TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anda pasti terkejut, ada lipas berkampung dalam telinga wanita ini!

4 min bacaan
Anda pasti terkejut, ada lipas berkampung dalam telinga wanita ini!

Lipas dalam telinga wanita ini telah tinggal berhari-hari. Baca kisah ngeri wanita ini serta apa yang perlu anda lakukan jika ia terjadi pada anak anda.

Pernah tak anda terfikir dalam diam-diam, ada makhluk lain tumpang menginap di telinga anda? Lebih-lebih lagi kalau makhluk itu lipas! Lipas dalam telinga? Nak buat apa kalau terjadi?!!

Kisah ngeri lipas dalam telinga

Satu malam, seorang penduduk Florida, Katie Holley dikejutkan dari tidur yang lena dengan rasa seperti ada ais mengalir dalam telinganya.

Dalam keadaan yang mamai, Katie pergi ke tandas dan perlahan-lahan memasukkan putik kapas di telinga kirinya. Dia menerangkan yang apa yang terdapat dalam telinganya cuba untuk pergi dengan lebih dalam.

Tambah mengerikan, apabila dia menarik putik kapas itu, terdapat kesan hitam melekat di situ menyerupai kaki serangga…

Anda pasti terkejut, ada lipas berkampung dalam telinga wanita ini!

Beberapa minggu sebelum kejadian malam itu, Katie dan suaminya Jordan telah mengupah profesional untuk menghalau serangga dari rumah mereka.

Tinggal di tempat bercuaca tropikal bermakna rumah mereka terdedah pada lipas terbang spesifik yang dijumpai di kawasan itu. Serangga ini dikenali sebagai palmetto bugs yang telah lama selesa tinggal di rumah mereka.

Tengah malam pada hari selepas rumah mereka disembur mimpi ngeri Katie bermula. Korek punya korek telinga, Katie menjumpai kaki, antena, kepala dan lebih banyak lagi bahagian badan serangga…

Jordan segera ke tandas untuk menolong isterinya yang  panik. Dia menyuluh lampu ke dalam telinga dan terkejut melihat kaki serangga itu terkeluar.

Dengan menggunakan tweezers, dia berjaya mengeluarkan beberapa kaki lipas tapi ia sudah terlambat. Lipas tersebut sudah merangkak ke dalam telinga isterinya dengan lebih dalam.

Mereka memandu terus untuk mendapatkan pertolongan kecemasan di hospital. Semasa di hospital, doktor berjaya mengeluarkan badan lipas dari telinga Katie.

Dia meninggalkan hospital dengan perasaan lega. Tapi ia belum berakhir…

Lipas dalam telinga, serangga dalam telinga, lipas masuk telinga, serangga masuk telinga, lipas masuk anggota badan

Lipas dalam telinga: Kisah ngeri bersambung

Seminggu selepas mereka pergi ke hospital, Katie rasa tidak selesa balik. Telinga kirinya (tempat lipas dijumpai) terasa kebas.

Dia pergi ke doktor keluarga dan menyuruh mereka untuk periksa telinganya. Dengan bantuan otoscope, doktor melihat terdapat kaki lipas lagi!

Doktor berjaya menarik 6 keping badan lipas. Walaubagaimanapun, doktor risau jika masih ada bahagian yang tertinggal, maka dia merujuk Katie ke pakar ENT.

Doktor pakar di situ memeriksa telinga Katie dan dia mengagak kaki lipas atau kepingan lipas akan dikeluarkan. Tapi, dia merasa sesuatu yang besar sedang ditarik dari telinganya dan apa yang dia lihat adalah anggota badan dan antena palmetto bug dewasa!

Akhirnya mimpi ngerinya berakhir dan Katie bersyukur ia tidak meninggalkan apa-apa kerosakan kekal pada telinganya.

Tapi ini bukan kes yang jarang berlaku. Lipas mencari makanan di mana-mana dan tahi telinga menarik perhatian mereka.

Tinggal di Malaysia, lipas dan serangga lain adalah ancaman biasa. Apa yang terjadi pada Katie boleh terjadi ada anda atau anak anda.

Jadi siapkan diri anda dengan pengetahuan berikut dan apa yang anda perlu lakukan sekiranya serangga masuk ke dalam telinga anak anda.

Apa yang perlu anda lakukan jika ada lipas dalam telinga anak atau serangga lain?

Lipas dalam telinga, serangga dalam telinga, lipas masuk telinga, serangga masuk telinga, lipas masuk anggota badan

Ini adalah beberapa tip dari Pusat Perubatan Universiti Rochester:

  • Pertama, tenangkan anak anda.
  • Jangan memasukkan putik kapas atau benda lain ke dalam telinga anak anda. Anda boleh merosakkan gegendang telinga dan menolak serangga lebih dalam.
  • Angkat kepala anak dan goyangkan perlahan-lahan.
  • Jika serangga tidak jatuh semasa anda melakukan ini, tuangkan sedikit minyak bayi ke dalam telinga. Ini selalunya membunuh serangga.
  • Jika anda rasa serangga tersebut mati tapi masih belum keluar, gunakan picagari dan masukkan sedikit air suam ke dalam telinga. Serangga tersebut sepatutnya terapung.
  • JANGAN letak air jika ia bukan serangga.

HUBUNGI DOKTOR SEGERA JIKA:

  • Anak anda ada sejarah jangkitan telinga.
  • Anda takut untuk meletak minyak atau air ke dalam telinga.
  • Hanya beberapa bahagian serangga yang keluar.
  • Jika anak anda tunjuk sebarang tanda jangkitan seperti bau busuk atau demam.

 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga: 

Ibu ini terberi bayi makan makanan bayi yang ada lipas – ibu, hati-hati!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Anda pasti terkejut, ada lipas berkampung dalam telinga wanita ini!
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham