untuk mendapatkan kuali yang tidak melekat ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan cabaran hidup kini semuanya inginkan mudah dan cepat, rata-rata suri rumah mengatakan bahawa mereka lebih suka menggunakan kuali jenis tidak melekat atau non stick pan ketika memasak.

Tidak dinafikan bahawa ia memiliki pemanasan yang sekata dan tidak perlu tenaga yang lebih untuk menyental ketika mencuci. Justeru tidak hairanlah ada kaum wanita sanggup berbelanja lebih bagi memudahkan kerja mereka di dapur!

Tips guna kuali murah dan tidak melekat ketika memasak

Petua yang dikongsi oleh Wan Luqman menerusi akaun Facebook miliknya telah mendapat lebih 20,000 perkongsian.

Baru-baru ini terjumpa kuali saiz 13” dan terus beli. Memang agak susah nak jumpa saiz ini. Dah siap masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar dulu kuali baru ini.

Orang putih panggil ‘season the wok’. Kenapa perlu dibakar? Sebenarnya carbon steel wok ini jika tidak dijaga, tidak manjakan, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan ia terjadi, kita kena bakar kuali dahulu sebelum menggunakannya.

Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tidak melekat. Jadi pengalaman memasak anda akan lebih seronok dan ghairah. Macam enamel wok tu, sila sayangi kuali anda.

Goreng nasi sambil melambung-lambung nasi tu, goreng telur mata atau goreng ikan, memang hasilnya cantik dan best.

Ada je yang dijual pre season wok tapi harganya mahal sikit lah. Proses semua makan masa lebih kurang 30 hingga 45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Saya punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner.

Macam mana untuk tahu saiz kuali ni? Dekat pemegang ada stiker. Anda boleh tengok nombor dan itulah saiznya. Kebanyakan yang dijual dekat pasaran saiz 14”, 16”. Saiz 13” ini biasanya memang susah sikit nak dapat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi kuali jenis ini sudah tiada saiz lagi kecil rasanya di Malaysia. 13 kot paling kecil dan kalau dapat saiz 10” atau 11” mesti lagi comel untuk masak nasi goreng makan 1 orang. Harganya lebi kurang RM18-23, bergantung kepada kedai dan tempat.

Masa baru beli, kuali ini dibungkus dalam plastik dan permukaannya agak berminyak. Itu adalah minyak dari kilang. Kita kena cuci dulu, tenyeh dan gosok dengan sabun dan span besi. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.

Bila dah siap sental guna span besi, mestilah akan nampak kesan-kesan tu. Jadi biarkan sahaja, jangan sedih. Kemudian setkan api dapur yang terpadu dan mula membakar!

Bakar sehingga anda nampak warna kebiruan muncul di seluruh permukaan kuali. Biar rata semua tempat. Ingat, jangan lama sangat. Bila sudah biru terus alihkan ke permukaan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau lama sangat di tempat yang sama, nanti yang biru tu akan jadi merah. Ia adalah tanda besi terlalu panas dan berisiko untuk karat di kemudian hari. Sila buang dan sediakan duit untuk beli kuali baru.

Bakar biar kena seluruh permukaan kuali ya. Jangan leka atau lalai. Kemudian, barulah rehatkan ia dalam tempoh 10 minit. Selepas itu barulah kita masukkan sedikit minyak masak.

Ambil beberapa keping tisu kertas (paper towel) untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ya bukan tisu muka dalam kotak yang ada dekat ruang tamu tu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Test run. Goreng la dulu apa-apa pun. Bawang ke, daun bawang ke atau halia serai. Memang seronok sangat waktu ni tengok mereka berlari sebab licin. Masa ini saya goreng sayur kubis, halia dan bawang putih sahaja. Tapi bau dia Masyaallah terliur!

Bila dah garing bahan-bahan yang kita test tadi, buang dan ambil tisu untuk lap pada permukaan kuali. Kemudian biar sekejap dalam 3-5 minit, bagi dia sejuk dahulu. Selepas itu, bilas dan gosok guna span tanpa sabun ya. Lap bagi kering kemudian panaskan.

Titiskan sedikit minyak dan gaul rata lagi sekali. Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan berasap. Tutup api dan siap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila-bila anda nak guna kuali ini, panaskan dahulu dengan sedikit minyak ke seluruh permukaan. Barulah guna, ia dipanggil sebagai pre season. Ulang sampai 2-3 kali, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam dekat restoran dan konfem tidak melekat sampai sudah!

Sumber: Wan Luqman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Rumah Bersih & Berkilat Menjelang Aidilfitri Menggunakan Vakum Dyson Digital Slim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan