Kanak-Kanak Buta Seumur Hidup Kurang Vitamin A, Ibu Ayah Take Noted Info Penting Ini!

Vitamin A untuk anak adalah sangat penting untuk proses perkembangan mereka. Seeorang kanak-kanak hilang penglihatan akibat kurang vitamin A

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam proses perkembangan kanak-kanak, mereka amat memerlukan nutrisi dan vitamin yang mencukupi agar tubuh sentiasa sihat dan terhindar daripada serangan penyakit. Namun kekurangan vitamin A untuk anak tidak boleh dipandang mudah kerana mampu menjejaskan tumbesaran mereka.

Baru-baru ini, seorang budak berusia 11 tahun telah menghidap penyakit gara-gara kurang vitamin A untuk anak. Menurut pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, kanak-kanak ini hilang daya penglihatan disebabkan oleh pemakanan tidak sihat yang diberikan ibunya sendiri.

Risiko buta disebabkan oleh kekurangan vitamin A untuk anak

Apabila menyentuh mengenai aspek pemakanan kanak-kanak, sesetengahnya mengalami masalah alahan disebabkan oleh ekzema hingga perlu menjauhkan diri dari pengambilan makanan tertentu.

Seperti yang terjadi oleh kanak-kanak tersebut, dia ada alahan pada makanan yang boleh menyebabkan ekzemanya menjadi semakin teruk. Ibunya cuba untuk mengawal keadaan penyakit kulit ini dengan menetapkan anaknya hanya boleh makan daging kambing, kentang, epal, timun dan Cheerios.

Walau bagaimanapun dalam tidak sedar kesan dari pemilihan makanan ini menyebabkan penyakit ekzema yang dihadapi menjadi lebih serius.

Pemilihan makanan yang begitu ketat telah menghalang kanak-kanak ini dari mendapat nutrisi yang mencukupi, termasuklah vitamin A.

Kanak-kanak ini kemudiannya telah dimasukkan ke Hospital Kanak-Kanak di Toronto. Doktor di sana menemui, dalam masa lapan bulan, kanak-kanak ini mengalami simptom-simptom berikut:

Ramai pesakit dengan alahan akan mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti soya, susu dan kacang dari diet mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu kanak-kanak ini juga berbuat sedemikian, perlahan-lahan membuang makanan yang boleh menyebabkan ekzema naik dan sekaligus menyebabkan pesakit ini seorang yang memilih makanan.

Malangnya apabila kanak-kanak ini berjumpa doktor, ia dah terlambat. Penglihatannya telah kabur dan hanya boleh melihat pergerakan tangan dalam lingkungan 30cm: klasifikasi sah untuk buta.

Tidak lama selepas itu penglihatannya menjadi bertambah teruk dan buta sepenuhnya!

Adakah penglihatan hilang akibat kekurangan vitamin A boleh diselamatkan?

Doktor merawat kanak-kanak ini dengan suplemen vitamin A. Dia diberikan dua megados vitamin A yang perlu diambil selama dua hari dan perlu ulang semula selepas dua minggu.

Satu megados bersamaan dengan 100 kali vitamin A yang perlu diambil dalam sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Jacobson,

“Penglihatannya semakin baik dengan rawatan, tapi mustahil untuk kami beritahu sampai mana penglihatannya akan baik. Dia mempunyai risiko untuk mendapat cacat penglihatan seumur hidup.” 

Biasanya, penglihatan yang terjejas akibat kurang vitamin A boleh disembuhkan. Tapi, jika keadaaan ini telah berlaku terlalu lama seperti kanak-kanak ini, ia boleh menyebabkan cacat penglihatan seumur hidup.

Fungsi vitamin A pada bayi dan kanak-kanak

Sebenarnya ramai tidak menyedari akan fungsi vitamin A begitu penting untuk proses tumbesaran si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin A ialah nama bagi sekumpulan sebatian termasuk retinol dan karotenoid yang mempunyai fungsi penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan. 

Bagi yang tidak tahu vitamin A untuk apa, berikut beberapa kepentingan pada si manja anda:

  • Menyokong sistem imun agar berfungsi dengan normal
  • Membantu sel untuk membesar, berkembang dan berfungsi
  • Menyokong penglihatan, terutamanya dalam cahaya malap
    Menyokong perkembangan sihat bayi semasa mengandung

Berapa banyak vitamin A yang diperlukan oleh anak?

  • Umur 1 hingga 3 tahun: 1,000 unit antarabangsa (IU), atau 300 mikrogram (mcg) setara aktiviti retinol (RAE), vitamin A setiap hari
  • Umur 4 tahun dan ke atas: 1,333 IU, atau 400 mcg RAE sehari

Anak anda tidak perlu mendapatkan vitamin A yang mencukupi setiap hari. Sebaliknya, sasarkan untuk mendapatkan jumlah yang disyorkan sebagai purata dalam tempoh beberapa hari atau seminggu.

Manfaat vitamin A untuk anak

Manfaat vitamin A adalah salah satu zat gizi penting yang larut dalam lemak dan disimpan dalam hati, ia amat diperlukan oleh tubuh melalui sumber makanan ataupun supplemen.

Antara beberapa manfaat vitamin A untuk anak adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan jangkitan seperti campak dan diare.
  2. Membantu proses penglihatan dalam adaptasi terang ke tempat yang gelap.
  3. Mencegah kelainan pada sel–sel epitel termasuk selaput lendir mata.
  4.  Mencegah proses metaplasi sel–sel epitel sehingga kelenjar tidak mengeluarkan cecair yang boleh menyebabkan kekeringan mata.
  5. Mencegah kerosakan mata dan penyebab buta
  6. Vitamin A penting untuk membantu proses pertumbuhan si kecil anda

Kesan kekurangan vitamin a pada bayi dan kanak-kanak

Menurut World Health Organization (WHO),  kesan kekurangan vitamin A boleh menyebabkan masalah rabun malam.

Ia boleh menjadi lebih teruk apabila kekurangan vitamin A turut menyumbang kepada kebutaan apabila kornea sangat kering, sekali gus merosakkan retina dan kornea.

Dianggarkan 250 000–500 000 kanak-kanak yang kekurangan vitamin A menjadi buta setiap tahun, dan separuh daripada mereka meninggal dunia dalam tempoh 12 bulan selepas kehilangan penglihatan.

Kurangnya vitamin A dapat menyebabkan gangguan pada keupayaan tubuh si manja untuk melawan jangkitan. Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan risiko kanak-kanak mendapat jangkitan pernafasan dan cirit-birit, menjejaskan kadar pertumbuhan dan menganggu perkembangan tulang.

Kekurangan vitamin a akan menyebabkan kita mudah terserang penyakit lain seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kulit menjadi kering. Menurut Health Line, vitamin A diperlukan untuk membantu pembentukan serta pembaikan sel kulit. Apabila ia tidak mencukupi, si manja berisiko mengalami kulit kering, keradangan dan gatal
  2. Jangkitan penyakit pada bahagian dada dan leher. Kesan kekurangan vitamin A ini boleh menyebabkan risiko jangkitan saluran pernafasan
  3. Penyakit kurang vitamin A menyebabkan penyembuhan luka menjadi lebih lama. Si kecil yang tidak mendapat vitamin mencukupi akan berdepan luka akibat kecederaan atau pembedahan memakan masa lama untuk pulih. Hal ini kerana vitamin A berperanan dalam menghasilkan kolagen, iaitu komponen penting untuk kesihatan kulit

Makanan yang mengandung vitamin A

Vitamin A boleh diperolehi daripada pelbagai sumber makanan, mulai dari buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulam, dan makanan tambahan.

#1. Hati lembu

Vitamin A yang diperoleh daripada produk haiwan dipanggil retinoid manakala yang berasal dari produk tumbuhan dipanggil karotenoid.

Bagi kumpulan retinoid, hati daging lembu berada di kedudukan yang paling banyak kandungan vitamin A. Setiap 100 gram hati daging lembu mempunyai lebih daripada 4000 mcg RAE ( bersamaan aktiviti retinol ), sebutan untuk unit ukuran untuk vitamin A.

#2. Nasi perang dan roti bjirin penuh

Selain dari nasi perang dan roti bijirin penuh, makanan lain dalam kumpulan ini termasuk oat, biskut bijirin penuh dan capati bijirin penuh. Makanan ini kaya karbohidrat dan serat serta memberikan vitamin dan mineral.

#3. Produk tenusu

Produk tenusu menjadi sumber tenaga, protein, kalsium dan vitamin A yang baik untuk perkembangan si manja.

Antara makanan yang boleh ibu ayah berikan pada anak adalah keju, krim keju, yogurt, mentega dan susu.

#4. Makanan laut

Makanan laut seperti ikan salmon, tuna dan udang mengandungi vitamin A yang tinggi diperlukan oleh tubuh si manja. 

“Satu fillet ikan berminyak seperti salmon mengandungi kira-kira 2–3% daripada nilai harian vitamin A yang disyorkan. Ikan ini juga tinggi omega-3 asid lemak, sebatian anti-radang yang menyokong kesihatan otak dan kardiovaskular dan akan membantu meningkatkan bioavailabiliti vitamin A,” kata pakar pemakanan, Serena Poon. 

Selain itu makanan laut ini menjadi sumber vitamin A dan D larut lemak yang hebat. Tidak seperti sumber berasaskan tumbuhan, vitamin A dalam ikan berlemak amat penting untuk pertumbuhan rambut dan kulit.

Jenis sayuran yang mengandung vitamin a

Menurut National Center for Biotechnology Center, karotenoid berasal dari warna dari sayur-sayuran. Ketika masuk ke dalam tubuh, ia akan diubah menjadi vitamin A.

Sayuran berikut ini yang banyak mengandung vitamin a adalah:

  • sayur kuning atau oren seperti lobak merah, ubi keledek, labu
  • sayur berdaun hijau: bayam, brokoli, sawi, salad, lada benggala

Buah-buahan yang mengandung vitamin a

#1. Betik

Selain kaya dengan vitamin A, buah oren juga mengandungi serat, karbohidrat, protein, vitamin C, vitamin B, kalium, magnesium, dan kalsium.

Ia mampu menjaga kesihatan pencernaan, kulit, dan jantung si kecil anda.

#2. Anggur

Buah anggur mengandungi vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, dan vitamin K. Selain itu, ia juga mengandungi glukosida, zat besi, dan kalsium.

Anak kecil yang suka makan buah ini dapat mengurangkan risiko masalah penghadaman dan penyakit buah pinggang.

#3. Mangga

Buah yang mengandung vitamin A seterusnya adalah mangga, yang mengandungi bersamaan 45% daripada keperluan harian vitamin.

Pelbagai bahan lain seperti antioksidan dan serat pemakanan juga memainkan peranan dalam meningkatkan fungsi usus dan mengawal gula dalam darah.

#4. Epal

Tidak hanya mengandungi vitamin A, epal juga kaya dengan vitamin C, kalium, vitamin K, dan vitamin B. Kandungan antioksidan yang banyak di dalamnya penting dalam meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dan kanser.

#5. Tembikai

Buah-buahan yang mengandung vitamin A yang seterusnya adalah tembikai. Ia juga memiliki khasiat lain seperti potassium, magnesium, vitamin B dan vitamin C.

Pengambilan buah ini secara kerap dapat mengelakkan keradangan, menyihatkan kulit dan rambut si kecil anda.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Serbuk Bilis Homemade Dapat Menaikkan Selera Makan Anak, Ia Tinggi Kalsium & Vitamin A!

Baca juga: 7 Perbezaan Perkembangan Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan Ketika Membesar, #3 Ibu Tidak Perlu Risau

Baca juga:  Besarnya Manfaat Peluk Anak Setiap Hari, Mampu Buatkan Mereka Lebih Sihat & Bijak