Tahukah ibu ayah, salah satu permainan yang bagus untuk perkembangan si kecil adalah mainan puzzle? Bermain jigsaw puzzle Malaysia bukan sahaja boleh merangsang pemikiran anak, malah anak juga akan seronok mencantumkan kepingan gambar dan gembira apabila berjaya menyelesaikan teka teki itu.
Mungkin ada sesetengah ibu ayah yang tidak sedia memberi si manja mainan puzzle kerana merasakan anak masih tak tahu caranya. Namun hakikatnya anak anda mungkin hebat dari ibu ayah dalam menyelesaikan puzzle ini, jadi apa kata mula hadiahkan set puzzle kepada si manja untuk pemula.
Isi Kandungan
Kebaikan Bermain Puzzle
Apabila si manja mula menceburkan diri dengan mainan puzzle, sebenarnya ibu ayah sedang membina 3 kemahiran asas:
- Kemahiran fizikal – Memegang kepingan puzzle dan mengubahnya sehingga sesuai
- Kemahiran kognitif – Menyelesaikan masalah puzzle
- Kemahiran emosi – Belajar sabar dan diberi penghargaan ketika menyelesaikan puzzle
Sebagai tambahan kepada tiga asas ini, menyelesaikan puzzle dengan rakan atau ahli keluarga juga menggalakkan perkembangan kemahiran sosial ketika bekerjasama dan berkomunikasi. Anak-anak pun mesti teruja apabila jumpa kepingan yang tepat, apatah lagi apabila dapat menyelesaikan dengan cepat.
Memilih Mainan Puzzle Yang Sesuai Untuk Si Manja
Ada banyak jenis puzzle di pasaran, tetapi tidak semuanya sesuai untuk anak yang berusia 2-4 tahun. Pertimbangkan beberapa perkara berikut sebelum mendapatkan mainan puzzle untuk anak anda:
- Bilangan kepingan puzzle Buat anak usia 2-4 tahun, bilangan puzzle hendaklah tidak terlalu banyak.
- Topik Gambar puzzle yang tepat dapat menjadi motivatosi terbesar bagi anak-anak menyelesaikan puzzle. Pilih gambar yang menarik perhatian mereka dan lebih banyak karakter.
- Saiz Potongan yang lebih besar dan tebal lebih mudah dimanipulasi dan digabungkan oleh tangan kecil. Semak kotak puzzle yang biasanya tertulis umur yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak. hal ini bertujuan mengelakkan risiko bayi tercekik atau memasukkan ke dalam mulut.
- Bahan Kayu, kadbod, dan busa adalah bahan utama yang digunakan untuk membuat puzzle. Kadboard biasanya lebih mudah rosak, dan jika anda membelikan puzle daripada kayu pastikan ia berkualiti tinggi.
- Jenis Gambar Jumlah kontras dalam warna dan gambar adalah perkara utama yang perlu dipertimbangkan. Semakin banyak kontras, semakin mudah si manja menyelesaikan puzle tersebut.
8 Jigsaw Puzzle Malaysia Terbaik Yang Sesuai Untuk Anak Berusia 2-4 Tahun
Kami senaraikan beberapa jigsaw puzzle terbaik bagi membantu anda mencari permainan teka-teki terbaik untuk anak anda!
Hape Chunky Alphabet Puzzle
Terbaik Jenis Susunan Huruf
|
Beli di Shopee |
Mideer Gift Pack Puzzle
Terbaik Untuk Hadiah
|
Beli di Shopee |
Crocodile Creek My First Puzzles (Garden/Vehicles)
Terbaik Dengan Kepingan Besar
|
Beli di Shopee |
TOI Matching Puzzles
Terbaik Rangsang Kemahiran Berfikir
|
Beli di Shopee |
Mideer 4 In 1 Puzzle - Animal
Terbaik Dengan 4 Tahap
|
Beli di Shopee |
Realeos Montessori Cutting & Connect Puzzle
Terbaik Jenis Potong Dan Sambung
|
Beli di Shopee |
Ohye Wooden Early Education Montessori
Terbaik Dengan Kaedah Montessori
|
Beli di Shopee |
Wooden Solar System Planet Puzzle
Terbaik Kenali Sistem Solar
|
Beli di Shopee |
Hape Chunky Alphabet Puzzle
Jigsaw Puzzle Malaysia Terbaik Jenis Susunan Huruf
Puzzle huruf yang diperbuat daripada kayu premium berkualiti tinggi ini mengandungi 26 huruf dengan warna terang, membantu anak-anak mempraktikkan ABC dan juga menguasai perkataan mudah.
Kanak-kanak akan senang mengeja nama mereka dan perkataan yang berbeza dengan membariskan huruf atau memasukkannya ke ruang puzzle yang tersedia.
Direka di Jerman menggunakan teknologi Jerman, papan kayu lapis ini dibuat dari cat berasaskan air mesra alam, diperbuat daripada bahan mentah berkualiti tinggi dan tidak mengandungi kimia berbahaya seperti BPA.
Apa yang kami suka :
- Bilangan kepingan puzzle : 26 keping
- Topik : Abjad ABC
- Saiz : 12 x 12 x 2.5 inci
- Bahan : Diperbuat menggunakan papan lapis berkualiti dan dilapisi dengan cat tidak beracun
- Jenis Gambar : Gambar berasingan dengan warna-warna kontras
- Usia : 2 tahun ke atas
Mideer Our World Floor World Map Puzzle
Jigsaw Puzzle Malaysia Terbaik Untuk Dijadikan Hadiah
Mideer telah mencipta permainan yang dapat memupuk kreativiti kanak-kanak melalui produk yang menyeronokkan, berpendidikan dan artistik dengan pelbagai budaya dari seluruh dunia.
Sesuai dijadikan hadiah kepada anak kerana didatangkan bersama bekas penyimpanan puzzle, puzzle peta dunia ini dapat membawa kanak-kanak mengembara ke seluruh dunia walaupun di rumah!
Merupakan permainan pembelajaran geografi yang hebat untuk anak, mereka boleh mengetahui tentang tempat dan mercu tanda yang indah, adat dan tradisi tempatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang ada di seluruh dunia.
Apa yang kami suka :
- Bilangan kepingan puzzle : 100 keping
- Topik : Geografi dengan 43 negara, 49 mercu tanda dan pemandangan semula jadi, 41 haiwan dan tumbuhan, serta 39 ciri bersejarah dan adat resam.
- Saiz : 40cm x 76 cm
- Bahan : Diperbuat daripada kadbod tebal perlindungan alam sekitar
- Jenis Gambar : Warna terang dengan corak jelas dan lengkap
- Usia : 4 tahun ke atas
Crocodile Creek My First Puzzles (Garden/Vehicles)
Jigsaw Puzzle Malaysia Terbaik Dengan Kepingan Besar
Puzzle jumbo ini lebih mencabar kerana tidak mempunyai bingkai, namun oleh kerana saiznya yang besar, si manja pasti lebih suka untuk menyelesaikan puzzle ini.
Gambar didatangkan dalam warna terang yang menarik dan comel yang pasti menarik perhatian anak anda. Ibu ayah juga boleh bantu menyelesaikan pada kali pertama, dan lihat anak pasti boleh melakukan sendiri pula!
Apa yang kami suka :
- Bilangan kepingan puzzle : 36 keping
- Topik : Kenderaan/Taman bunga
- Saiz : 20" lebar x 27" tinggi
- Bahan : Diperbuat daripada papan yang kuat dan berkualiti tinggi yang tidak akan koyak atau pecah. Dicetak dengan dakwat berasaskan soya jadi selamat untuk anak.
- Jenis Gambar : Karya seni yang digambarkan dengan indah dengan warna-warna kontras yang menyerlah
- Usia : 3 tahun ke atas
TOI Matching Puzzles
Jigsaw Puzzle Malaysia Terbaik Rangsang Kemahiran Berfikir
Bangunkan kemahiran anak dengan jigsaw puzzle dalam bentuk kadbod ini untuk anak berumur 1-4 tahun dengan membangunkan koordinasi mata dan tangan mereka, kemahiran motor halus, dan mengenali bentuk dengan cara yang menggembirakan!
Memperkenalkan kemahiran kepada anak dengan menyelesaikan jigsaw puzzle ini adalah cara terbaik untuk membantu anak anda mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah asas seperti pemikiran kreatif dan ketekunan.
Apa yang kami suka :
- Bilangan kepingan puzzle : 20 keping
- Topik : ABC, nombor, emosi, warna dan pekerjaan
- Bahan : Kertas kadbod, tidak mudah koyak, dan tahan lama.
- Jenis Gambar :Ilustrasi yang mesra dan berwarna -warni mewujudkan peluang yang cukup untuk perbualan dan pembelajaran bersama ibu ayah. Tema yang direka menggalakkan kemahiran perbualan dan sosial si anak serta dapat menghasilkan imaginasi kanak-kanak.
- Usia : 1 hingga 4 tahun
Mideer 4 In 1 Puzzle – Animal
Jigsaw Puzzle Malaysia Terbaik Dengan 4 Tahap
Empat puzzle dengan tahap kesukaran sederhana hingga kompleks untuk memupuk kemampuan berfikir kanak-kanak dan semuanya mengenai haiwan!
Ketahui mengenai haiwan yang berbeza dan tempat mereka tinggal sambil membuat teka-teki yang menyeronokkan ini. Setiap puzzle boleh dilakukan secara berasingan dan kemudian dikaji bersebelahan untuk pemandangan yang indah.
Apa yang kami suka :
- Bilangan kepingan puzzle : 12/16/24/35 keping
- Topik : Haiwan
- Bahan : Kertas tebal, tidak mudah koyak dan tahan lama.
- Jenis Gambar : 4 puzzle tanpa bingkai dengan gambar lokasi berbeza dengan warna-warna terang dan lukisan yang jelas.
- Usia : 3 tahun ke atas
Realeos Montessori Cutting & Connect Puzzle
Jigsaw Puzzle Malaysia Terbaik Jenis Potong Dan Sambung
Dua jenis jigsaw puzzle boleh dipilih ibu ayah iaitu puzzle dengan pisau untuk dipotong serta puzzle dengan jenis tali untuk disambungkan yang mana kedua-duanya adalah cara yang menyeronokkan untuk kanak-kanak membangunkan dan memperbaiki kemahiran motor mereka.
Melengkapkan teka-teki, meskipun teka-teki yang paling mudah sekalipun akan menetapkan matlamat tunggal untuk dicapai kerana kanak -kanak akan berfikir dan membangunkan strategi bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Setiap kepingan puzzle lebih tebal dari biasa bagi memudahkan tangan si kecil mengendalikannya. Menariknya, mainan puzzle ini juga boleh didapati dalam tema berlainan seperti haiwan, laut, jalan raya, kek, dan sayur-sayuran jadi pilih apa yang disukai anak anda!
Apa yang kami suka :
- Bilangan kepingan puzzle : 8 keping
- Topik : Haiwan, laut, jalan raya, kek, dan sayur-sayuran
- Saiz : 18 x 18 x 1.2
- Bahan : Kayu bebas toksik jadi selamat untuk anak, tebal, dan tahan lama
- Jenis Gambar : Gambar mudah dengan warna-warna terang dapat menarik perhatian anak untuk terus fokus
- Usia : 3 tahun ke atas
Ohye Wooden Early Education Montessori
Jigsaw Puzzle Malaysia Terbaik Dengan Kaedah Montessori
Puzzle jenis ini biasanya dipakai untuk kaedah montessori dan sangat bagus untuk pengembangan koordinasi mata tangan. Ia diperbuat daripada kayu namun setiap sudut dihasilkan bulat bagi mencegah kecederaan.
Bagi anak 6 tahun ke bawah sebaik-baiknya bermain dengan pengawasan ibu bapa.
Apa yang kami suka :
- Bilangan kepingan puzzle : 4 x bentuk bulat, 4 x bentuk segi empat tepat, 4 x bentuk segitiga, 4 x bentuk segi empat sama, 1 x tapak
- Topik : Geometri
- Bahan : Kayu Gred Premium, bebas toksik, jadi selamat untuk anak kecil
- Jenis : Bentuk geometri yang berwarna terang
- Usia : 2 tahun ke atas
Wooden Solar System Planet Puzzle
Jigsaw Puzzle Malaysia Terbaik Kenali Sistem Solar
Jigsaw puzzle kayu mengenai sistem suria ini terdiri daripada papan kayu dengan orbit dan sembilan (9) bahagian berasingan iaitu matahari dan 8 planet dengan label yang sepadan pada latar belakang kayu.
Kanak -kanak boleh mengetahui lebih lanjut mengenai sistem solar sambil bermain dan belajar pada masa yang sama.
Malah permainan ini dapat membantu mengembangkan kemahiran kanak -kanak, keupayaan berfikir, imaginasi, serta kesabaran mereka selain membangunkan kemahiran motor halus, koordinasi mata tangan, ekspresi kreatif, dan pemikiran naratif mereka.
Apa yang kami suka :
- Bilangan kepingan puzzle : 1 matahari dan 8 planet
- Topik : Solar sistem
- Saiz : 30x15x1cm
- Bahan : Kayu, tahan lama, dan tak mudah rosak
- Jenis Gambar :Warna cerah yang indah, menarik perhatian kanak-kanak untuk terus fokus.
- Usia : 3 tahun ke atas
Perbandingan Harga Jigsaw Puzzle Malaysia Terbaik
Jenama | Harga |
Hape Chunky Alphabet Puzzle | RM89.90 |
Mideer Our World Floor World Map Puzzle | RM49.90 |
Crocodile Creek My First Puzzles (Garden/Vehicles) | RM17.48 |
TOI Matching Puzzles | RM15.00 |
Mideer 4 In 1 Puzzle – Animal | RM59.90 |
Reoleos Montessori Cutting & Connect Puzzle | RM8.50 |
Ohye Wooden Early Education Montessori | RM12.90 |
Wooden Solar System Planet Puzzle | RM12.90 |
Tips Tingkatkan IQ Anak
IQ kanak -kanak boleh diasah dan diperbaiki melalui latihan tertentu tetapi ramai ibu bapa yang tidak tahu bagaimana untuk meningkatkan IQ kanak -kanak.
IQ seseorang sememangnya dipengaruhi oleh faktor genetik tetapi ia juga boleh ditingkatkan melalui rangsangan dengan mengasah pelbagai kategori kecerdasan sebagai contoh bahasa, muzik, seni lukis, logik matematik, visual, intrapersonal, interpersonal, dan sebagainya.
Berikut adalah beberapa usaha yang boleh dicuba ibu ayah untuk meningkatkan kecerdasan kanak -kanak;
1. Memperkenalkan aktiviti membaca
Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa IQ boleh diasah melalui tabiat membaca. Membaca adalah proses pemprosesan maklumat yang diperoleh dari pengertian penglihatan dan kemudian diuruskan oleh otak menjadi sesuatu yang dapat difahami.
Berbanding dengan bercakap dan melukis, bacaan adalah aktiviti yang lebih mencabar kerana ia dapat membantu otak kiri membuat sambungan secara tidak langsung. Aktiviti membaca juga boleh membina dan melatih otak untuk membayangkan.
Bagaimana untuk meningkatkan IQ kanak -kanak dengan membiasakan diri untuk membaca aktiviti tidak hanya mempengaruhi pertumbuhan literasi. Lebih daripada itu, kebolehan kognitif kanak -kanak semakin diasah dan mempunyai pengetahuan yang luas yang boleh digunakan pada masa akan datang.
2. Bermain puzzle dan teka-teki
Cara seterusnya untuk meningkatkan IQ kanak -kanak adalah bermain puzzle atau permainan teka-teki kerana ia mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan otak. Apabila aktiviti sekolah selesai, berikan permainan ini untuk mengisi masa lapang kanak -kanak.
Inilah yang dipanggil pembelajaran semasa bermain. Dalam bermain puzzle atau teka-teki, kanak -kanak telah dilatih untuk menyelesaikan masalah.
Kanak-kanak mesti mengatur blok rawak ke dalam sesuatu yang berstruktur. Jika ini dilakukan secara berterusan, keupayaan otak kanak-kanak akan meningkat dan mereka juga akan lebih mudah untuk menyelesaikan masalah di luar.
3. Melakukan aktiviti fizikal
Daripada menyuruh kanak-kanak untuk terus belajar, ibu bapa juga perlu membawa anak untuk bermain dan meneroka diri mereka di luar rumah.
Ini boleh melatih kecerdasan motor kanak-kanak yang mempengaruhi IQ. Mungkin ramai orang berfikir ini adalah sesuatu yang remeh, tetapi pengaruh terhadap perkembangan otak kanak-kanak agak besar menerusi aktiviti fizikal.
4. Berinteraksi dengan anak
Cara seterusnya untuk meningkatkan IQ anak adalah untuk mewujudkan interaksi yang kuat antara anak dan ibu bapa. Dikatakan bahawa interaksi ibu bapa dan kanak-kanak adalah kunci utama yang mempengaruhi proses pertumbuhan dan pembangunan mereka.
Terdapat banyak bentuk interaksi yang boleh dilakukan dari perbualan dua hala, memeluk anak, mendengar ketika anak bercerita, dan lain-lain lagi.
Ternyata interaksi sedemikian dapat membentuk rasa percaya diri pada anak-anak supaya anak-anak dapat menyatakan apa yang ada dalam fikiran mereka.
5. Menyediakan makanan berkhasiat
Salah satu faktor yang mempengaruhi IQ adalah pengambilan makanan. Makanan mempunyai peranan yang sangat penting untuk proses membentuk kecerdasan intelektual supaya ia dapat menyokong proses pembelajaran.
Untuk anak yang masih kecil, berikan makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi kerana ia mempunyai kesan positif terhadap kecerdasan IQ.
Salah satu fungsi protein menghasilkan neurotransmitter di otak yang boleh membuat tahap dopamin dan norepinephine meningkat.
6. Tidur yang mencukupi
Cara seterusnya untuk melatih IQ adalah tidur atau rehat yang mencukupi. Menurut kajian dari University of Loughborough, England, tidur kurang dari 8 jam dapat mengurangkan mata IQ anak anda.
Malah, kehilangan dua jam tidur setiap malam boleh menyebabkan IQ seseorang menurun. Oleh itu, pastikan anak mendapat tidur yang cukup!
7. Bermain catur
Bermain catur dianggap berguna dalam membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah, meningkatkan fokus, dan merangsang kedua -dua bahagian otak (kanan dan kiri) untuk membantu menguatkan corpus callosum (bahagian yang menghubungkan dua hemisfera otak).
Laporan dari Inc. Kajian di Venezuela menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghadiri kelas catur selama 14 minggu mengalami peningkatan yang ketara dalam IQ.
Satu lagi kajian dari Flinders University di Australia juga menyimpulkan hasil yang sama bahawa peserta yang bermain catur menunjukkan peningkatan IQ.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Suka Bermain Sambil Belajar, Ibu Berilah Kebebasan Supaya Otak Berkembang!
Baca juga: Bayi 4-6 Bulan Tak Tahu Nak Bagi Mainan Apa? Ini Antara Mainan Terbaik Untuk Perkembangan Anak Anda