Nanas Untuk Ibu Hamil Tidak Semestinya Berbahaya, Ini 7 Manfaatnya

undefined

Bolehkah makan nanas saat hamil? Adakah ia boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada janin yang bakal dilahirkan?

Nanas untuk ibu hamil sering dielakkan kerana ia dikatakan boleh menjadi punca keguguran. Namun ada yang kata ia boleh dimakan dan banyak khasiat. Jadi persoalannya bolehkah makan nanas saat hamil?

Nanas Untuk Ibu Hamil Dan Manfaatnya

Mengambil nanas dalam jumlah sederhana tidak akan membahayakan kehamilan dan sebenarnya boleh memberi manfaat kesihatan yang baik. Walaupun nanas mengandungi bromelain, yang merupakan sejenis enzim yang boleh memecah protein, kandungan bromelain dalam buah nanas segar biasanya tidak mencukupi untuk menyebabkan kesan sampingan yang signifikan semasa kehamilan, kecuali jika diambil dalam jumlah yang besar atau dalam bentuk suplemen.

Jadi bolehkah makan nanas saat hamil? Pengambilan nanas dalam jumlah sederhana tidak berisiko malah memberi manfaat semasa kehamilan kerana mengandungi  vitamin C yang baik untuk sistem imunisasi, serat yang membantu sistem pencernaan yang sihat, dan mineral seperti folic, zat besi, magnesium, dan mangan yang penting untuk kesihatan.

1.Mencegah Sakit Tekak

Walaupun bromelain dalam nanas bukan dalam kadar tinggi yang dapat menyebabkan perdarahan, tetapi masih bermanfaat untuk mencegah peradangan. Penelitian menunjukkan bahawa bromelain dapat membantu mengatasi radang tekak, sinusitis, dan jangkitan saluran pencernaan.

2.Mengatasi Sembelit

Nanas kaya akan serat dan air, yang baik untuk menyokong sistem pencernaan dan mengatasi sembelit yang sering dialami semasa kehamilan. Ini membantu dalam memlancarkan gerakan usus dan mengurangkan masalah sembelit.

3.Menambah Berat Badan Janin

Mengambil buah-buahan termasuk nanas dapat membantu menambah berat badan janin, yang mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat. Penting untuk diambil bersama dengan sumber nutrisi lain seperti sayuran, ikan, dan daging.

4.Mencegah Kecacatan Janin

Nanas mengandung folat yang penting untuk mencegah kecacatan tulang belakang, kelainan otak, dan sumsum tulang pada janin. Vitamin B6 di dalamnya juga menyokong perkembangan otak janin dengan optimum. Selain itu, kandungan magnesium dalam nanas membantu mengurangkan risiko bayi lahir pramatang dan pertumbuhan janin terbantut (IUGR).

5.Mengatasi Dehidrasi

Dengan kandungan airnya yang tinggi (sekitar 87%), nanas membantu menjaga kadar air dalam tubuh dan dapat mengatasi dehidrasi ringan. 

6.Menguatkan Daya Tahan Tubuh

Nanas kaya dengan vitamin C, yang penting untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 

7.Pengurusan Berat Badan

Nanas rendah kalori dan lemak, tetapi tinggi serat dan air. Oleh itu, buah ini boleh menjadi pilihan snek yang sihat untuk ibu hamil yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat semasa hamil.

Cara Terbaik Makan Nanas Untuk Ibu Hamil

Walaupun nanas mempunyai banyak manfaat, ibu hamil sebaiknya tidak mengambilnya secara berlebihan. Ini disebabkan oleh rasa masam nanas yang boleh menyebabkan pedih ulu hati atau rasa terbakar di kerongkong, terutamanya jika ibu hamil mengalami masalah sakit tekak sejak sebelum mengandung. Oleh itu, penting untuk mengambil nanas dengan jumlah yang sesuai dan tidak terlalu banyak.

Berikut adalah beberapa tips sebelum mengambil nanas bagi ibu hamil:

1.Pilih Nanas Segar Dan Matang

Pilih buah nanas yang segar dan matang supaya rasanya tidak terlalu masam.

2.Elakkan Nanas Dalam Tin

Nanas dalam tin sering mengandungi gula tambahan yang tidak disyorkan semasa kehamilan kerana boleh meningkatkan risiko diabetes gestasional.

3.Simpan Dengan Betul

Jika nanas sudah dikupas dan dipotong, simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.

4.Gabungkan Dengan Sumber Nutrisi Lain

Pastikan mengambil nanas bersama sumber nutrisi lain seperti serat, karbohidrat, dan protein untuk memenuhi keperluan gizi harian.

Perlu diingat juga bahawa mengambil nanas boleh menyebabkan reaksi alergi pada sesetengah orang, terutamanya mereka yang mempunyai alergi terhadap getah. Gejala alergi nanas termasuk rasa gatal atau bengkak di bibir, lidah, atau kerongkong. Reaksi alergi yang lebih teruk boleh menyebabkan mual, muntah, sakit perut, cirit-birit, pening kepala, atau kesukaran bernafas.

Adakah Nanas Untuk Ibu Hamil Dilarang?

Bolehkah makan nanas saat hamil? Buah nanas adalah buah tropika yang terkenal dengan rasa berjus dan segar. Ia kaya dengan vitamin C, mangan, serat, dan bromelain, enzim proteolitik yang boleh membantu penghadaman.

Walaupun bromelain sering menjadi tumpuan utama dalam konteks kehamilan, adalah penting untuk memahami bahawa ia hanya terdapat dalam jumlah kecil dalam buah nanas masak.

Secara amnya, pakar berpendapat bahawa buah nanas untuk ibu hamil adalah selamat jika diambil secara sederhana. Nanas mengandungi nutrien penting seperti vitamin C dan folat, menawarkan manfaat kesihatan untuk ibu hamil dan bayi yang sedang berkembang.

Buah Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil, Bromelain Dalam Nanas Punca Keguguran?

Kandungan bromelain dalam buah nanas dipercayai mencetuskan pengecutan rahim dan meningkatkan risiko keguguran, terutama pada trimester pertama kehamilan. Walau bagaimanapun, doktor masih meneliti perkara ini. Bolehkah makan nanas saat hamil

Beberapa kajian haiwan telah menunjukkan bahawa bromelain dalam dos yang tinggi boleh menjejaskan pengecutan rahim. Walau bagaimanapun, bukti saintifik yang mencukupi menyatakan bahawa pengambilan nanas dalam jumlah sederhana boleh menyebabkan keguguran pada manusia adalah masih kurang.

Kajian lanjut diperlukan untuk memahami hubungan antara bromelain dan kehamilan manusia dengan lebih mendalam.

Walau bagaimanapun, wanita hamil yang mempunyai sejarah keguguran atau keadaan perubatan tertentu dinasihatkan untuk berjumpa doktor sebelum mengambil buah nanas.

Jadi Wanita Dalam Fasa Kehamilan Boleh Makan Nanas?

Ya, nanas biasanya tidak menyebabkan masalah semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa setiap ibu hamil mempunyai keperluan nutrisi yang unik dan mungkin mempunyai sensitiviti terhadap makanan tertentu.

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang pengambilan buah nanas untuk ibu hamil, mempunyai sejarah keguguran atau keadaan perubatan tertentu, adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau pakar pemakanan. 

  • Trimester 1: Pada awal kehamilan, adalah penting untuk memberi perhatian kepada perubahan hormon dan sensitiviti badan. Mengambil buah nanas ketika hamil dalam jumlah sederhana biasanya selamat, tetapi lebih baik untuk memberi perhatian jika ia membuatkan anda berasa loya atau tidak selesa.
  • Trimester 2: Apabila memasuki trimester kedua, gejala morning sickness biasanya mula reda. Nanas boleh menjadi makanan tambahan yang baik untuk diet seimbang anda. Vitamin C dan serat bermanfaat untuk kesihatan ibu dan perkembangan janin.
  • Trimester 3: Pada trimester terakhir kehamilan, perhatikan bagaimana tubuh bertindak balas terhadap pengambilan nanas. Sesetengah wanita mungkin mengalami masalah pencernaan atau refluks asid. Walau bagaimanapun, nanas boleh membantu mengelakkan masalah sembelit kerana kandungan seratnya.

Adakah Nanas Baik Untuk Bayi Dalam Kandungan?

Nanas boleh menjadi tambahan berkhasiat kepada diet wanita hamil apabila diambil secara sederhana. Ia kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, termasuk vitamin C, mangan, dan serat makanan, yang bermanfaat untuk ibu dan bayi yang sedang berkembang.

Berikut 7 manfaat buah nanas untuk ibu hamil:

  • Kandungan Vitamin C yang Tinggi: Nanas kaya dengan vitamin C, yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun. Semasa kehamilan, sistem imun cenderung menurun, jadi pengambilan vitamin C boleh membantu melindungi wanita hamil daripada jangkitan dan mengekalkan kesihatan keseluruhan.
  • Sumber Serat yang Baik: Nanas mengandungi serat makanan yang penting untuk pencernaan yang sihat. Semasa mengandung, ramai wanita mengalami masalah penghadaman seperti sembelit. Serat dalam nanas boleh membantu meningkatkan penghadaman dan mencegah atau mengurangkan masalah sembelit.
  • Menangani Morning Sickness: Sesetengah wanita hamil mengalami loya atau muntah pada waktu pagi, dikenali sebagai morning sickness. Bromelain, enzim yang terdapat dalam nanas, didapati mempunyai ciri-ciri anti-loya dan boleh membantu melegakan gejala mual pagi.
  • Menjaga Kesihatan Kulit: Kandungan vitamin C dan antioksidan dalam nanas boleh membantu mengekalkan kulit yang sihat. Semasa mengandung, kulit boleh mengalami perubahan seperti hiperpigmentasi atau tanda regangan. Pengambilan nanas boleh membantu mengekalkan keanjalan dan kecerahan kulit.
  • Membantu Penyerapan Zat Besi: Vitamin C dalam nanas boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi bukan heme daripada makanan bebas haiwan. Ini penting kerana kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia pada wanita hamil, yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan ibu dan janin.
  • Pengurusan Berat Badan: Nanas rendah kalori dan lemak, tetapi tinggi serat dan air. Oleh itu, buah ini boleh menjadi pilihan snek yang sihat untuk ibu hamil yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat semasa hamil.
  • Pencernaan yang Sihat: Bromelain dalam nanas boleh membantu dalam pencernaan protein. Ini boleh membantu mengurangkan gejala penghadaman seperti gas, kembung perut, atau ketidakselesaan yang mungkin dialami oleh sesetengah wanita hamil.

Bagaimana Pula Dengan Buah Punca Keguguran Yang Lain?

Selain nanas, terdapat beberapa buah lain yang dikaitkan dengan potensi penyebab keguguran, walaupun bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini masih terhad.

Beberapa buah yang sering disebut sebagai punca keguguran termasuklah buah durian, kelapa, betik muda, pic, dan epal masam. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa dakwaan ini tidak disokong oleh bukti saintifik yang kukuh.

  • Durian sering dianggap sebagai buah “panas” dan dikatakan boleh mencetuskan pengecutan rahim.
  • Kelapa juga sering dikaitkan dengan potensi untuk menyebabkan pengecutan rahim kerana sifatnya yang sejuk.
  • Betik muda terutamanya dalam sesetengah budaya, dianggap mempunyai sifat yang boleh mencetuskan keguguran.
  • Epal masam, kerana rasa masamnya, juga dikaitkan dengan potensi merangsang rahim.

Walaupun terdapat mitos dan kepercayaan popular yang mengelilingi buah-buahan ini, adalah penting untuk diingat bahawa terdapat bukti saintifik yang tidak mencukupi untuk menyokong dakwaan bahawa pengambilan buah-buahan ini secara amnya menyebabkan keguguran pada wanita hamil.

makan nanas ketika hamil

Jenis Buah Nanas Yang Selamat

Memandangkan di pasaran menjual pelbagai jenis nenas, pasti sekali-sekala ibu berasa terliur dan mengidam untuk makan nanas ketika mengandung.

Justeru sebolehnya elakkan ambil nanas muda. Hal ini kerana rasanya yang terlalu masam boleh membuatkan ibu diserang sakit perut dan cirit-birit.

Pastikan anda memilih jenis nenas yang sudah benar-benar masak, warnanya kuning keemasan dan rasa yang manis.

Berikut beberapa jenis nenas yang menjadi pilihan kebanyakan ibu:

  • Nenas MD2
  • Jenis nenas Maspine
  • Josapine
  • N36
  • Moris Gajah
  • Nenas Gandul
  • Nenas Yankee
  • Nenas Sarawak
  • Nenas atau nanas Moris

Jenis Buah Untuk Ibu Hamil

Menggabungkan pelbagai jenis buah-buahan ke dalam diet anda boleh memberikan spektrum luas vitamin, mineral, antioksidan dan serat yang menyokong kesihatan ibu dan perkembangan janin.

Berikut adalah beberapa buah-buahan yang sangat bermanfaat semasa kehamilan:

  • Pisang
  • Oren
  • Beri (Strawberi, Blueberry, Raspberi)
  • Avocado
  • Mangga
  • Betik
  • Epal

Cara Gugurkan Kandungan Dengan Nanas

Memandangkan ramai mempercayai bahawa makan nenas semasa mengandung boleh menyebabkan keguguran, maka ramailah wanita yang belum bersedia untuk hamil mengambil buah ini.

Walau bagaimanapun menurut Dr Rusyainie Ramli, tiada kajian saintifik ke atas manusia cara gugurkan kandungan dengan nenas. 

Ada satu kajian yang dilakukan untuk melihat kesan nenas ke atas rahim tikus. Berdasarkan kajian itu, ada kemungkinan bahan aktif dalam nenas boleh mempengaruhi kontraksi rahim tikus yang bertindak seakan-akan seperti sebatian serotonin.

Malangnya kajian itu, hanya pada rahim tikus. Untuk manusia, kesannya tidak diketahui.

Kita kena tahu, bahan aktif yang dimaksudkan dalam nenas yang digunakan dalam kajian tadi, mungkin sudah jauh berubah apabila ia melalui sistem penghadaman manusia, maka kesan yang sama ke atas rahim, mungkin tidak wujud pun.

Untuk menggugurkan kandungan atau Termination of Pregnancy, ia adalah prosedur yang mesti dilakukan dengan perbincangan terperinci di antara pakar sakit puan yang terlibat dan pesakit.

Mesti ada sebab musabab yang jelas. Contohnya dengan mengandung, nyawa ibu terancam atau fetus yang dikandungnya mengalami kecacatan ketara menyebabkan ia tidak mampu hidup sekiranya lahir nanti.

Untuk menggugurkan kandungan, doktor tidak menggunakan cara gugurkan kandungan dengan nenas ya! Kita bagi ubat yang bersesuaian. Sebab kita tahu dos selamat dan potensi kesan sampingan.

Tanda Keguguran

Tanda keguguran setelah makan nanas dengan kuantiti yang begitu banyak boleh berlaku kepada ibu mengandung.

Antaranya:

  1. Keluarnya cecair dari vagina
  2. Pendarahan berlaku dengan tiba-tiba
  3. Tekanan darah menurun
  4. Rasa kejang pada bahagian perut
  5. Sakit perut yang keterlaluan

Makanan Yang Boleh Gugurkan Kandungan

Ada beberapa makanan yang boleh gugurkn kandungan tanpa anda sedar. Antaranya:

1. Makanan mentah seperti sashimi, telur rebus separuh masak, tiram mentah (semua ini berisiko menyebabkan keracunan makanan)

2. Makanan yang boleh gugurkan kandungan: Susu mentah yang tidak dipasteurisasi

3. Pengambilan kafein yang berlebihan kerana ia mungkin berisiko untuk keguguran. Tapi, anda boleh hadkan pengambilan minuman berkafein, kopi, teh dan berkarbonat hingga kurang daripada 200mg/hari.

4. Pengambilan gula atau lemak yang berlebihan dalam makanan atau minuman kerana ia menyebabkan peningkatan berat badan semasa mengandung.

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai lengkap buah apa yang boleh dan tak boleh dimakan masa pantang

Baca juga: Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

Baca juga: Janin Keluar Atas Tapak Tangan & Masih Bergerak, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!