Bayi Anda Ada Masalah Kulit Kepala Berkerak? 8 Produk Ini Selamat Untuk Newborn Dan Kanak-Kanak

Kulit kepala berkuping adalah normal bagi bayi yang baru lahir. Walaupun bayi tidak terasa gatal, lebih baik jika ia dibuang dengan lembut. Gunakan produk yang direka khas untuk tujuan ini, terbukti berkesan dan selamat.

Jika anda lihat pada kulit kepala bayi yang baru lahir, kebanyakan daripada mereka pasti mempunyai kulit kepala berkerak. Perkara ini adalah normal di kalangan newborn. Biasanya hal ini tidak akan membuatkan kulit kepala bayi menjadi gatal dan lebih kepada masalah luaran sahaja. 

Namun begitu, ibu ayah perlu ambil langkah yang betul untuk mencuci atau mengeluarkan kulit kepala berkerak ini. Kalau dibiarkan, lama kelamaan kerak tadi akan menjadi lebih keras, tebal dan buat rambut bayi jadi berminyak.

Masalah Kulit Kepala Berkerak Pada Bayi

Untuk bayi, kulit kepala berkerak ini tidak dipanggil kelemumur – walaupun rupanya hampir sama. Sebaliknya kondisi ini dipanggil cradle cap ataupun nama saintifiknya infantile seborrheic dermatitis. 

Kulit kepala berkerak ini akan nampak lebih jelas pada bayi yang berambut nipis dan halus. Kadangkala cradle cap ini juga akan naik di sekitar kening dan bahagian belakang telinga. 

Punca khusus kepada masalah kulit kepala berkerak dan mengelupas ini tidak dapat dikenal pasti. Namun, rata-rata sumber mengatakan yang ia berlaku disebabkan hormon ibu yang dibawa bersama oleh bayi semasa proses kelahiran. 

Selain itu, kulit kepala berkuping ini juga berlaku apabila kulit kepala bayi menghasilkan terlalu banyak sebum. Kemudian, sebum ini mengganggu proses kulit kepala untuk gugur secara natural. Apabila bercampur, sel kulit mati yang tidak dapat gugur tadi menjadi bertepek di atas kulit kepala bayi.

Cara Memilih Produk Terbaik Untuk Hilangkan Kulit Kepala Berkerak Pada Bayi Anda

Masalah kulit kepala berkerak dan mengelupas ini bukanlah tiada penyelesaiannya. Ibu ayah boleh mendapatkan produk yang dijual di farmasi untuk mengurangkan kuping pada kulit kepala kering dengan cara yang terbukti selamat dan berkesan.

Produk untuk tujuan ini datang dalam pelbagai bentuk seperti losyen, minyak dan serum rambut. Semasa memilih produk paling sesuai untuk masalah cradle cap pada kulit kepala bayi anda, ingat beberapa pesanan kami ini, ya!

  1. Produk itu mengandungi bahan yang boleh melembabkan kulit seperti minyak kelapa, minyak bayi atau vaselin.
  2. Produk itu tidak mempunyai pewangi dan bahan tambahan lain yang tidak sesuai untuk bayi bawah 6 bulan.
  3. Gunakan produk yang tidak mengandungi steroid seperti hydrocortisone melainkan anak anda disahkan mempunyai masalah ekzema dan anda menerima arahan oleh doktor.

8 Produk Untuk Masalah Kulit Kepala Berkerak Yang Berkesan Dan Selamat Untuk Bayi

Kulit kepala berkerak dan mengelupas di kalangan bayi baru lahir biasanya akan pulih sendiri dalam tempoh beberapa bulan.

Tetapi, jika kerak atau kuping itu jadi semakin tebal dan nampak kemerahan, anda mesti gunakan krim, minyak atau produk lain yang direka khas untuk mengurangkan masalah cradle cap pada kulit kepala bayi. 

Teruskan membaca untuk kenali 8 produk terbaik untuk masalah kulit kepala berkuping yang kami rasa anda harus cuba!

Produk Terbaik Untuk Masalah Kulit Kepala Berkerak
Joielle Baby Cradle Cap Set
Terbaik untuk kulit kepala bersisik dan berkuping
Beli di Shopee
Buds Soothing Organics Flaky Scalp Cleansing Lotion
Terbaik untuk mencuci kulit kepala bayi berkerak
Beli di Shopee
Ardora Hair Oil Original
Terbaik untuk hilangkan cradle cap pada kulit kepala bayi
Beli di Shopee
Ummialya Baby Hair Serum
Terbaik untuk kulit kepala berkuping dan selepas bercukur
Beli di Shopee
Najlaa Set Rawatan Kerak Kepala Bayi
Terbaik untuk kulit kepala bayi yang berkerak
BELI DI SHOPEE
Remdii Scalp Repair
Terbaik untuk masalah kulit kepala kering
Beli di Shopee
Himalaya Baby Hair Oil Nourishes Scalp
Terbaik dengan kandungan herba
Beli di Shopee
Mustela Baby Scalp Conditioning Cream
Terbaik hadkan pengeluaran sebum berlebihan
Beli di Shopee

Joielle Baby Cradle Cap Set

Terbaik untuk kulit kepala bersisik dan berkuping

Set jenama Joielle ini mengandungi dua jenis produk iaitu Baby Oil dan juga Baby Shampoo. Untuk mengurangkan cradle cap pada kulit kepala bayi anda, mula-mula anda harus cuci rambut bayi kesayangan anda dengan syampu, bilas dan keringkan kepala bayi.

Kemudian, sapu baby oil pada kulit kepala bayi anda dan biarkan ia meresap. Amalkan rutin ini setiap kali anda mandikan anak anda untuk lihat perbezaan pada kulit kepalanya.

Dalam masa beberapa hari, kulit kepala yang asalnya bersisik kering atau berkerak warna kekuningan itu akan nampak lebih bersih dan tidak bertompok lagi.

Apa yang kami suka:

  • Mengandungi Vitamin E dan aloe vera yang baik untuk rambut dan kulit.
  • Boleh digunakan untuk mengurut bayi.
  • Tidak membuatkan rambut bayi kelihatan terlalu oily.

Buds Soothing Organics Flaky Scalp Cleansing Lotion

Terbaik untuk mencuci kulit kepala bayi berkerak

Buds adalah salah satu pengeluar produk bayi yang terkenal di kalangan ibu di Malaysia dan luar negara. Cleansing Lotion ini sama seperti produk Buds yang lain, di mana hanya bahan-bahan organik sahaja digunakan untuk menghasilkannya.

Cara untuk menggunakannya juga sangat mudah. Anda hanya perlu tuang losyen pada kapas dan sapu kulit kepala bayi hingga semua meresap. Jika perlu, bilas baki losyen yang tidak diserap oleh kulit kepala.

Datang dalam botol bersaiz 100ml, dengan satu kali pembelian sahaja sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kulit kepala berkuping pada bayi anda.

Apa yang kami suka:

  • Tekstur seperti losyen biasa dan cepat serap ke dalam kulit.
  • Sekaligus menggantikan syampu rambut untuk mencuci rambut dan kulit kepala bayi.
  • Bau wangi losyen tidak terlalu tajam
  • Mengandungi campuran beberapa jenis essential oil yang berkualiti

Ardora Natural Hair Oil

Terbaik untuk hilangkan cradle cap pada kulit kepala bayi

Natural Hair Oil keluaran Ardora ini diformulasikan dengan menggunakan 100% bahan organik yang selamat untuk bayi bayi baru lain. Jadi, anda tidak perlu takut untuk sapu minyak ini jika anak mempunyai masalah kulit kepala berkerak dan mengelupas.

Walaupun produk ini berasaskan minyak, tetapi ianya bersifat ringan, cepat menyerap ke dalam kulit kepala dan tidak melekit. Jadi, rambut anak hanya akan nampak kemas dan rapi, bukan penyek dan terlalu berminyak. 

Apa yang kami suka:

  • Cradle cap akan berkurangan dengan ketara selepas menggunakan minyak ini selama 2 – 3 hari.
  • Amalkan 2 kali setiap hari, rambut anak akan menjadi tebal dan sihat.
  • Bebas alkohol dan pewangi tambahan

Ummialya Baby Hair Serum

Terbaik untuk kulit kepala berkuping dan selepas bercukur

Produk keluaran tempatan jenama Ummialya ini datang dalam bentuk serum. Dalam satu botol kecil ini rambut anak anda akan dapat manfaat daripada pelbagai jenis minyak termasuk minyak zaitun, badam, soya, kepala dara dan jojoba.

Semua jenis minyak ini memang terkenal dengan kebolehannya untuk melembabkan kulit. Minyak ini pada asasnya dirumuskan khas untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah rambut tidak lebat dan kulit kepala kering.

Jika anak anda mempunyai kulit kepala berkuping atau tidak mempunyai rambut pada bahagian belakang kepala (dimakan bantal), serum ini adalah penyelesaian kepada masalah ini juga!

Apa yang kami suka:

  • Menggunakan bahan natural yang selamat untuk bayi baru lahir.
  • Rambut akan cepat tumbuh jika disapu selepas cukur rambut.
  • Membuatkan rambut lebih kuat, lebat dan terurus.
  • Rambut anak tetap berbau wangi walaupun sudah berpeluh.

Najlaa Set Rawatan Kerak Kepala Bayi

Terbaik untuk kulit kepala bayi yang berkerak

Jenama Najlaa mengeluarkan produk yang berkesan untuk masalah kulit kepala berkuping yang berasaskan minyak, dan dinamakan sebagai Nutrien Oil. Dalam sebuah botol kecil ini terkandung rumusan yang direka khas untuk bantu melembapkan kulit bayi dan kanak-kanak.

Untuk lihat keberkesanan minyak ini, anda harus sapukannya pada kulit kepala bayi dan usap perlahan-lahan. Biarkan minyak di kepala selama satu jam dan basuh kepala anak anda dengan produk Shower Bath yang datang sekali dengan set ini.

Kemudian, lap kepala anak anda dengan tuala bersih dan ulang rutin ini untuk beberapa hari dan anda pasti akan gembira dengan hasilnya.

Apa yang kami suka:

  • Kuping pada kulit kepala bayi akan gugur dengan mudah
  • Tidak membuatkan kulit kepala bayi melecet apabila diusap.
  • Berkesan untuk buat rambut kanak-kanak tumbuh dengan lebih lebat.
  • Juga sesuai digunakan sebagai pelembap pada semua bahagian kulit yang kering.

Remdii Scalp Repair

Terbaik untuk masalah kulit kepala kering

Scalp Repair keluaran jenama Remdii ini diformulasikan dalam bentuk spray yang tidak berminyak sesuai untuk kulit kepala bayi yang masih sensitif dan orang dewasa. Produk ini menggunakan bahan aktif botanikal dan mengandungi Vitamin E yang baik untuk melembabkan kulit kepala bayi anda. 

Selain itu, produk ini juga telah melalui ujian klinikal, dan terbukti berjaya mengurangkan masalah kulit kepala berminyak sehingga 48%, dan kulit kepala berkerak sehingga 39%, dalam tempoh 2 minggu sahaja! Jadi, anda tidak perlu risau dengan keberkesanannya.

Apa yang kami suka:

  • Rambut bayi tidak menjadi penyek atau kelihatan basah selepas disembur dengan produk ini.
  • Juga boleh dikongsi bersama ibu ayah yang mempunyai masalah kulit kepala.
  • Rambut tidak berbau kepam apabila memakai hijab selepas meggunakan spray ini.
  • Tidak mengandungi paraben, pewangi dan pewarna tambahan yang membahayakan bayi.

Himalaya Baby Hair Oil

Terbaik dengan kandungan herba

Minyak Rambut Bayi Himalaya ialah minyak rambut bayi yang dicipta khas untuk memelihara kulit kepala dan rambut.

Minyak rambut yang sesuai digunakan untuk kulit kepala berkerak ini diselitkan dengan gabungan minyak dan herba yang akan menggalakkan perkembangan rambut, membantu menyuburkan rambut, mencegah kekeringan, dan mengekalkan kulit kepala yang rapuh terhidrat.

Apa yang kami suka :

  • Memanfaatkan kandungan Amla, Gotukola, Bhringaraj, dan Fenugreek, yang dikenali untuk menggalakkan pertumbuhan dan kilauan rambut.
  • Diperkaya dengan minyak berkhasiat Kelapa, Bijan, Badam, dan Zaitun
  • Membantu menyuburkan kulit kepala dan rambut
  • Melembapkan kulit kepala yang kering dan gatal
  • Diuji secara dermatologi dan klinikal
  • Bebas daripada minyak mineral, alkohol, paraben, pewarna dan phthalates
  • Tidak melekit dan tahan noda

Mustela Baby Scalp Conditioning Cream

Terbaik hadkan pengeluaran sebum berlebihan

Ucapkan selamat tinggal kepada cradle cap dengan krim Mustela ini untuk bayi dan bayi baru lahir. Ia membantu menghilangkan bintik kuning dengan cepat dan melegakan kulit kepala bayi yang gatal dengan melembapkannya.

Krim untuk kulit kepala berkerak ini dirumus dengan ekstrak avokado yang disapu terus pada kulit kepala bayi untuk meresap ke dalam bagi merawat keadaan kulit kepala bayi.

Ia membantu menghilangkan kerak kepala dan mengurangkan kemunculan semula tompok dengan mengehadkan pengeluaran sebum berlebihan.

Apa yang kami suka :

  • Teksturnya yang ringan dan melembapkan mudah digunakan.
  • Krim ini mengandungi 95% bahan asal semula jadi.
  • Kadbod pembungkusannya diperoleh daripada hutan yang diuruskan secara mampan dan dicetak dengan dakwat minyak sayuran.
  • Untuk keselamatan terjamin untuk bayi baru lahir, produk penjagaan kulit Mustela dibangunkan dengan kerjasama profesional kesihatan dan mesti melalui lebih 450 langkah dan ujian.

Perbandingan Harga Produk Terbaik Untuk Masalah Kulit Kepala Berkerak

Jenama

Harga (RM)

Joielle Combo Cradle Cap  RM68.00
Buds Soothing Organics Flaky Scalp Cleansing Lotion  RM44.50
Ardora Natural Hair Oil  RM63.90
Ummialya Baby Hair Serum  RM20.00
Najlaa Set Rawatan Kerak Kepala Bayi  RM53.00
Remdii Scalp Repair  RM29.12
Himalaya Baby Hair Oil 
RM16.90
Mustela Baby Scalp Conditioning Cream RM52.90

Langkah Mudah Untuk Elak Masalah Kulit Kepala Bayi Kering

Pada minggu pertama kelahiran, ibu pasti akan sedar jika bayi kesayangan mempunyai masalah kulit kering atau bersisik, sama ada di kulit kepala atau badan. Ini mungkin tanda-tanda awal yang bayi itu mempunyai kulit yang sensitif atau ekzema

Jadi, sebagai langkah awal untuk elakkan daripada masalah kulit kering ini berlaku, ibu boleh ikut beberapa cara mudah ini di rumah:

1. Pastikan bayi dimandikan dengan air suam, bukan air panas. 

Air yang terlalu panas akan membahayakan bayi kerana ia akan buat core body temperature bayi meningkat dan juga akan menghilangkan pelembab semulajadi pada kulit bayi.

2. Gunakan bahan mandian khas untuk kulit kering.

Kebiasaannya bahan mandian untuk kulit kering tidak mempunyai terlalu banyak buih dan tidak mempunyai bahan kimia tambahan. Pilih produk yang direka khas untuk kondisi kulit kering dan menggunakan bahan organik.

3. Amalkan penggunaan hair oil atau serum.

Sama seperti sesetengah orang dewasa, kadangkala bayi juga memerlukan bantuan tambahan untuk buat kulit kepala mereka menjadi lebih sihat. Minyak bayi dan serum yang direka khas untuk bayi adalah solusi terbaik kepada masalah kulit kepala kering.

4. Elakkan bedak

Setelah mandi, elakkan menggunakan bedak di kepala bayi atau berhampiran kawasan yang berkerak, contohnya kening atau telinga kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan bedak yang tersangkut pada bahagian hujung terbentuknya kerak.

5. Cukur rambut bayi atau potong pendek

Walaupun sayang dengan rambut bayi, namun keadaan ini sebenarnya lebih mudah dikendalikan apabila rambutnya pendek atau dicukur botak.

Apabila rambut lebih pendek, keradangan mudah diatasi dikesan dan dapat diatasi dengan cepat.  Sebaliknya kalau berambut lebat, kerak kepala boleh tersorok di bawah rambut-rambut tebal lalu menyebabkan keradangan.

Kadangkala, ibu ayah hanya perasan adanya kerak kepala bayi ini apabila rambutnya telah dicukur. Ini juga salah satu hikmah disunatkan mencukur kepala bayi yang baru lahir dalam Islam iaitu untuk menjaga kebersihan kulit kepala bayi.

6. Jangan terlalu kerap pakaikan topi

Walaupun anak kelihatan comel apabila mengenakan topi, jangan selalu pakaikan bayi dengan topi kerana kulit kepala bayi boleh menjadi lembab dan berpeluh. Usahakan juga agar suhu bilik sentiasa berangin dan tidak terlalu panas.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kulit Kepala Kering Dan Mengelupas Buat Rasa Tidak Selesa, Ini Tips & Cara Mengatasinya!

Baca juga: Bulu Lebat Bayi Baru Lahir Dipanggil Lanugo,Ketahui 4 Cara U ntuk Menghilangkannya

Baca juga: Bayi Baru Lahir Alami Mata Merah Berdarah? Jangan Risau, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Buat

Penulis

Najibah