Resipi Biskut Lidah Kucing Ikut Sukatan Cawan, Rangup Dan Sedap

Warnanya yang menarik dan rasa rangup membuatkan kuih lidah kucing digemari oleh semua peringkat umur. Jom cuba resepi sukatan cawan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuih lidah kucing antara biskut raya yang popular kerana resepinya yang mudah dan warnanya yang menarik. Kanak-kanak terutamanya akan menyukai kuih raya ini kerana warnanya yang cantik!

Kuih Lidah Kucing, Resepi Ringkas Guna Cawan

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan mentega
  • 1 cawan gula halus
  • Satu penutup botol esen vanila
  • 3 putih telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil emplex

Cara Penyediaan:

  1. Adun mentega, gula dan esen vanila sehingga gebu.
  2. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex ke dalam adunan mentega dan adun lagi sehingga sebati.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  5. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan memanjang dalam lebih kurang seinci lebih. Ulang pada warna lain.
  6. Bakar pada suhu 150°c selama 20 minit.

Resepi Biskut Lidah Kucing Tanpa Emplex

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 250g mentega
  • 150g gula kastor / gula halus
  • Esen vanila
  • 100ml putih telur
  • 100g tepung gandum
  • 100g tepung beras
  • 50g tepung jagung

Cara Buat Biskut Lidah Kucing

  1. Ayak tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung. Ketepikan,
  2. Satukan mentega, gula dan esen vanila. Pukul sehingga berkrim.
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati menggunakan senduk.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  6. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais selama 10 minit.
  7. Paipkan atas dulang yang telah digris.
  8. Bakar pada suhu 150°c selama 20 minit. Pastikan jangan terlalu garing.

Tips: Biskut ini cepat lemau jadi jangan biarkan lama di luar. Setelah biskut sejuk, terus masukkan ke dalam bekas kedap udara.

myresepi, chenom

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Jenis Kuih Tradisional Aidilftri Yang Hampir Ditelan Zaman & Sukar Dijumpai Ketika Raya

Baca juga: Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik

Baca juga: Resipi Rendang Daging Sedap Untuk Hari Raya Ikut Cara Che Nom

Penulis

Lala Annuar