X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ini Senarai & Khasiat Buah untuk Bayi Umur 7 Bulan Yang Anda Wajib Tahu!

4 min bacaan
Ini Senarai & Khasiat Buah untuk Bayi Umur 7 Bulan Yang Anda Wajib Tahu!Ini Senarai & Khasiat Buah untuk Bayi Umur 7 Bulan Yang Anda Wajib Tahu!

Anak anda dah boleh makan? Elok kalau carikan buah untuk bayi 7 bulan sebagai pelengkap makanan. Ini senarai buah untuk bayi 7 bulan yang anda boleh beri.

Bayi dah nak masuk 7 bulan ini. Adakah anda nak bagi buah untuk bagi si comel rasa makanan baru? Salah satu perkara yang bermain di fikiran ibu mesti mengenai apakah jenis buah untuk bayi 7 bulan yang sesuai dengan anak anda. 

Bagi ini salah, tak bagi pun salah kan?

Sebenarnya, bagus jika ibu-ibu ada kerisauan sebegini sebab bukan semua buah sesuai dengan anak anda. Jika salah beri anak makan dengan cara tak betul, alamatnya boleh kembung perut pula si comel. Ibu pula yang susah hati. Kali ini, kami akan memberi informasi mengenai jenis-jenis buah untuk bayi 7 bulan yang selamat untuk anak anda makan.

Malah, setiap buah ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Banyak manfaat yang anak anda boleh dapati nanti. 

Pengenalan buah untuk bayi umur 7 bulan dalam permakanan 

Ini Senarai & Khasiat Buah untuk Bayi Umur 7 Bulan Yang Anda Wajib Tahu!

Kredit: Unicef

Apabila anak anda sudah mula masuk umur 6 hingga 7 bulan, anda sudah boleh memperkenalkan anak anda dengan makanan berbentuk pepejal. Jika anak anda sebelum ini  banyak bergantung kepada susu dan mendapat khasiat daripadanya, kini anak anda juga sudah boleh mendapat khasiat dan nutrien penting daripada permakanan.

Buah-buahan adalah salah satu kumpulan daripada piramid makanan yang harus anda cuba beri kepada bayi dan anda harus jadikannya sebahagian daripada rutin permakanan anda.

Malah, buah-buahan mengandungi pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh anak anda dan tambahan, ianya jauh lebih sedap dan manis berbanding sayur-sayuran. Pasti, anak anda mesti suka!

Anda boleh lecek, lenyek, jadikan puri dan boleh sahaja makan begitu sahaja serta banyak lagi. Ini kerana buah-buahan ini boleh digayakan dengan pelbagai jenis menu masakan untuk bayi!

Buah-buahan apakah yang sesuai untuk bayi umur 7 bulan?

Ini Senarai & Khasiat Buah untuk Bayi Umur 7 Bulan Yang Anda Wajib Tahu!

Kredit: Pexels

Pada saat anak anda menginjak umur 6 hingga 7 bulan, anda haruslah memberikan anak anda makanan yang jenis lembut. Mengapa? Anak anda masih belum mempunyai keupayaan untuk mengunyah seperti orang dewasa. Makanan lembut memudahkan anak anda untuk mengunyah dan menelan. 

Bila kita membincangkan mengenai buah-buahan yang baik untuk bayi, jawapannya adalah anda boleh memilih apa jua buah-buahan dengan pelbagai tekstur dan perisa. Sungguhpun begitu, janganlah beri anak anda makan durian ya. Durian membuatkan badan berasa panas. Jadi, ia amatlah tidak sesuai untuk bayi berusia 2 tahun ke bawah. Ingat itu ibu bapa!

Senarai buah & khasiat buat untuk bayi umur 7 bulan

#1 Pisang

buah bayi 7 bulan

Kredit: Pexels

Pisang menjadi pilihan utama kami kerana ianya mudah untuk dimakan begitu sahaja dan sesuai untuk kunyahan bayi. Anda hanya perlu kupas kulit pisang dan anak anda boleh terus makan. Tidak kira dimana sahaja anda berada, pisang mudah dibawa dan anda boleh jadikannya sebagai snek untuk anak anda. Apa yang menarik mengenai pisang ini ialah ia kaya dengan pelbagai jenis zat seperti vitamin B6, vitamin C, potassium dan juga serat. 

Bercakap mengenai serat ini, ianya sangat membantu dalam proses penghadaman dan juga merawat cirit-birit. 

#2 Epal

Buah epal juga mudah dan sedap dimakan tetapi syaratnya, anda kenalah lenyek atau kisar sampai lumat sedikit untuk beri bayi anda makan. Kalau anda jadikannya puri juga sedap. Untuk epal, apabila anda beri anak anda makan puri epal, ianya memudahkan anak anda untuk hadam. Malah, epal juga turut mengandungi serat yang membantu anak anda sekiranya anak anda mengalami cirit-birit.

#3 Kurma

Ini Senarai & Khasiat Buah untuk Bayi Umur 7 Bulan Yang Anda Wajib Tahu!

Kredit: Pexels

Wah, kurma pun ada dalam senarai ini. Bukan sekadar makan di bulan puasa tau. Kurma mengandungi khasiat seperti tiamina, riboflavin, niasin, folat, vitamin A, B6 dan vitamin K. Ianya turut boleh mengekalkan tenaga. Maka, tidak hairanlah kenapa ramai orang sangat menggemari kurma disebabkan khasiatnya.

Bagaimana untuk memberi kurma pada anak? Anda boleh beri kurma kering untuk anak anda cuba buat permulaan. Anda juga boleh masukkan kurma dalam bubur nasi dan kisar halus. Sedap!

#4 Betik

Anda juga boleh beri betik kepada anak anda. Antara khasiat betik yang anda perlu tahu ialah ianya kaya dengan Vitamin C dan E dan juga kaya dengan serat. Ia turut mengandungi enzim yang membantu penghadaman. Betik lembut untuk dikunyah dan dihadam. Jadi, anda boleh pelbagaikan cara untuk memberinya makan kepada anak. Nak lecek, nak penyek. Semua anda boleh buat.

#5 Buah beri atau strawberi

buah bayi 7 bulan

Kredit: Pexels

Orang dewasa suka, si kecil pun sama! Buah strawberi mempunyai rasa masam dan keras sedikit untuk bayi. Sungguhpun begitu, anak anda boleh mendapatkan rasanya dengan menghisap strawberi. 

Buah beri pula kaya dengan vitamin C dan tinggi kandungan beta-karotena yang baik untuk perkembangan otak bayi dan juga mata. Kedua-dua ini boleh dikisar halus, dipenyek dan dicampurkan dalam bijirin bayi atau sebagai puri.

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: 32 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Bayi 7 – 10 Bulan, Anak Anda Suka Yang Mana?

Stories Rakan Kongsi
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Ini Senarai & Khasiat Buah untuk Bayi Umur 7 Bulan Yang Anda Wajib Tahu!
Kongsikan:
  • Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang

    Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang

  • 32 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Bayi 7-10 Bulan, Anak Anda Paling Suka Yang Mana?

    32 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Bayi 7-10 Bulan, Anak Anda Paling Suka Yang Mana?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang

    Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang

  • 32 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Bayi 7-10 Bulan, Anak Anda Paling Suka Yang Mana?

    32 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Bayi 7-10 Bulan, Anak Anda Paling Suka Yang Mana?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.