X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Teringin Makan Biskut Raya Dalam Pantang, Ini 30 Jenis Biskut Ibu Boleh Makan

5 min bacaan
Teringin Makan Biskut Raya Dalam Pantang, Ini 30 Jenis Biskut Ibu Boleh Makan

Jika ibu lepas bersalin teringin makan biskut raya dalam pantang, pastikan anda tiada adalah terhadap isi kandungannya.

Orang beraya kita pula berpantang mestilah ada rasa nak makan kuih raya kan. Kalau teringan makan biskut raya dalam pantang, ini antara pilihan yang ibu ada.

▲▼Isi Kandungan

  • Makan Biskut Raya Dalam Pantang – Tips Untuk Ibu Lepas Bersalin
  • Kriteria Kuih Raya Yang Selamat untuk Ibu Berpantang
  • Pilihan Biskut Raya Ibu Lepas Bersalin

Makan Biskut Raya Dalam Pantang – Tips Untuk Ibu Lepas Bersalin

Selagi ibu tiada alahan kandungan yang ada dalam biskut raya, tiada masalah untuk ibu mengambilnya. Jika anda ada alahan terhadap beberapa bahan perlulah lebih berhati-hati.

Pastikan anda tahu kandungan kuih yang diambil. Jika anda alah pada kacang atau kekacang pastikan biskut raya yang anda ambil tindak mengandungi bahan berkaitan.

Ada juga biskut raya yang mengandungi telur, jadi jika ibu alah pada telur, elakkan makan biskut itu. Yang penting ibu cuba sedikit terlebih dulu dan makanlah dengan berpada-pada.

Secara ringkasnya, ibu berpantang perlu mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan angin, inflamasi, atau mengganggu proses pemulihan badan. Kuih raya yang terlalu manis, berminyak, atau tinggi gluten mungkin tidak sesuai. Namun, masih ada kuih raya yang boleh dinikmati tanpa menjejaskan kesihatan ibu berpantang.

Kriteria Kuih Raya Yang Selamat untuk Ibu Berpantang

Berikut adalah beberapa kriteria kuih raya yang selamat untuk ibu berpantang:

1. Rendah Gula

Kuih raya tradisional sering mengandungi banyak gula, yang boleh meningkatkan risiko keletihan, kenaikan berat badan yang tidak sihat, serta ketidakseimbangan hormon selepas bersalin. Gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah penghadaman dan meningkatkan risiko kencing manis, terutama bagi ibu yang mengalami diabetes gestasi semasa hamil.

Alternatif yang lebih sihat:

  • Gunakan pemanis semula jadi seperti madu, gula kabung, gula perang, atau kurma.
  • Pilih kuih yang mempunyai kandungan gula yang rendah seperti biskut oat atau kek pisang tanpa gula tambahan.
Advertisement

2. Tidak Berminyak atau Bergoreng

Kuih raya yang bergoreng seperti kuih ros atau kuih tiram mengandungi banyak minyak, yang boleh menyebabkan ketidakhadaman, angin, dan ketidakselesaan perut. Makanan berminyak juga boleh menyumbang kepada masalah sembelit, yang sudah menjadi kebimbangan biasa bagi ibu dalam tempoh berpantang.

Alternatif yang lebih sihat:

  • Pilih kuih yang dipanggang atau dibakar seperti almond biscotti atau kek lobak merah.
  • Kurangkan penggunaan mentega dan minyak dalam pembuatan kuih.

3. Menggunakan Bahan Semula Jadi

Bahan-bahan semula jadi seperti madu, santan asli, atau tepung gandum penuh lebih selamat dan berkhasiat berbanding bahan tiruan atau pemanis buatan. Bahan semula jadi juga mengurangkan risiko alahan dan masalah penghadaman, terutama bagi ibu yang menyusukan bayi.

Alternatif yang lebih sihat:

  • Kuih yang menggunakan tepung gandum penuh, oat, atau kekacang sebagai asasnya.
  • Gunakan santan segar berbanding santan kotak yang mengandungi bahan pengawet.

4. Tinggi Serat

Ibu berpantang sering menghadapi masalah sembelit kerana perubahan hormon serta kehilangan banyak cecair semasa bersalin. Kuih raya yang tinggi serat dapat membantu melancarkan sistem penghadaman serta mengelakkan sembelit.

Alternatif yang lebih sihat:

  • Pilih kuih yang mengandungi bijirin penuh seperti oat, biji chia, atau tepung atta.
  • Biskut yang diperbuat daripada badam atau kekacang lain juga tinggi serat dan membantu penghadaman.

5. Mudah Dihadam

Sistem pencernaan ibu selepas bersalin mungkin masih lemah, jadi penting untuk memilih kuih yang lembut dan tidak terlalu keras. Kuih yang sukar dikunyah atau terlalu padat boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan masalah angin.

Alternatif yang lebih sihat:

  • Elakkan kuih yang keras seperti kuih bangkit atau batang buruk yang sukar dikunyah dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.

6. Bebas Bahan Pengawet & Perasa Tiruan

Banyak kuih raya komersial mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, dan perasa tambahan yang boleh memberi kesan negatif kepada ibu dan bayi (jika menyusu). Bahan kimia ini boleh menyebabkan alahan, masalah kulit, atau gangguan penghadaman.

Alternatif yang lebih sihat:

  • Kuih buatan sendiri yang menggunakan bahan segar dan asli.
  • Elakkan kuih yang terlalu berwarna-warni kerana biasanya mengandungi pewarna tiruan.

7. Mengandungi Khasiat Tambahan

Selain mengelakkan makanan yang tidak sihat, ibu berpantang juga boleh memilih kuih raya yang memberi manfaat tambahan kepada kesihatan. Kuih yang kaya dengan nutrien boleh membantu mempercepatkan pemulihan, meningkatkan tenaga, serta menyokong penyusuan susu ibu.

Alternatif yang lebih sihat:

  • Kuih yang mengandungi kekacang seperti badam, walnut, dan gajus yang kaya dengan protein dan lemak sihat.
  • Kuih yang menggunakan minyak kelapa dara atau susu kambing yang terkenal dengan khasiat penyembuhan dalaman.

Pilihan Biskut Raya Ibu Lepas Bersalin

makan biskut raya dalam pantang

  1. Kuih arab
  2. Almond London
  3. Semperit
  4. Cornflakes madu
  5. Cornflakes coklat
  6. Biskut oat – membantu memperbanyak susu badan
  7. Sarang semut
  8. Batang buruk
  9. Mama carey
  10. Biskut mazola
  11. Biskut nestum
  12. Semperit susu
  13. Biskut badam
  14. Almond rocher
  15. Biskut coklat cip 
  16. Kuih siput
  17. Biskut red velvet
  18. German cookies
  19. Biskut mentega kacang
  20. Biskut keju cheddar
  21. Biskut dam
  22. Brownie cookies
  23. Popia nestum
  24. Biskut crunchy caramel almond
  25. Chocolate vanilla viennese cookies
  26. Biskut lidah kucing
  27. Biskut makmur
  28. Biskut badam
  29. Kuih bangkit
  30. Biskut bijan

Dengan memilih kuih yang rendah gula, tidak berminyak, tinggi serat, dan dibuat daripada bahan semula jadi, ibu dapat menikmati kuih raya tanpa menjejaskan kesihatan.

Kuih buatan sendiri adalah pilihan terbaik kerana ibu boleh mengawal bahan yang digunakan. Yang paling penting, nikmatilah kuih raya secara sederhana agar kesihatan dan pemulihan selepas bersalin tidak terganggu

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik

Baca juga: Jenis Kuih Raya Yang Paling Popular & Digemari Ramai, Anda Gemar Yang Mana?

Baca juga: Variasi Kek Sedap & Mudah Untuk Santapan Di Hari Raya, Buat Last Minute Pun Sempat!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Teringin Makan Biskut Raya Dalam Pantang, Ini 30 Jenis Biskut Ibu Boleh Makan
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham