Lobak Merah Bagus Untuk Perkembangan Anak, Ibu Usahakan Bagi Setiap Hari Untuk Si Manja

Lobak merah merupakan salah satu sayuran yang bagus untuk bayi dan kanak-kanak. Jika boleh, ibu usahakan tambah lobak merah dalam menu anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar pediatrik di Boulder, Colo, lobak merah merupakan sayuran pertama yang baik untuk bayi kerana khasiat, rasa dan teksturnya dapat memikat selera si manja.

Ia dikenali sebagai carrot yang mudah ditelan dan dihadam oleh bayi. Kebanyakan bayi juga menyukai rasanya, kerana mempunyai rasa manis yang semula jadi seperti gula-gula.

Lobak merah untuk bayi dan kanak kanak

Bayi secara amnya bersedia untuk menikmati sayur-sayuran seperti lobak merah, pada usia 6 hingga 8 bulan. Justeru ibu bolehlah sediakan 2 hingga 3 sudu besar sayur berfaedah ini untuk setiap hidangan makanan pejal.

Lobak merah adalah sumber beta-karotena sangat baik, yang bertukar menjadi vitamin A dalam badan. Vitamin A membantu mata bayi anda.

”Lobak merah juga menggalakkan sistem imun yang kuat dan mengandungi fitokimia yang boleh melindungi daripada penyakit jantung dan kanser tertentu,” kata Akademi Pemakanan dan Dietetik.

Selain itu, lobak merah kaya dengan serat, yang membantu bayi anda mempunyai pergerakan usus yang normal. Lobak merah juga mengandungi beberapa zat besi, kalsium dan vitamin C.

Tekstur lobak merah untuk bayi

Untuk bayi yang baru sahaja mengambil makanan pejal ketika usia 6 bulan, adalah lebih baik untuk memberi bayi anda makanan yang lembut dan licin sebelum beralih kepada makanan yang lebih kasar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh kisar lobak merah hingga menjadi puri bagi mencapai tekstur yang lembut dan licin. Tekstur yang sesuai akan membolehkan lidah dan mulut bayi anda mengawal dan menelan makanan dengan mudah.

Untuk mengekalkan khasiat yang terkandung dalam carrot, anda boleh kukus atau rebus lobak merah segar sebelum kisarkannya menjadi puri.

Jangan tambah garam atau perasa lain pada lobak merah yang dimasak di rumah, nasihat American Academy of Pediatrics.

Khasiat lobak merah untuk perkembangan bayi dan kanak kanak

#1. Kesihatan mata

Vitamin A dalam carrot memainkan peranan yang besar dalam membantu mengekalkan kesihatan mata. Juga dipanggil retinol, antioksidan ini juga boleh membantu melindungi mata si manja daripada masalah berkaitan penglihatan.

#2. Penghadaman yang lebih baik

Carrot juga mempunyai jumlah serat makanan yang baik. Ia menyokong pencernaan yang sihat dan boleh membantu mengurangkan risiko kanser kolon.

#3. Baik untuk sistem ketahanan tubuh

Khasiat lobak merah juga mengandungi vitamin C dalam  membantu menyokong sistem imun yang sihat. Apabila sistem imun si manja berfungsi dengan baik, badan mereka boleh melawan jangkitan dan sembuh dengan lebih cepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Kesihatan kulit

Vitamin A dan antioksidan lain dalam lobak bayi membantu badan anda melawan radikal bebas dan tekanan oksidatif. Ini membantu untuk menggalakkan kulit yang sihat, bercahaya dan melindungi daripada kerosakan matahari.

#5. Kesihatan gigi dan gusi

Khasiat lobak merah juga boleh membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anda. Teksturnya yang rangup membolehkan ia bertindak seolah-olah seperti berus gigi.

Ketika menggigit sayur ini, bayi bertindak seperti menggosok bahagian gigi dan membuang pembentukan plak berbahaya dari enamel. 

Adakah lobak merah berisiko tercekik?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya. Lobak merah adalah bahaya dan berisiko menyebabkan bayi tercekik. Untuk meminimumkan risiko, masak lobak merah sehingga lembut dan potong mengikut saiz yang sesuai dengan umur.

Lobak merah boleh menyebabkan alahan

Tidak. Alahan kepada lobak merah jarang berlaku, tetapi ia pernah dilaporkan terjadi kepada beberapa orang kanak-kanak yang alah kepada debunga birch atau mengalami Sindrom Alahan Mulut (juga dikenali sebagai alahan makanan debunga).

Sindrom Alahan Mulut biasanya mengakibatkan gatal-gatal jangka pendek atau terbakar di dalam mulut dan tidak mungkin mengakibatkan tindak balas berbahaya. Memasak lobak merah dengan sempurna boleh meminimumkan risiko alahan ini.

Seperti yang anda lakukan semasa memperkenalkan sebarang makanan baharu, mulakan dengan menghidangkan sedikit sahaja untuk beberapa kali pertama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika tiada tindak balas yang membahayakan, tingkatkan jumlah yang dihidangkan secara beransur-ansur untuk hidangan akan datang.

Cara memperkenalkan carrot pada bayi

Tunggu sehingga bayi anda berumur sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menawarkan lobak merah yang dimasak di rumah kerana kemungkinan nitrat, bahan kimia yang boleh menyebabkan sejenis anemia pada bayi kecil.

Selepas 6 bulan, lobak merah yang dimasak di rumah selamat untuk bayi. Jangan sekali-kali memberi bayi lobak merah mentah yang dicincang, yang boleh jadi punca tercekik. 

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Manfaat Buah Strawberi Untuk Si Manja, Ia Merawat Kulit & Menambah Daya Ingatan

Baca juga: 9 Resepi Telur Untuk Baby Yang Berkhasiat, Bantu Pikat Selera & Naikkan Berat Si Manja

Baca juga:  Ini Senarai & Khasiat Buah untuk Bayi Umur 7 Bulan Yang Anda Wajib Tahu!