Tahukah anda bahawa gatal dan terkelupas di kepala adalah satu petanda bahawa anda ada masalah kulit kepala? Masalah kulit kepala kering dan mengelupas ini memang sangat menjengkelkan.
Bukan itu sahaja, seseorang itu akan merasa kurang berkeyakinan diri kerana tanggapan orang sekeliling seperti mereka tidak membersihkan diri dengan betul. Jadi, bagaimana untuk selesai masalah ini?
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Masalah kulit kepala kering dan mengelupas, masalah biasa yang dihadapi kebanyakan wanita
- Cara untuk menyelesaikan masalah kulit kepala kering dan mengelupas
- Penggunaan hair conditioner dapat membantu memulihkan masalah ini
Masalah kulit kepala kering dan mengelupas, masalah biasa yang dihadapi kebanyakan wanita
Jika kita mahu menyelesaikan masalah kulit kepala kering dan mengelupas, kita mesti tahu puncanya agar kita dapat mengurangkan impaknya.
Oleh itu, kami kongsikan senarai punca masalah ini supaya anda boleh tahu dan boleh menjauhkan diri daripada kulit kepala yang kering. Antaranya seperti berikut :
- Terlalu kerap membasuh rambut. Tahukah anda, kerap basuh rambut adalah salah satu punca kulit kepala menjadi mengelupas? Walaupun anda hendak membersihkan rambut dari kotoran dan minyak yang menempel. Tetapi, cara merawat rambut ini tidak boleh dilakukan terlalu kerap.
- Pemilihan produk perawatan rambut. Anda harus mencari produk rawatan rambut yang terbaik bagi mengelakkan masalah kulit kepala berkenaan. Hal ini kerana tidak semua produk adalah sesuai untuk kulit kepala kita. Disebabkan ini, kulit kepala anda akan ada rasa iritasi.
- Perubahan iklim. Perubahan iklim juga membawa faktor dalam masalah ini. Contohnya, cuaca yang dingin dan kelembapan udara yang rendah akan menyebabkan kulit kepala mengering. Oleh itu, anda harus mandi menggunakan air panas untuk menjaga kelembapan kulit kepala
- Pemakanan yang tidak terjaga. Makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi boleh menyebabkan kulit kepala mengelupas. Hal ini kerana insulin dalam badan merangsangkan hormon untuk menghasilkan minyak. Oleh itu, rambut akan menjadi lebih berminyak
Jadi, kita sudah mengenal pasti punca-punca masalah kulit kepala yang kering dan mengelupas. Bagaimana kita menjaga kulit kepala kita?
Cara untuk menyelesaikan masalah kulit kepala kering dan mengelupas
Masalah iritasi dan mengelupas di kulit kepala perlu dielakkan supaya anda boleh melakukan rutin harian anda dengan tenang dan selesa. Oleh itu, mari kita lihat tips untuk menyelesaikan masalah kulit kepala yang degil ini.
- Memilih kondisioner yang bagus untuk rambut. Kondisioner rambut memainkan peranan penting untuk menjaga kulit kepala. Setelah membuang minyak kotor seharian dari rambut anda, kondisioner akan memberi kelembapan yang diperlukan setelah pembasuhan rambut.
- Memakai minyak rambut. Minyak boleh membantu meningkat kelembapan pada kulit kepala. Minyak rambut boleh dicampur dengan lavender atau pohon teh atau minyak seperti kelapa, almond dan zaitun untuk rambut kekal wangi dan lebih sihat.
- Minum lebih banyak air. Anda perlu sentiasa hidrasi diri sendiri supaya kulit kepala tidak kering. Anda boleh usahakan dengan meminum 6 hingga 8 gelas sehari untuk memenuhi kebutuhan cairan tubuh.
- Konsult dengan doktor. Cara yang paling memberi banyak impak adalah berkonsultasi dengan doktor. Doktor akan lebih mengenal pasti punca masalah kulit kepala. Pemilihan ubatan akan ada salah sasaran jadi anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit.
Penggunaan hair conditioner dapat membantu memulihkan masalah ini
Seperti yang telah diberitahu, kondisioner memainkan peranan penting untuk menjaga kulit kepala. Oleh itu, kami akan rekomen anda tentang kondisioner rambut yang mantap dan bagus untuk kulit kepala anda.
- L’Oreal Paris Extraordinary Oil Premium Sleek Conditioner 440ml. Produk ini adalah bagus untuk anda yang mempunyai rambut yang kering. Kondisioner ini akan melembutkan rambut anda dan menghidrasikan kulit kepala anda. Produk ini adalah bebas silikon.
- Pantene Conditioner Total Damage Care 180ml. Dengan hanya 3 minit sahaja rambut anda akan menjadi lebih kuat, lembut dan berkilat. Rambut yang rosak akan menghilangkan lebih banyak protein daripada akarnya. Produk ini mampu mengurangkan kehilangan protein.
- Sunsilk Smooth and Manageable Leave-On Cream 120ml. Kondisioner ini mempunyai intipati daripada ekstrak Camellia Japonica Flower dan minyak argan dimana sangat membantu untuk menghidrasi kulit kepala dan melembutkan rambut. Senang, cepat dan mudah sahaja. Rambut tidak perlu dibasuh dengan air.
Penjagaan kulit kepala adalah sangat penting kerana masalahnya yang memboleh mengganggu kehidupan seharian kita. Dengan ini, masalah kulit kepala anda yang kering dan mengelupas akan dapat dibendung. Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hair Tonic Terbaik Untuk Rambut Berkilat, Menawan & Kawal Kelemumur
Baca juga: Syampu Untuk Rambut Gugur Selepas Bersalin, Agar Rambut Lebih Lebat
Baca juga: Ada Masalah Keguguran Rambut Selepas Bersalin? Ini Bagaimana Ibu Boleh Atasinya!