Kurma Nabi/Ajwa Mampu Meningkatkan Kesuburan!

Kurma nabi banyak khasiatnya selain membuat kita kenyang, ia juga boleh meningkatkan kesuburan wanita, bagi yang mencuba, jom amalkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kurma Ajwa atau lebih sinonim dengan panggilan Kurma Nabi merupakan jenis kurma yang popular di kalangan kita. Ia juga turut dikenali dengan “Raja dari Segala Kurma.”

Buah asal negeri Arab ini memiliki kombinasi rasa manis karamel, madu, dan kayu manis dengan tekstur yang kenyal. Tidak hairan mengapa buah kurma jenis ini kerap dicari menjelang bulan Ramadhan ya.

Tahu tak sebenarnya terdapat  lebih dari 1.400 jenis kurma di seluruh dunia? Lantas, apa yang membuat kurma nabi ini begitu istimewa?

Nah, selain rasanya yang sedap, buah ini memiliki kandungan serat, mineral, dan vitamin yang tinggi. Ada beribu manfaat yang boleh didapati apabila anda mengamalkan beberapa biji kurma nabi ini. 

Berikut adalah manfaat dan khasiat kurma nabi untuk kesihatan

1. Melancarkan Saluran Pencernaan

Kurma ajwa merupakan buah yang tinggi dengan serat larut (larut dalam air) untuk melancarkan pencernaan. Bagi anda yang memiliki masalah sembelit akibat kurang makan sayur atau jarang bersenam, kurma nabi ini menjadi penawar yang mujarab. 

Selain itu kandungan serat yang tinggi juga dapat membuatkan anda tahan lapar lebih lama, jadi ia cukup serasi dijadikan diet untuk anda kurangkan berat badan. 

2. Meningkatkan Daya Tahan Tubuh

Kurma ajwa dipenuhi dengan sederetan vitamin dari vitamin A, B, C, E, hingga K. Setiap vitamin ini mempunyai khasiat untuk kesihatan, terutama menjaga sistem imun tubuh. Flavonoid glycosides dalam vitamin inilah yang membekalkan tubuh dengan kadar antioksida yang seimbang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mesti sudah tahu pentingnya antioksida bukan. Agen ini melawan radikal bebas untuk melindungi tubuh dari pelbagai penyakit dan virus.

3. Menstabilkan Tekanan Darah

Salah satu manfaat kurma ajwa adalah untuk kesihatan ginjal dan menurunkan tekanan darah. Khasiat ini didapati dari kandungan serat dan mineral seperti zat besi dan potassium.

Manfaat inilah yang membuat kurma nabi popular sepanjang tahun di negeri Arab dan bahkan seluruh dunia.

4. Menjaga Kesihatan Jantung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit jantung adalah penyebab kematian utama di seluruh dunia. Hal ini disebabkan oleh peredaran darah yang tersumbat akibat pola makan tidak sihat, kurang bersenam, berat badan berlebihan, atau pun merokok.

Kurma Nabi merupakan salah satu ubat semula jadi untuk mencegah penyakit jantung seperti stroke dan serangan jantung dengan melancarkan sistem peredaran darah. Kurma ini boleh direndam semalaman (8-12 jam) lalu diminum agar lebih mudah dicerna oleh tubuh.

5. Meningkatkan Kesuburan

Kurma nabi mengandungi pelbagai nutrisi dan mineral yang terbukti mampu meningkatkan hormon libido dan membantu menyuburkan sistem peranakan wanita. 

Dengan kata lain, kurma ajwa dapat digunakan untuk memperbaiki kesuburan pihak pria dan wanita.

7. Membantu Ibu Mengandung dan Menyusui

Selain meningkatkan kesuburan, kurma nabi mengadungi zat oksitosin yang bermanfaat dalam proses persalinan. Zat ini mengaktifkan dinding otot rahim menjelang kehamilan, membantu kontraksi rahim saat bersalin, serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manfaat kurma ajwa juga boleh perbanyakkan susu ibu yang menyusui.

8. Menjaga Kesehatan Tulang

Kesehatan tulang wajib dijaga untuk mencegah terjadinya osteoporosis. Toppers pasti tahu peran kalsium untuk kesehatan tulang.

Selain kaya akan kalsium, kurma ajwa mempunyai kandungan mangan, magnesium, dan tembaga yang sama pentingnya untuk menjaga tulang kuat dan sehat.

9. Mencegah Anemia

mencegah anemia
Sumber Gambar: Pixabay
Anemia umumnya disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam tubuh. Beberapa gejalanya seperti letih lesu, pusing, dan terlihat pucat. Kurma nabi bisa dijadikan remedi alami untuk pasien anemia karena mengandung zat besi tinggi.

Buah ini juga berperan penting dalam meningkatkan hemoglobin (sel darah merah) dalam tubuh kamu.

10. Sumber Energi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang setiap sunnah nabi itu punyai manfaat, disebabkan itulah kurma diamalkan pada waktu bulan Ramadhan. Ia mampu menyumbangkan tenaga buat yang berpuasa. 

Malah, kurma ajwa ini jauh lebih sihat daripada minuman bertenaga kerana tidak ada bahan pengawet atau zat kimia yang berbahaya.

Siapa sangka buah yang kecil ini mempunyai manfaat yang cukup banyak untuk kesihatan? Kurma ajwa ini juga boleh dijadikan pelbagai hidangan dan resepi. Seperti kek (sticky date pudding), jus kurma, susu kurma, biskut kurma dan macam-macam lagi!

Jom amalkan sekarang! 

Sumber: Tokopedia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kurma Bagus Untuk Kandungan Ibu, Ini Yang Ramai Tak Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan