Ibu Tergamak Bagi Bayi Makan Cili, Siap Boleh Gelak Anak Menangis Tersiksa Tanggung Pedas

Makan cili bagi orang dewasa sudah terasa pedasnya, inikan pula bila beri pada bayi yang bawah usia setahun semata-mata untuk jadi viral

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Entah apalah yang ada dalam fikiran ibu ini. Bayinya baru berusia 5 bulan diberi makan sayur yang digoreng bersama 25 biji cili padi! Walaupun dicampur dengan sayur, tetapi bayi tersebut ibarat diberi makan cili! 

Demi content di laman tiktoknya, ibu ini sanggup berbuat demikian! Apalah yang berada di fikirannya hingga sanggup buat anak itu sedemikian rupa.

Bayi itu yang tidak tahu apa-apa terus menjerit menangis akibat kepedasan sebaik dia merasai kepedasan makanan itu.

Makan cili dengan sayur goreng, bayi 5 bulan siksa tanggung pedas

Bayi 5 bulan yang sepatutnya belum boleh diberikan makanan pejal bukan saja diberi makan, malah dalam makanannya itu ada 25 ulas cili padi!

Tidakkah wanita itu terfikir mengenai kesan sampingan yang bakal anaknya akan alami. Bukan saja boleh cirit birit, malah boleh memberi kesan kepada ususnya kerana makanan itu terlalu pedas untuk seorang bayi 5 bulan!

Dalam video berkenaan, ibu itu difahamkan memberi anaknya makan sayur goreng jenis pucuk paku yang digoreng bersama-sama dengan cili itu.

Ibu tahu orang dewasa pun tak boleh tahan kepedasan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam video itu jugak, ibu berkenaan tahu yang orang dewasa juga tidak boleh menahan kepedasan cili api itu, namun tetap juga bertindak begitu dengan memberikan makanan itu kepada bayi berkenaan.

“Yang tua aja makan sampai berkeringat (yang dewasa kalau makan pun boleh berpeluh), apalagi bayi bukan main mamahnya (apatah lagi bayi, mengunyah dengan bersungguh nampaknya),” kata ibu itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan, ibu berkenaan yang dipercayai daripada Indonesia siap ketawa dengan perbuatannya apabila melihat muka terkejut dan terus menangis bayinya. Apakah yang lucu pada ibu ini sedangkan semua tahu bayinya dalam keadaan tersiksa?

Mulut bayi itu pastinya pijar dan sudah pasti dia tidak tahu apa yang sudah diberi makan padanya. Pengajaran buat ibu lain di luar sana, berpada-padalah jika mahu menjadi viral atau menambah pengikut di laman sosial.

Jangan kerana mahukan populariti, anak sekecil 5 bulan tersiksa menanggung perkara tidak sepatutnya yang dibuat oleh anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Boleh Ke Letak Kicap Dalam Makanan Bayi? Ibu Ayah Wajib Tahu

Baca juga:  Tidak Perlu MSG, Serbuk Perasa Cendawan Boleh Buat Makanan Bayi Jadi Lebih Sedap

Baca juga: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Penulis

Lala Annuar