Ramai wanita percaya keputihan yang dialami ketika mengandung itu disebabkan makan timun, benarkah dakwaan ini?
Secara lumrahnya, wanita hamil memang tidak dapat lari dari masalah keputihan iaitu lendiran putih yang meleleh keluar dari vagina. Lendir yang dikeluarkan itu menghasilkan kelenjar dalam vagina dan serviks yang membawa sel mati dan bakteria.
Oleh sebab itu, ada sebilangan wanita hamil beranggapan makan timun adalah penyebab utama keputihan keluar dengan lebih banyak hingga mereka takut untuk mengamalkannya. Sedangkan timun mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh.
Namun begitu, betul ke makan timun boleh menyebabkan keputihan? Jom kita selidik hal berkaitan itu dalam artikel ini.
Makan timun penyebab keputihan
Timun diperkaya dengan khasiat Vitamin A, B, C dan mineral. Meskipun kaya dengan nutrisi penting, namun ia sering dikaitkan dengan penyebab keputihan pada wanita.
Secara am, keputihan yang terjadi pada seseorang wanita itu apabila mengalami perubahan menstruasi. Biasanya cairan yang keluar lebih kenyal tetapi apabila masa ovulasi ia akan kelihatan lebih cair.
Ada banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang wanita itu mengalaminya namun tiada kajian yang dapat menyokong dakwaan bahawa makan timun adalah punca utama keputihan.
Jadi, makan timun penyebab keputihan adalah tidak benar kerana keputihan bukan berlaku disebabkan faktor pemakanan individu.
Perbezaan antara keputihan normal dan tidak normal
Terdapat perbezaan antara keputihan normal dan tidak normal iaitu:
Keputihan normal
- Cairan vagina yang keluar tidak berbau, berlendir dan jernih.
- Keputihan tersebut keluar apabila wanita mengalami stres, kehamilan atau selepas melakukan aktiviti seksual.
Keputihan tidak normal
- Keputihan tidak normal pula dapat dibezakan dari segi warna, konsistensi, berbau dan lain-lain.
- Selain itu, keputihan yang keluar itu juga menyebabkan rasa gatal yang melampau pada vagina.
- Ia biasanya disebabkan infeksi atau non-infeksi.
- Infeksi disebabkan oleh bakteria, kuman atau parasit.
- Manakala non-infeksi pula mungkin disebabkan penyakit lain.
Namun, apa yang pasti keputihan bukan penyakit melainkan ia adalah gejala kepada sesuatu penyakit. Jika anda tidak menjaga vagina dengan bersih maka keputihan mudah terkena infeksi.
Jadi sebaiknya anda menjaga kebersihan vagina dan mengganti seluar dalam yang sudah lembab dengan yang lain. Selain membersihkan vagina dengan pembersih khusus yang mengandungi providone-iodine untuk bahagian kewanitaan terutama ketika haid.
Berikut antara contoh penyebab keputihan:
- Gardnerella vaginalis – bakteria anaerob yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup.
- Candida albicans – Ia biasanya menyerang organ tubuh yang dilapisi kulit mukosa. Keputihan jenis ini meningkat pada wanita yang sedang hamil.
- Trikomonas vaginalis – Parasit penyebab keputihan
Semoga bermanfaat dan jangan lupa follow facebook kami theAsianparent Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Hello Sehat
Baca juga:
Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?