Banyak Jenis Kuih Talam, Ini Variasi Resepi Mudah Yang Boleh Cuba Buat Sendiri Di Rumah

Siapa yang tak suka kuih talam bukan? Pilihan ramai masyarakat Malaysia tidak kira ketika sarapan pagi mahupun minum petang. Ini resepinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuih talam adalah salah satu jenis kuih tradisional kegemaran ramai rakyat Malaysia. Kalau nama lainnya, ia dipanggil talam gula merah. Ia mempunyai dua bahagian penyediaan untuk menghasilnya iaitu lapisan gula merah di bahagian bawah dan atasnya lapisan santan dengan rasa lemak masin sedikit.

Zaman sekarang ini, boleh kata macam-macam inovasi ada, termasuklah resepi. Kuih talam kini tidak lagi hanya satu jenis, ada pelbagai resepi lain yang boleh anda cuba mengikut citarasa masing-masing.

Untuk mereka yang mengidam atau menginginkan kuih tepung talam untuk hidangan minum petang di rumah, mungkin boleh cuba resepi mudah dan sedap yang kami kongsikan ini.

Variasi Resepi Kuih Talam

Kuih Tepung Talam Che Nom

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan lapisan gula merah:
    • 3 cawan / 710 mililiter air
    • 1 cawan / 240 gram gula merah
    • 1/2 cawan / 100 gram gula pasir
    • 2 cawan / 240 gram tepung gandum
    • 2 sudu besar / 16 gram tepung ubi
    • 1 sudu besar air kapur
  • Bahan-bahan lapisan santan:
    • 3 cawan / 710 mililiter santan
    • 1 cawan / 115 gram tepung beras
    • 2 1/2 sudu besar / 20 gram tepung gandum
    • 1-2 sudu teh garam
    • 1 sudu besar / 16 gram gula pasir

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk lapisan gula merah:
    1. Bancuh gula merah dan gula putih dengan air panas. Kacau sehingga larut.
    2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi. Kacau sebati.
    3. Dalam mangkuk yang berasingan (kecil) bancuh kapur makan dengan sedikit air dan kacau sebati.
    4. Masukkan air kapur ke dalam adunan gula merah. Kacau sampai semua larut.
    5. Gris loyang (9 x 9 inci) dengan minyak dan alas dengan plastik.
    6. Tapis dan tuang masuk adunan kedalam loyang.
    7. Tutup loyang dengan aluminium foil (untuk elak wap menitik) dan kukus 20-30 minit.
  2. Cara-cara untuk lapisan santan:
    1. Masukkan santan, tapung beras, tepung gandum dan gula pasir dalam mangkuk. Kacau sebati.
    2. Masukkan garam untuk naikkan rasa lemak (boleh tambah kalau kurang masin).
    3. Tapis adunan santan.
    4. Bila lapisan gula merah dan masak, keluarkan loyang dan lorek sikit permukaan lapisan gula merah dengan garfu.
    5. Tuang adunan santan atas lapisan gula merah.
    6. Sambung kukus 30 minit.
    7. Tunggu biar wap naik dan permukaan kering anggaran 10 minit.
    8. Sejukkan tepung talam sebelum potong.

Tip tambahan untuk penyediaan kuih talam:

  • Untuk yang sukat tepung dengan sukatan cawan, pastikan gembur dulu tepung sebelum sukat untuk dapatkan berat yang tepat. Kalau tak adunan akan padat sangat sebab terlebih tepung.
  • Kacau dulu adunan adunan gula merah sebelum tuang kedalam loyang takut tepung mendap.
  • Semasa kukus, tutup loyang dengan aluminium foil untuk elak wap menitik kedalam loyang.
  • Boleh jugak masak (sampai naik wap) dulu adunan santan sebelum kukus untuk dapatkan permukaan yang lincin di bahagian atas (cara peniaga).
  • Untuk senang potong, gunakan pisau plastik dan sapu sedikit minyak untuk elakkan pisau melekat.

Kuih Talam Pandan Che Nom

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan lapisan putih:
    • 3 1/2 cawan /830 mililiter santan pekat
    • ***( boleh guna 2 kotak santan kecil dan tambah air menjadi sukatan yang sama)
    • 3/4 cawan /98 gram tepung beras
    • 2 sudu besar /20 gram tepung jagung
    • 2 sudu kecil garam
  • Bahan-bahan untuk lapisan hijau:
    • 1/2 1 cawan /237 mililiter air pandan
    • Sedikit pewarna hijau
    • 2 cawan /475 mililiter santan cair
    • ***(boleh guna 1/2 kotak santan dan campur air)
    • 2 cawan /240 gram tepung gandum
    • 2 sudu besar /15 gram tepung ubi
    • 1 sudu besar air kapur
    • 1 cawan /200 gram gula

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk lapisan hijau:
    1. Sukat dan tuang masuk tepung gandum, tepung ubi dan gula dalam mangkuk.
    2. Dalam bekas yang berasingan, bancuh kapur makan dengan sedikit air.
    3. Gris nipis loyang dengan minyak masak dan alas dengan plastik tahan panas. Loyang saiz 9x9 inci (tapi Che Nom guna saiz 8 x8 inci).
    4. Gunting kasar daun pandan, masuk daun pandan dan air dalam blender dan kisar halus.
    5. Tapis jus pandan, pastikan cukup 1 cawan jus pandan.
    6. Tuang jus pandan dalam adunan kering dan kacau sebati.
    7. Tuang masuk santan cair (santan cair ialah santan perahan kedua, kalau guna santan kotak boleh rujuk peneragan di atas).
    8. Kacau sebati sampai hilang ketulan tepung.
    9. Masukkan air kapur dan pewarna hijau sikit. Kacau sampai sebati.
    10. Tapis kemudian tuang masuk adunan ke dalam kuali.
    11. Masak atas api perlahan sampai naik wap.
    12. Kacau sampai adunan mula berketul dan melekat pada spatula, kemudian cepat-cepat tutup api dan tuang dalam loyang.
    13. Kukus selama 25-35 minit (bergantung pada alat kukus masing-masing).
  1. Cara-cara untuk lapisan putih:
    1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam dalam mangkuk adunan.
    2. Tuang masuk santan pekat dan kacau sampai larut semuanya.
    3. Tapis dan masak sampai naik wap (sama cara macam lapisan hijau tadi). Pastikan kerap kacau.
    4. Bila ada tanda-tanda nak pekat, terus tutup api.
    5. Bila lapisan hijau (yang kukus tadi) dah masak, cakar-cakar atau cucuk sikit (jangan dalam sangat) permukaan lapisan hijau untuk bagi lapisan putih melekat.
    6. Tuang masak lapisan putih dan sambung kukus anggaran 20-25 minit (lapisan putih selalunya lebih cepat masak berbanding lapisan hijau).
    7. Sejukkan dulu sebelum potong.

Tip:

  • Air kapur dapat membantu untuk kenyalkan lapisan hijau (cara orang-orang tua dulu), kalau susah nak dapat boleh skip tapi seeloknya letak.
  • Sejukkan dulu kuih talam sebelum potong, bila kuih sejuk, lebih senang untuk potong.
  • Boleh gris atau sapu pisau dengan minyak sebelum potong kuih untuk elak melekat pada pisau.

Kuih Talam Keladi

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Lapisan Bawah A
  • 220 gram tepung beras
  • 50 gram tepung ubi
  • 2 sudu teh garam
  • 300 mililiter santan peka
  • 550 mililiter air
  • Bahan B
  • 300 gram keladi.. buang kulit, potong dadu kecil, kukus dan timbang
  • Lapisan Atas
  • 140 gram tepung gandum
  • 20 gram tepung beras
  • 240 gram gula halus
  • 2 biji telur gred A (3 biji gred B)
  • 200 mililiter santan pekat
  • 400 mililiter air
  • Sedikit pewarna ungu
  • 1/2 sudu garam

Cara-cara Penyediaan:

1. Cara-cara untuk bahagian bawah

  • Keladi dibuang kulit, potong dadu kecil, kukus dan timbang . Kukus dulu baru timbang sebanyak 300gm. Toskan airnya.
  • Bancuhkan 220 gram tepung beras, 50 gram tepung ubi, 300 mililiter santan, 550 mililiter dan 2 sudu teh garam. Kacau sebati, tapis ke dalam periuk.
  • Kacau di atas api sederhana semua bahan tadi hingga naik wap (sehingga pekat).
  • Bila dah terasa pekat dan berat adunan tadi, tutup api terus masukkan keladi dan kacau terus. Sebaik sahaja terasa berat maknanya pekat adunan terus tutup api dan masukkan keladi dan kacau dengan spatula pula.
  • Tuangkan ke dalam loyang 10×10 yg dilapik plastik. Cara melapik ialah dengan basahkan sedikit loyang dengan air, kemudian letakkan plastik 16×16 dan sapukan sedikit minyak dikeliling dinding loyang. Dengan cara ini plastik melekat di atas dengan cantiknya.
  • Kukus selama 30 minit.

2. Cara-cara untuk bahagian atas

  • Masukkan 240 gram gula dan ½ sudu teh garam ke dalam periuk.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  • Dalam bekas lain, campurkan 140 gram gandum , 20 gram tepung beras, 200 mililiter santan , 400 mililiter air, 2 biji telur dan sedikit pewarna purple. Kacau rata dan sebati.

  • Bila sudah sebati adunan di langkah 1, tapis ke dalam periuk yang berisi gula dan garam tadi..

  • Kemudian kacau di atas api sederhana hingga naip wap, maknanya tidak cair dan tidak pekat. Caranya ialah tonggeng sikit periuk dan kalau nampak ada sikit sikit adunan melekat di periuk, terus tutup api.

  • Kemudian tuang di atas lapisan keladi dengan perlahan. Lapisan keladi tadi jangan lupa cakar manja dengan garpu sebelum tuang bahagian atas, agar ia lekat tidak tangga. Jangan terus tuang begitu saja, biarkan adunan itu jatuh di atas spatula.

  • Kukus lagi selama 40 minit. 

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  • Siap dan biarkan ia sejuk sebelum boleh dihidang.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Jenis Kuih Yang Boleh Dimakan Dalam Pantang, Ibu Tidak Rasa Sakit Atau Gatal

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan

Baca juga: Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad