Resepi Kuih Kaswi Gedik Viral Perisa Jagung Lemak Manis Ikut Sukatan Cawan

Kali ini kami kongsikan resepi kuih kaswi bergedik yang kini viral dengan bentuk acuan seakan bunga yang trendy untuk anda cuba di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebut sahaja kuih kaswi, pasti sudah terbayangkan bentuknya petak berwarna hitam diselaputi pula dengan parut kelapa. Tetapi, sejak dah viral, kuih kaswi pun dah ada bentuk trendy seakan puteri mandi dengan bermacam versi dan warna yang menarik.

Ada perisa keladi, durian, nanas, labu dan macam-macam lagi. Kalau perisa gula merah atau pandan itu biasa sangat, jom buat kuih kaswi ikut resepi Aimeris Kitchen di laman Youtubenya. Yang pasti hasilnya jadi lembut menggedik!

Disebabkan kuih kaswi kembali tular di Tiktok dengan versi baharu yang menggiurkan, ada juga sesetengah anak muda yang mula mengenali kuih tradisional Malaysia ini walaupun sudah lama wujud sejak berabad lamanya.

Resepi kaswi gedik jagung , acuan twister dapat 24 biji

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung ubi kayu
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • ¾ cawan gula
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar air kapur
  • 2 sudu besar jagung manis tin (sweet corn cream)
  • Pewarna kuning telur
  • Sedikit garam

Bahan lain:

  • Kelapa parut
  • Garam

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Campurkan semua bahan adunan seperti di atas dan kacau hingga sebati. Boleh juga dikisar menggunakan pengisar.
  2. Selepas itu, sediakan acuan dan oleskan sedikit minyak pada bekas acuan atau loyang. Tujuannya supaya kuih tidak melekat apabila sudah masak.
  3. Susun acuan dan tuang adunan ke dalam bekas acuan atau loyang sehingga penuh.
  4. Sementara itu, didihkan air di dalam periuk kukus.
  5. Kukus kuih selama 15 minit menggunakan api besar. Tudung periuk dibalut dengan kain atau tuala supaya air wap tidak jatuh pada permukaan kuih.
  6. Bila dah masak, biarkan sejuk sebelum dikeluarkan menggunakan lidi. Terbalikkan di atas pinggan.
  7. Untuk pelengkap hidangan, kukus kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam selama 5 minit supaya lebih tahan lama. Lambat masam dan basi.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan

Baca juga: Resepi Kuih Badak Berendam, Cukup Rasa Lemak Berkuah, Pemanis Mulut Paling Simple Untuk Minum Petang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah