X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

Bermain alat muzik bukan sahaja dapat menjadikan si manja ceria, malah sangat membantu dalam perkembangan juga.

Parents, pernah tak anda terfikir apakah kelebihan membelikan mainan untuk anak? Mungkin ada sesetengah parents yang mengehadkan permainan kepada si manja tetapi hakikatnya permainan music bayi merupakan salah satu alat yang memberikan kesan positif pada kanak-kanak! Rugi kalau tak beli mainan music terbaik buat anak tau.

Satu kajian menunjukkan bahawa otak bayi dapat memanfaatkan pelajaran muzik dari awal lagi di mana kanak-kanak berusia 1 tahun yang mengikuti kelas muzik dengan ibu bapa dilihat lebih kerap tersenyum, berkomunikasi lebih baik dan menunjukkan “tindak balas otak yang lebih awal dan lebih peka terhadap muzik." 

Manakala satu lagi kajian dari sebuah universiti di Washington menunjukkan bahawa bayi berusia 9 bulan yang secara konsisten bermain dengan muzik mempunyai pemprosesan otak muzik dan bahasa pertuturan baru yang lebih baik berbanding yang tidak.

Isi Kandungan

  • Faedah Bermain Muzik Dari Kecil
  • Kesan Muzik Pada Anak
  • Pemilihan Mainan Music
  • 10 Mainan Music Terbaik
    • Wooden Maracas
    • Xylophone & Piano
    • Inchworm Musical
    • Whistle Toy
    • Drum
    • Buku Muzikal
    • Tunes Musical Toy
    • Remote Control
    • Tiny Tot Driver
    • Moves Sloth
  • Perbandingan Harga
  • Tips Pemilihan Mainan Yang Sesuai

Faedah Bermain Muzik Dari Kecil

mainan music terbaik

Kredit gambar: Freepik

Pendedahan kanak-kanak kepada muzik semasa perkembangan awal membantu mereka mempelajari bunyi dan makna perkataan.

Manakala menari dengan muzik membantu kanak-kanak membina kemahiran motor sambil membiarkan mereka berlatih ekspresi diri.

Berikut merupakan beberapa faedah permainan muzik bayi sedari kecil:

  • Meningkatkan kreativiti
  • Meningkatkan sensori dan kebolehan kognitif
  • Skill motor kasar
  • Si manja lebih mudah ekspresi diri

Kesan Muzik Terhadap Perkembangan Anak

mainan music terbaik

Kredit gambar: Unsplash

Bayi dan kanak-kanak yang terdedah kepada muzik sejak awal ternyata terkesan lebih positif. Ini di mana muzik sebenarnya dapat menggalakkan perkembangan bayi di dalam kedua-dua mental dan sfera fizikalnya.

Bermain muzik kepada bayi boleh mengaktifkan laluan saraf yang bertanggungjawab untuk banyak kemahiran, meningkatkan kemahiran am seperti kreativiti atau kemahiran spesifik lain seperti  kecerdasan ruang:

  •  Kreativiti

Satu kajian yang dikendalikan di Hungary mendapati 3 ke 4 usia kanak-kanak yang diberikan muzik dan pembelajaran isyarat mendapat gred tertinggi di dalam kreativiti berbanding kanak-kanak pada usia yang sama yang tidak mendapat sebarang latihan muzikal.

  • Memori

Bayi berusia 3 bulan boleh menggunakan muzik untuk membantu mereka mengingat akan perkara-perkara yang mereka telah pelajari.

Saintis kini percaya yang muzik memberikan makna kepada proses pembelajaran dan membantu untuk mengingatnya.

  • Kecerdasan ruang

Kecerdasan ruang adalah kebolehan untuk melihat pelbagai hungan di ruang dan memahami dunia visual.

Satu kajian di tadika kanak-kanak di California menunjukkan yang kanak-kanak yang diberikan pembelajaran piano mendapat purata kejayaan 34% di dalam menyiapkan sebuah jigsaw puzzle berbanding kanak-kanak yang diberikan pembelajaran kelas komputer pada masa yang sama.

  • Matematik

Satu kajian mendapati yang pelajar tingkatan 1 yang telah diberikan arahan demonstrasi muzikal secara intensif dianggap lebih maju di dalam matematik berbanding pelajar sekelas yang menerima pembelajaran muzik sederhana.

Saintis percaya yang hubungan antara muzik dan matematik adalah sebahagiannya terkait kepada fakta yang muzik membantu kanak-kanak untuk faham akan konsep matematikal.

  • Bahasa

Terdapat satu hubungan rapat di antara muzik dan perkembangan linguistik. Kedua-dua kemahiran memerlukan kebolehan untuk membezakan di antara nuansa pendengaran dan bunyi yang serupa, seperti “B" dan “P".

Mendengar muzik menyumbang banyak kepada perkembangan bayi pada kemahiran ini dan akan mengembangkan kebolehan untuk menyahkod data pendengaran dan mengasah memori pendengaran kanak-kanak serta kebolehan asas dalam pemahaman bahasa.

  • Kecerdasan Emosi

Muzik boleh membawa emosi yang kuat. Dengan mendengar muzik klasikal yang ekspresif, bayi mengasah kebolehan mereka untuk mengesan mood dan emosi pada orang lain, sementara membina kesedaran akan proses dalaman mereka sendiri menerusi nuansa perasaan yang ditimbulkan oleh muzik

Tips Memilih Mainan Music Terbaik Untuk Bayi

  • Pastikan mainan sesuai dengan usia
  • Mainan kayu akan bertahan lama, lama dan lebih mesra alam daripada plastik
  • Cari alat muzik yang tidak memerlukan bateri
  • Elakkan muzik yang akan mengganggu anda
  • Pilih mainan yang tidak hanya bermain muzik tetapi mendorong anak anda menggunakan kemahiran yang berbeza
  • Mainan yang mudah dibawa kemana-mana juga merupakan satu pilihan yang bagus!

10 Mainan Music Terbaik Untuk Bayi Demi Perkembangan Kemahiran Lebih Baik

Mainan Music Terbaik Jenis Mainan
Mainan Music Terbaik Mudah Digunakan

Wooden Maracas (Marakas Kayu)

Mainan Music Terbaik 2 Dalam 1

Xylophone & Piano Multifunctional Musical Toys

Mainan Music Terbaik Lembut Untuk Si Comel

LAMAZE Musical Inchworm Toys

Mainan Music Terbaik Merangsang Kanak-kanak Bercakap

Mideer Wooden Whistle Toy

Mainan Music Terbaik Serba Guna

Goodway Two Sided Dynamic Drum

Mainan Music Terbaik Dengan 40 Muzikal

VTech Musical Rhyme and Discover Book

Mainan Music Terbaik Dengan Karya Agung Klasikal

Baby Einstein: Take Along Tunes Musical Toy

Mainan Music Terbaik Seakan Alat Kawalan Jauh

Fisher-Price Laugh & Learn Puppy’s Remote

Mainan Music Terbaik Berunsur Pemanduan Stereng Kenderaan

VTech Tiny Tot Driver

Mainan Music Terbaik Bermain Sambil Belajar

Smooth Moves Sloth Linkimals

10 Mainan Music Terbaik Untuk Bayi
product image
Wooden Maracas (Marakas Kayu)
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Xylophone & Piano Multifunctional Musical Toys
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
LAMAZE Musical Inchworm Toys
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mideer Wooden Whistle Toy
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Goodway Two Sided Dynamic Drum 
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
VTech Musical Rhyme and Discover Book
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Baby Einstein: Take Along Tunes Musical Toy
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Fisher-Price Laugh & Learn Puppy's Remote
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
VTech Tiny Tot Driver
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Smooth Moves Sloth Linkimals
more info icon
View Details
Beli di Lazada

Wooden Maracas (Marakas Kayu)

Mainan Music Terbaik Mudah Digunakan

Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

Marakas merupakan mainan music terbaik yang berasal dari Puerto Rico namun kini semakin popular di seluruh dunia malah dijadikan salah satu mainan kanak-kanak. Ini menjadi pilihan kami kerana produk ini mudah digunakan, senang dipegang dan mengeluarkan banyak semulajadi yang menyeronokkan.

Permainan berasaskan kayu ini mempunyai rekabentuk dan warna menarik serta sesuai digunakan sedari 1 tahun dan pastinya merupakan salah satu mainan muzik terbaik yang perlu ada di rumah anda.

Apa yang kami suka:

  • Saiz yang comel
  • Mudah digunakan.
  • Warna ceria yang menarik perhatian kanak-kanak.
  • Diperbuat dari kayu yang kukuh dan selamat untuk bayi.

Wooden Maracas (Marakas Kayu)

product imageBeli di Shopee

Xylophone & Piano Multifunctional Musical Toys

Mainan Music Terbaik 2 Dalam 1

Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

Permainan muzik 2 dalam 1 ini mempunyai piano dan xylophone dalam masa yang sama. Pastinya merupakan satu penjimatan yang berganda buat parents.

Setiap nota memainkan bunyi yang berbeza dan boleh dimainkan mengikut pilihan anak. Alat ini membantu bayi mengembangkan koordinasi mata-tangan dan meningkatkan ketangkasan.

Menariknya, mainan ini disediakan nota muzik yang membolehkan si manja belajar membuat muzik hanya dengan berpandukan warna!

Apa yang kami suka:

  • Permainan 2-dalam-1
  • Not muzik bagi pelbagai lagu disediakan
  • Tidak menggunakan bateri

Xylophone & Piano Multifunctional Musical Toys

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

LAMAZE Musical Inchworm Toys

Mainan Music Terbaik Lembut Untuk Si Comel

mainan music terbaik

Jika ibu mahukan mainan music terbaik yang lembut untuk si comel, apa kata dapatkan Lamaze Musical Inchworm ini?

Produk ini bukan sahaja didatangkan dengan warna berwarna-warni, malah akan mengeluarkan bunyi apabila ditekan. Ini pasti meningkatkan rasa ingin tahu pada bayi dan dia akan berlatih untuk menggunakan jari-jari comel untuk berusaha menghasilkan bunyi!

Wajah yang comel pada si cacing pasti membuatkan bayi mempunyai teman yang dikenalinya.

Apa yang kami suka:

  • Mainan dengan tekstur lembut dan selamat untuk bayi kecil
  • Diperbuat dari fabrik verlour berkualiti tinggi
  • Memainkan lagu kanak-kanak apabila kepalanya dipeluk!
  • Mudah dibawa kemana-mana untuk dijadikan peneman setia si manja.

LAMAZE Musical Inchworm Toys

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Mideer Wooden Whistle Toy

Mainan Music Terbaik Merangsang Kanak-kanak Bercakap

Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

Permainan meniup mungkin kelihatan ringkas namun sebenarnya mempunyai banyak manfaat. Salah satunya dapat merangsang kanak-kanak untuk bercakap!

Mideer Wooden Whistle Toy bukan sahaja didatangkan dalam bentuk yang comel, malah dapat melatih paru-paru kanak-kanak semasa proses meniup tersebut.

Saiznya yang nipis juga bertujuan bagi melatih anak untuk mengawal pergerakan jari semasa memegang sesuatu.

Apa yang kami suka:

  • Corak yang menarik dan reka bentuk burung yang comel!
  • Diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi
  • Bunyi yang kuat tetapi tidak mempunyai muzik yang bising.

Mideer Wooden Whistle Toy

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Goodway Two Sided Dynamic Drum

Mainan Music Terbaik Serba Guna

Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

Goodway Two Sided Dynamic Drum dimainkan dengan cara memukul gendang, namun pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran koordinasi tangan-mata dan dapat mengembangkan kemahiran sensori si manja.

Drum comel ini bukan sahaja merupakan mainan music terbaik, malah boleh digulingkan sekiranya si manja ingin bermainnya dengan cara lain pula!

Apa yang kami suka:

  • Warna terang yang menarik perhatian
  • Mengeluarkan pelbagai bunyi menarik dengan setiap butang berlainan
  • Diperakui selamat oleh standard keselamatan Eropah dan US
  • Butang muzik yang boleh dilaras

Goodway Two Sided Dynamic Drum 

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

VTech Musical Rhyme and Discover Book

Mainan Music Terbaik Dengan 40 Muzikal

Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

Masihkah anda ingat akan buku-buku yang membuatkan parents kita jadi tak keruan?

Biarpun ibu ayah tidak menyukainya selepas sesi membaca pertama kali, buku-buku yang hadir dengan butang yang memainkan efek bunyi serta lagu adalah yang terbaik!

Pabila anda mencari sebuah buku untuk anak-anak anda, anda pasti tahu sesuatu yang interaktif akan jadi yang perfect.

Jadi, VTech Musical Rhymes Book dapat mengajar bayi dengan lebih daripada 40 buah melodi, irama, dan frasa sementara tetapan yang mesra ibu bapa memastikan yang buku paling memorable ini akan akan tahan lebih lama daripada pemusing halaman yang kuat dari masa muda kita. 

Apa yang kami suka:

  • 40 lebih buah lagu, melodi, bunyi dan frasa
  • 4 tetapan yang fun (bermain dalam pembelajaran atau mod muzik)
  • 6 halaman interaktif (bercirikan ritma taska klasik)
  • Mengajar: warna, instrumen, ritma taska, dan skil motor yang baik
  • Sesuai untuk usia 6 ke 36 bulan
  • Halaman yang mudah untuk diselak, rona dan instrumen, bintang berlampu, dan kepingan luncur dan pusing di dalam setiap muka surat
  • Mesra cetak: kawalan bunyi, rekaan yang tahan lama dan dimatikan secara automatik
  • Memerlukan 2 bateri AAA (bateri demi termasuk)

VTech Musical Rhyme and Discover Book

product imageBeli di Shopee

Baby Einstein: Take Along Tunes Musical Toy

Mainan Music Terbaik Dengan Karya Agung Klasikal

Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

Ia mempromosikan penghargaan terhadap muzik dan perkembangan pendengaran dengan memperkenalkan kepada si kecil anda terhadap karya agung klasikal versi mesra-bayi oleh Mozart, Vivaldi, Chopin dan Rossini.

Ia direka besar, butang yang mudah untuk ditekan membolehkan bayi anda untuk menukar 7 melodi klasikal yang berkualiti tinggi dan menyeronokkan di rumah, atau sebagai permainan yang fun ketika keluar.

Pemain MP3 versi bayi ini mempunyai rona yang terang yang menari di sekitar skrin untuk meningkatkan setiap melodi yang menghiburkan dan mempromosikan persepsi visual.

Apa yang kami suka:

  • Alat music bayi kegemaran yang laris dijual di seluruh dunia
  •  Menjadi inspirasi ke atas rasa cinta terhadap muzik sepanjang hidup
  • Bayi boleh menukar antara 10 buah melodi
  • Saiz yang sesuai untuk usia 3 ke 36 bulan
  • Kawalan volum adalah muzik kepada telingan ibu dan ayah
  • Mudah untuk dibersih dan dicuci

Baby Einstein: Take Along Tunes Musical Toy

product imageBeli di Lazada

Fisher-Price Laugh & Learn Puppy’s Remote

Mainan Music Terbaik Seakan Alat Kawalan Jauh

mainan music terbaik

Ia dipenuhi dengan butang, lagu dan proses pembelajaran yang fun! Permainan alat kawalan jauh berinteraktif Laugh & Learn ini pasti akan “melekat" dengan bayi.

Untuk permulaan, ia kelihatan seakan alat kawalan jauh TV untuk membuatkan sesi bermain seakan lebih real.

Dan pabila si kecil menekan butang-butang tersebut, skrin tersebut akan menyala dan mereka akan dihadiahkan dengan lagu dan frasa yang mengajar angka, ABC, berlawanan, warna dan banyak lagi.

Ini membantu bayi untuk mengenal pasti sebab dan kesan. Cahaya, muzik yang fun, frasa dan warna-warna terang dapat menarik perhatian bayi dan membantu membina semua deria-deria penting.

Apa yang kami suka:

  • 35+ buah lagu yang mengajak untuk bernyanyi bersama, nada dan frasa
  • Skrin yang menyala
  • Bayi boleh menekan terus untuk mendengar sebutan nombor, ABC, warna, berlawanan, ucap salam dan lebih lagi
  • Membantu memberikan bayi satu skil motor ‘tekan’ dalam arah yang betul

Fisher-Price Laugh & Learn Puppy's Remote

product imageBeli di Lazada

VTech Tiny Tot Driver

Mainan Music Terbaik Berunsur Pemanduan Stereng Kenderaan

Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

VTech Tiny Tot Driver adalah permainan yang berperanan dengan warna terang, yang memperkenal kenderaan, warna, nombor dan haiwan sepanjang frasa yang menyeronokan dan bunyi kereta yang cukup real. Bayi boleh memutar stereng kereta untuk menggerakkan kereta mini bersama anak anjung serta belajar tentang perbezaan kenderaan dan bunyinya dan menekan butang chunky untuk mendengar frasa yang fun. 

Ia bercirikan 3 mod bermain, butang hon yang menyala, cermin sisi yang tidak mudah rosak untuk melihat serta mengenali diri, stik gear dan lampu isyarat yang menyala. Ia dapat mengembangkan skil permotoran dan menggalak penemuan dan penerokaan. Ia termasuklah 2 buah lagu untuk bernyanyi bersama dan 10 buah melodi serta bercirikan satu suara bertutur dalam bahasa Inggeris.

Apa yang kami suka: 

  • Terdapat banyak butang interaktif termasuklah satu butang hon, lampu isyarat, kunci permulaan, dan stereng boleh putar
  • 5 butang kenderaan memperkenalkan kenderaan, haiwan, warna, nombor dan muzik
  • Cermin tepi tidak boleh pecah untuk melihat dan mengenali diri
  • termasuk 10 buah melodi dan 2 buah lagu yang boleh bernyanyi bersama
  • Sesuai untuk usia bayi 12 ke 36 bulan

VTech Tiny Tot Driver

product imageBeli di Lazada

Smooth Moves Sloth Linkimals

Mainan Music Terbaik Bermain Sambil Belajar

mainan music terbaik

Sorongkan sedikit sesi pembelajaran ke dalam waktu bermain anak anda dengan Smooth Moves Sloth, yang mana sloth ini akan menawarkan banyak keseronokkan dengan cahaya, muzik, dan gerakan joget tetapi bukan itu sahaja. Anak anda juga boleh membina skil permotoran mereka dengan sloth yang comel dan malah belajar warna, abjad dan nombor.

Apa yang kami suka: 

  • Sloth yang diperbuat daripada plastik
  • Mengandungi 85+ buah lagu, bunyi, ritma dan frasa
  • Sloth mengajar ABC, lawanan 123 dan permainan
  • Sesuai untuk usia bayi 9 bulan ke atas

Smooth Moves Sloth Linkimals

product imageBeli di Lazada

Perbandingan Harga

Produk Harga Pasaran
1. Wooden Maracas (Marakas Kayu)  RM35.00
2. Xylophone & Piano Multifunctional Musical Toys RM32.00
3. LAMAZE Musical Inchworm Toys RM13.00
4. Mideer Wooden Whistle Toy RM8.98
5. Goodway Two Sided Dynamic Drum  RM48.00
6. VTech Musical Rhyme and Discover Book  RM79.00
7. Baby Einstein: Take Along Tunes Musical Toy  RM39.90
8. Fisher-Price Laugh & Learn Puppy’s Remote  RM158.47
9. VTech Tiny Tot Driver  RM119.90
10. Smooth Moves Sloth Linkimals RM209.90

Tips Pemilihan Mainan Yang Sesuai Dengan Usia Bayi Anda

mainan music terbaik

Kredit gambar: Unsplash

Gedung permainan kini menawarkan beribu-ribu produk dari yang mana perlu dipilih, dan itu hanya di bahagian bayi yang baru lahir dan bayi yang sudah matang.

Melainkan jika anda mahu menukar rumah anda kepada sebuah gedung permainan, ada beberapa kriteria yang dapat membantu anda sebagai ibu ayah mengecilkan fokus pencarian alat music bayi yang sesuai untuk si comel.

  • Sesuai dengan usia

Bayi anda akan mendapat keseronokan yang amat dengan satu alat permainan jika dia boleh menggunakannya.

Sesebuah permainan yang sesuai usia menggalak atau mencabar bayi anda untuk mengguna dan memperbaiki satu atau lebih kemahiran perkembangannya.

Pertimbangan ini menjadi penting mendadak berikutan bayi anda membesar dan lebih sofistikasi. Sebuah permainan yang tidak menawarkan sebarang cabaran mungkin boleh membuat dia bosan.

Sementara itu jika ia terlalu susah untuk digunakan, sebuah alat permainan boleh mengecewakan bayi. Tatkala kemahirannya yang diperlukan mula mengembang untuk menikmati sebuah permainan dia terima pramatang, dia mungkin sudah hilang minat dengannya sepenuhnya.

  • Keselamatan

Biarpun saranan usia dari pengeluar permainan memasukkan isu keselamatan ke dalam perlu dalam pembuatannya, anda perlu berhati-hati dalam meneliti sebarang alatan mainan yang anda rancang untuk beri kepada bayi anda.

Pada tahun pertama, bayi anda akan mencampak, menjatuhkan, menendang, menarik, membuang, menggigit, dan menghisap ke atas mana-mana permainan yang anda berikan kepadanya.

Untuk kekal berada dengan fasa ini, sebuah alat permainan perlulah tahan lasak. Jika ia mudah pecah, tiada ragu-ragu yang anak anda akan memecahkannya. Jika ia mempunyai bahagian-bahagian kecil pada kerosakan ini, bayi anda akan memecahkannya.

Untuk mencegah masalah tercekik, elakkan permainan yang mempunyai mana-mana bahagian yang lebih kecil daripada dua inci dalam ukuran diameternya. Kerana anak anda akan tidak ragu lagi akan mengunyah permainannya, ia sepatutnya diwarnakan atau diselaputi dengan bahan tidak bertoksik.

Akhir sekali, ia perlu mudah untuk dicuci jadi anda boleh menyimpannya serta membersihnya agar bebas kuman.

Tambahan lagi, anda juga atut pertimbangkan berat permainan. Bayi anda pasti akan menjatuhkan mana-mana permainan ke atas kakinya atau terpukul pada wajahnya.

Elakkan permainan yang boleh menyakitinya pabila dia boleh melakukannya. Juga elak sebarang mainan dengan hujung sisi yang tajam atau dengan tali atau riben yang cukup panjang yang boleh berpusing di sekitar leher bayi.

  • Stimulasi

Jika digunakan dengan betul, sebuah permainan akan melakukan sesuatu yang merangsang salah satu deria bayi (sentuhan, penglihatan, bunyian, atau rasa) atau kebolehannya yang mula mengembang (koordinesi tangan mata, pengawalan motor kemahiran, kawalan motor yang baik, dan sebagainya)

  • Variasi

Pertimbangkan permainan yang anda sudah ada sebelum membeli permainan baru. Cuba untuk memilih permainan yang menawarkan kepada bayi anda warna yang berbeza, tekstur yang berbeza, ben tuk berbeza dan bunyi yang berlainan.

Dengan adanya variasi, anda mendedahkan anak anda pada usia awal kepada segudang kemungkinan yang dnia tawarkan. 

  • Ringkas

Pada umumnya, lagi simple sesebuah permainan itu, lagi lama ia bertahan. Mainan yang ringkas mempunyai beberapa bahagian dan disebabkan itu ia terbukti lebih tahan lasak berbanding permainan yang lebih rumit.

Mainan yang simple juga cenderung untuk menawarkan ciri-ciri serba boleh. Hari ini anak anda boleh memegangnya, bulan depan dia boleh mencampaknya, tahun depan dia boleh menggunakannya sebagai satu prop untuk permainan buat-jadi.

Apa pun permainan yang anda pilih, biarkan bayi anda bermain dengannya tidak kira dengan cara apa sekali pun.

Pokok pangkalnya, walaupun kerana anda tahu cara “betul" untuk barmain dengan sesetengah permainan tidak bermaksud yang bayi anda tidak boleh come out dengan cara penggunaan baru dan lain daripada lain dengan caranya sendiri.

Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat buat anda dan anak anda. 

Jom belikan untuk anak-anak mainan music terbaik untuk bayi ini, mesti mereka akan sukakannya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 mainan disyorkan untuk anak 1 tahun ke atas agar si kecil lebih bijak

Baca juga: Koleksi Mainan Anak Bertambah, Pastikan Anda Memilhnya Dengan Betul

Baca juga: Permainan Kanak-kanak Untuk Mengatasi Masalah Lambat Bercakap

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

    Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

    Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.