Pavithra Maafkan Suami, Ingin Teruskan Video Masakan Seperti Biasa

Pavithra Maafkan Suami, Ingin Teruskan Video Masakan Seperti Biasa

YouTuber terkenal S Pavithra akui sudah maafkan suami dan mahu teruskan hidup seperti biasa termasuk meneruskan video rancangan masakan di YouTube.

Heboh di media sosial sebelum ini yang mengatakan suami kepada YouTuber terkenal S Pavithra direman atas tuduhan mendatangkan kecederaan kepada isterinya. Terbaharu, Pavithra mengakui sudah maafkan suami beliau.

Tidak mahu terus memanjangkan konflik wanita itu mengakui sudah memaafkan suaminya dan mahu meneruskan video masakan mereka seperti biasa. 

Konflik yang berlaku ke atas dirinya dan suami yang menarik perhatian masyarakat seluruh negara, sejak beberapa hari lalu sehingga pelbagai komen muncul terutama di media sosial berkaitan perbuatan suami memukul isteri. 

Maafkan suami, ingin terus buat video masakan

maafkan suami

Menurut laporan Astro Awani, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia tidak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku.

Sebaliknya, mahu memberi perhatian kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube.

Menjelaskan keadaan yang berlaku katanya kejadian itu berkaitan masalah keluarga dan dia sudahpun maafkan suami atas apa yang berlaku.

Terdahulu, suaminya, M Sugu, 29 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.

Apa anda patut buat kalau dipukul suami?

maafkan suami

Perkara pertama anda perlu ingat, wanita bukan untuk dipukul ya. Lebih-lebih oleh si suami yang sepatutnya melindungi. Anda perlu pertahankan hak anda. Walau sayang macam mana sekali pun, salah macam mana sekali pun, ada cara lain untuk mengajar anda.

Keganasan rumah tangga bukan perkara baru, boleh kata ia seperti menjadi halwa telinga kita setiap hari. Tapi tidak sepatutnya ia begitu kerana wanita bukan punching bag suami. 

Jadi apa nak buat jika ia terjadi kepada anda? Seperti dikongsikan di laman Facebook, Peguam Syarie Johor ini antara perkara yang patut seorang isteri lakukan bila dipukul suami adalah isteri harus mengemukakan bukti bagi menguatkan dakwaannya. Sekiranya isteri dipukul atau didera, isteri hendaklah :

#1. Segera mendapatkan rawatan, laporan perubatan dari hospital kerajaan 

Jika anda didera atau dipukul, jangan diam saja wahai wanita. Bersuaralah. Dapatkan bantuan segera dengan pergi ke hospital terdekat untuk membuktikan perbuatan itu. Laporan perubatan penting untuk menentusahkan yang anda memang dipukul bukan terjatuh atau sebaliknya.

Sayangi diri anda. Jangan diam saja!

#2. Buat aduan di balai polis

maafkan suami

Buat aduan di balas polis dengan mengemukakan surat laporan perubatan yang telah diterima dari hospital. Apabila sudah dapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital, bawa laporan itu ke balai polis terdekat untuk laporan polis pula. 

Jangan takut polis bukan nak makan anda, buat saja aduan pada mereka, tahulah mereka jalankan tugas selepas itu. 

#3. Pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bagi mengukuhkan lagi tuntutan, disarankan agar isteri pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana pegawai kebajikan masyarakat akan membawa mangsa (isteri) ke mahkamah untuk mendapatkan Perintah Larangan Sementara (IPO) supaya suami dilarang menganggu isteri.

Ada suami yang bagai tak puas-puas menyiksa isteri. Jadi tidak salah jika anda pergi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan nasihat seterusnya dibawa ke mahkamah untuk dapatkan Perintah Larangan Sementara. 

Isteri perlu melakukan tindakan-tindakan di atas kerana jika tidak, maka akan sukarlah bagi isteri untuk meyakinkan mahkamah atas dakwaannya. Lengkap diri anda dengan 'senjata' yang sepatutnya. 

Laporan perubatan penting

Laporan perubatan dari hospital dan laporan polis tersebut sangat penting diperolehi oleh isteri bukan saja dalam proses mendapatkan cerai, akan tetapi juga agar suami dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Memukul atau mendera isteri, termasuklah secara emosi dan mental, adalah merupakan kesalahan di bawah Akta Keganasan Rumahtangga yang mana suami boleh dihukum sehingga dipenjarakan sekiranya didapati telah mencederakan isteri.

Perbicaraan untuk kes-kes keganasan rumahtangga akan dibicarakan di bawah Mahkamah Sivil kerana ia merupakan suatu kesalahan jenayah sivil.

Manakala perbicaraan kes perceraian fasakh atas sebab keganasan rumahtangga akan dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Peguam Syarie Johor, Astro Awani

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner