X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mimpi Banjir Mungkin Bawa Petanda! Ini Maksud Jika Anda Bermimpi Air Bah

4 min bacaan
Mimpi Banjir Mungkin Bawa Petanda! Ini Maksud Jika Anda Bermimpi Air Bah

Mimpi banjir mempunyai beberapa erti bergantung kepada jenis banjir yang anda lihat ketika sedang bermimpi.

Mimpi banjir mungkin boleh membawa sesuatu maksud yang akan memberi kesan kepada kehidupan anda. Mimpi boleh membawa pelbagai maksud, sama ada berkaitan dengan peristiwa kehiudpan sebenar atau langsung tiada kaitan. Kali ini, the Asianparent akan mengulas dengan lebih mendalam maksud di sebalik mimpi ini.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Mimpi?
  • 12 Erti Mimpi Banjir

Apa Itu Mimpi?

Mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang berlaku semasa tidur, melibatkan gabungan imej, emosi, dan sensasi. Ia boleh dipengaruhi oleh pengalaman harian, kenangan, atau imaginasi. Secara saintifik, mimpi sering berlaku semasa fasa tidur REM (Rapid Eye Movement), ketika aktiviti otak lebih aktif.

Menurut Cleveland Clinic, mimpi mungkin berfungsi untuk memproses emosi, menyimpan memori, atau memahami pengalaman hidup. Namun, maksud dan fungsi sebenar mimpi masih menjadi perdebatan dalam kalangan pakar.

12 Erti Mimpi Banjir

1. Melihat Banjir

Jika anda bermimpi melihat banjir, ia merupakan petanda baik. Mimpi ini dipercayai sebagai tanda bahawa orang yang bermimpi bersama keluarganya akan menerima rezeki yang besar.

2. Banjir Besar

Walaupun kelihatan menakutkan, maksud di sebalik mimpi banjir besar juga membawa petanda baik. Mimpi ini menandakan anda akan menerima rezeki atau berita baik yang akan membawa kebahagiaan dalam hidup.

3. Maksud Mimpi Terperangkap Dalam Banjir

Pernahkah anda bermimpi terperangkap dalam banjir? Walaupun mimpi ini menakutkan, ia sebenarnya mempunyai makna yang baik. Mimpi ini menunjukkan akan ada seseorang yang memuji anda. Namun, pujian itu mungkin membuat anda berasa sombong. Oleh itu, bersikaplah berhati-hati dan sentiasa rendah hati.

4. Banjir Penuh Dengan Ikan

Mimpi tentang banjir yang dipenuhi ikan juga membawa petanda baik. Ia ditafsirkan sebagai tanda bahawa seseorang akan menerima kebahagiaan dalam hidup.

5. Maksud Mimpi Rumah Dinaiki Air

Mimpi rumah dinaiki air mungkin kelihatan menakutkan. Namun, jangan risau kerana mimpi ini sebenarnya petanda baik. Ia membawa maksud anda akan menerima rezeki yang menggembirakan dalam masa terdekat. Rezeki ini boleh berupa material atau jodoh.

6. Dikelilingi Banjir

Mimpi dikelilingi banjir juga membawa maksud yang baik. Ia menunjukkan bahawa anda berasa selesa dengan kehidupan yang sedang anda lalui. Hal ini juga berkaitan dengan keadaan kewangan yang stabil.

7. Terseret Banjir

Mimpi terseret banjir mempunyai dua tafsiran yang berlawanan. Pertama, ia boleh membawa maksud kegagalan atau kekecewaan dalam pekerjaan. Sebaliknya, ia juga boleh bermaksud si pemimpi akan menerima sesuatu yang membanggakan dan banyak kebaikan dalam hidup.

8. Maksud Mimpi Terseret Banjir Tetapi Selamat

Berbeza dengan tafsiran mimpi banjir yang lain, mimpi terseret banjir tetapi selamat membawa maksud seseorang akan memuji anda dengan ikhlas atas apa yang telah anda lakukan.

9. Maksud Mimpi Banjir Cetek

Jika anda bermimpi mengalami banjir cetek, ia juga merupakan petanda baik. Mimpi ini menunjukkan kebimbangan anda tentang sesuatu perlahan-lahan mula hilang.

10. Menjadi Mangsa Banjir

Mimpi menjadi mangsa banjir membawa maksud yang sedikit berbeza. Ia menunjukkan bahawa si pemimpi mempunyai naluri atau perasaan yang tajam. Oleh itu, si pemimpi mungkin merasakan tanggungjawab terhadap penderitaan orang di sekelilingnya.

11. Maksud Mimpi Banjir Menutupi Jalan

Tafsiran mimpi ini memberikan makna yang positif. Ia menunjukkan bahawa akan hadir berita baik atau kebahagiaan dalam hidup. Ini mungkin hasil daripada usaha keras yang telah dilakukan.

12. Banjir Lumpur

Secara umum, air sering menjadi simbol kehidupan yang baik seperti rezeki, kesihatan, dan kejayaan. Namun, jika air dalam mimpi berlumpur dan kotor, ia membawa maksud yang kurang menyenangkan.

Mimpi ini mungkin menunjukkan bahawa si pemimpi sedang berasa tertekan, mungkin disebabkan oleh keluarga, teman, atau orang sekeliling.Ia juga boleh bermaksud adanya masalah yang perlu dihadapi. Namun, jangan risau atau berputus asa kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.

Para pakar percaya bahawa mimpi berkait rapat dengan keadaan psikologi seseorang. Mimpi boleh memberikan gambaran tentang pemikiran dan emosi seseorang ketika sedang tidur. Namun, sebahagian pakar berpendapat bahawa mimpi sukar untuk ditafsirkan dengan jelas kerana sifatnya yang tidak konsisten dan kadang-kadang tidak logik.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Itulah tafsiran mimpi banjir yang mungkin pernah anda alami. Jangan terlalu cemas jika tafsirannya tidak seperti yang diharapkan kerana ia hanya sekadar ramalan dan bukan kepastian.

Penulis asal Titin Hatma. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Mimpi Banjir Mungkin Bawa Petanda! Ini Maksud Jika Anda Bermimpi Air Bah
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham