Ibu Jangan Marah Kalau Anak Main Kotor, Baik Untuk Imun Badan & Perkembangan Otak- Doktor

Main kotor bagus untuk ketahanan imun badan dan perkembangan otak si manja. Justeru ibu jangan halang anak yang suka main di luar rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila nampak anak-anak main kotor, ramai ibu pasti membebel panjang disebabkan risau mereka akan jatuh sakit.  Malah terdapat juga para ibu yang langsung tidak membenarkan anak-anak main di luar rumah, dengan alasan banyak virus.

Sebenarnya, kalau ikutkan ibu ayah perlu biarkan anak-anak explore dunia luar kerana ianya bagus untuk perkembangan otak dan juga deria sentuhan mereka.

Main kotor baik untuk perkembangan otak dan kuatkan sistem imun badan si manja

Mengikut kajian, kotoran dari tanah ini sebenarnya mengandungi bakteria mikrospik atau mycobacterium vaccae di mana dapat meningkatkan tahap serotonin di dalam otak dan membantu anak-anak berasa lebih tenang.

Kalau ibu dan ayah nak tahu juga, membiarkan anak-anak bermain kotor di luar ini juga sebenarnya dapat menguatkan ketahanan imun badan anak-anak.  

Menurut Doktor Mazliana Mazlan menerusi perkongsiannya di laman Facebook, beliau menulis,

“Ajak anak main kotor di luar rumah untuk kuatkan sistem imun.

Cahaya matahari, suatu yang bakal dilupakan oleh anak-anak, kalau bukan kita yang kenalkan dari sekarang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasakan anak-anak, sekurang-kurangnya 15 minit sehari, untuk main di luar rumah, dengan tangan dan kaki menyentuh tanah.

Cuba buat, dan lihat hasil yang sangat ketara.

Mood anak lebih baik, kurang tantrum. Imuniti anak lebih kuat, cepat sembuh bila demam.

Tidur lebih mudah dan berkualiti. InsyaAllah, semua dengan izin darinya.

Buat semua ni, sebagai ubat percuma untuk bantu selesaikan banyak masalah anak-anak zaman sekarang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Berjemur

#2. Messy play di luar rumah

#3. Grounding

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Pergerakan

#5. Kasih sayang sesama keluarga

#6. Makanan yang dimasak dari rumah

#7. Tidur yang berkualiti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak aktiviti di luar rumah kan.

Penyerapan vitamin D pada kulit, beri kesan pada setiap sel dan organ dalam badan. Vitamin D kuatkan sistem imun, tulang dan gigi anak-anak kita.

Lepas ni, tak perlu larang kalau anak main kotor tau. Ini yang sebenarnya bantu tingkatkan bakteria baik di kulit dan usus anak.

Biar anak bermain dengan alam, dan bukan lagi gadjet. Bantu untuk kurangkan radang dalam badan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidur, sangatlah penting untuk otak anak. Kalau dapat buat nombor 1 sampai 6 dengan baik, insyaAllah mudah anak nak tidur malam.

Sesibuk mana pun kita, cuba cari masa untuk buat tau. Penting sangat cahaya matahari untuk anak.”

Waktu paling terbaik adalah pada pukul 1-2 petang

“Waktu paling baik, 10 pagi sampai 5 petang. Paling terbaik, 1-2 petang. Kalau tak dapat waktu ni, boleh je mana-mana waktu, asalkan masih ada cahaya matahari. Baik buat je, dari tinggal terus kan.

Kita cuba sama-sama ya.”

Sebagai ibu dan ayah, jangan bataskan pergerakan anak kita untuk sesuatu yang baik buat perkembangan dan kesihatan diri mereka. Elakkan terlalu mengurung anak di dalam rumah sehingga boleh menyebabkan tekanan di dalam dirinya.

Luangkan masa bermain dengan mereka dan buatkan mereka berasa seronok dan disayangi. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Baca juga: Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

Baca juga: Jenis Mainan Puzzle Yang Sesuai Untuk Anak 2-4 Tahun, Bukan Sahaja Menyeronokkan, Malah Bagus Untuk Perkembangan Anak!

Penulis

Nur Syazwani