X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Lampu Tidur Pengaruh Kualiti Tidur, Ini Warna Yang Sesuai Untuk Dapatkan Rehat Cukup

4 min bacaan
Lampu Tidur Pengaruh Kualiti Tidur, Ini Warna Yang Sesuai Untuk Dapatkan Rehat Cukup

Tak semua warna lampu sesuai untuk bilik tidur. Ada warna yang bagus, antaranya merah dan ada juga yang patut kita jauhkan seperti biru.

Lampu tidur mungkin kelihatan seperti satu hal yang kecil, tetapi sebenarnya ia boleh bagi kesan besar pada kualiti tidur. Pemilihan warna yang betul boleh membantu anda untuk tidur dengan nyenyak dan berasa lebih segar di pag hari.

▲▼Isi Kandungan

  • Kepentingan Lampu Tidur
  • Warna Lampu Terbaik Untuk Tidur
  • Warna Lampu Yang Tak Sesuai Untuk Tidur
  • Bagaimana Memilih Lampu Tidur Yang Tepat?
  • Kesan Tidur Berkualiti Pada Hidup Anda

Kepentingan Lampu Tidur

Cahaya sebenarnya mempunyai peranan besar dalam emngawal kitaran tidur yang orang panggil ritma sirkadian. Mata mempunyai sel khas yang menghantar isyarat ke otak apabila terdapat cahaya. Isyarat ini pulak mempengaruhi hormon melatonin – hormon yang membantu anda rasa mengantuk.

Jika terkena cahaya terang atau warna tertentu waktu malam, pengeluaran melatonin boleh terganggu. Oleh itu kadang-kadang walaupun dah lewat malam, mata masih segar bugar. Tapi kalau guna cahaya lembut dengan warna yang betul, ia boleh membantu badan untuk relaks dan bersedia untuk tidur.

Bagaimana Lampu Tidur Boleh Bantu?

Lampu tidur bukan sekadar penerang, tapi ia juga boleh cipta suasana yang menenangkan. Dengan intensiti cahaya yang rendah dan warna yang sesuai, lampu boleh:

  1. Kurangkan tekanan pada mata.

  2. Bantu badan dan minda rileks sebelum tidur.

  3. Buat bilik tidur lebih selesa dan kondusif untuk berehat.

Warna Lampu Terbaik Untuk Tidur

Tak semua warna lampu sesuai untuk bilik tidur. Ada warna yang bagus, dan ada juga yang patut dielakkan.

Cahaya Merah

Cahaya merah adalah pilihan utama untuk anda. Sebab apa? Sebab cahaya merah tidak menganggu pengeluaran melatonin. Gelombangnya lebih panjang, jadi mata lebih rileks. Kalau guna lampu merah dalam bilik tidur, suasana rasa tenang dan selesa – memang sesuai untuk lelapkan mata.

Cahaya Kuning Dan Jingga

Kuning dan jingga pun tak kurang bestnya. Ia macam warna matahari terbenam – lembut dan menenangkan. Warna-warna ini buat otak rasa dah sampai masa untuk rehat. Tapi jangan lupa, pastikan cahayanya tak terlalu terang. Kalau terlalu terang, kesan menenangkan tu boleh hilang.

Warna Lampu Yang Tak Sesuai Untuk Tidur

Ada juga warna yang patut dielakkan untuk lampu di bilik. Warna-warna ni boleh buat kita susah tidur sebab ia ganggu hormon melatonin.

Cahaya Biru

Cahaya biru memang musuh utama kalau nak tidur lena. Ia selalu ada dalam skrin telefon, tablet, atau laptop. Cahaya biru ni sebenarnya halang pengeluaran melatonin dengan sangat efektif. Sebab tu, elakkan guna telefon sebelum tidur. Kalau tak boleh elak, guna mod penapis cahaya biru untuk kurangkan kesannya.

Cahaya Hijau

Walaupun nampak macam lembut, cahaya hijau pun sebenarnya tak bagus untuk tidur. Ia juga boleh menganggu hormon melatonin, walaupun tak sekuat cahaya biru. Jadi, lampu hijau bukan pilihan terbaik untuk bilik tidur.

Bagaimana Memilih Lampu Tidur Yang Tepat?

Memilih lampu di bilik bukan sekadar soal warna, tapi juga reka bentuk dan intensiti cahayanya. Berikut beberapa tips:

  1. Pilih lampu dengan intensiti rendah – Cahaya lembut lebih baik untuk tidur.

  2. Guna lampu yang boleh dilaras – Supaya anda boleh sesuaikan kecerahan mengikut keperluan.

  3. Elakkan lampu berkelip – Lampu berkelip boleh mengganggu ketenangan.

  4. Pilih reka bentuk yang sesuai dengan bilik – Selain mempunyai pelbagai fungsi, lampu di bilik juga boleh jadi elemen dekorasi.

Kesan Tidur Berkualiti Pada Hidup Anda

Tidur yang berkualiti bukan sahaja buat anda rasa segar, tapi ia juga penting untuk kesihatan keseluruhan. Dengan tidur yang cukup, anda boleh:

  • Tingkatkan daya ingatan.

  • Kurangkan risiko penyakit seperti diabetes dan hipertensi.

  • Kekalkan mood yang baik.

Nak tidur nyenyak, kena bijak pilih lampu tidur. Warna merah, kuning, dan jingga memang terbaik sebab ia bantu badan kita relax dan sedia untuk tidur. Tapi, jauhkan diri dari cahaya biru dan hijau yang boleh ganggu kualiti tidur. Dengan suasana lampu yang betul, tidur pun jadi lebih lena dan esok pagi rasa lebih segar. Semoga bermanfaat!

Sleep Foundation

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Cara Bayi Tidur Yang Melambangkan Personaliti Mereka, Parents Wajib Tahu!

Baca juga: Mimpi Orang Meninggal, 17 Erti Mimpi Bertemu Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Baca juga: Mimpi Banjir Mungkin Bawa Petanda! Ini Maksud Jika Anda Bermimpi Air Bah

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Lampu Tidur Pengaruh Kualiti Tidur, Ini Warna Yang Sesuai Untuk Dapatkan Rehat Cukup
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham