Idea Makanan Bayi 10 Bulan (Kuih-Muih & Dessert) Yang Sihat, Anak Mesti Suka!

Makanan bayi 10 bulan perlu dipelbagaikan bagi mengelakkan masalah picky eater. Ibu perkenalkan si manja dengan kuih dan pencuci mulut juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang semakin membesar perlu dibiasakan dengan pelbagai jenis rasa dan tesktur makanan bagi mengelakkan mereka menjadi picky eater. Justeru kali ini kami kongsikan beberapa makanan bayi 10 bulan yang sesuai sebagai pencuci mulut.

Sebenarnya dalam bab makanan bayi, ia tidak terhad kepada bubur nasi dan makanan western sahaja. Ibu kenalah kreatif dalam mencipta menu bayi 10 bulan untuk menarik selera si manja makan dengan banyak.

Menu makanan bayi 10 bulan

Seorang ibu, Ain Jamaluddin telah berkongsikan beberapa resepi makanan bayi 10 bulan yang mudah dan sedap.

Hai assalamualaikum. Mami nak kongsi antara resepi kuih-muih atau pencuci mulut yang boleh dicuba untuk bagi pada anak. Sesuai untuk buat minum petang atau sarapan pagi. Marilah cuba ya!

#1. Che mek molek

Bahan-bahan:

  • 1 biji ubi keledek oren bersaiz sederhana
  • Tepung gandum *letak ikut tekstur yang ibu mahukan
  • Puri kurma
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Kukus ubi keledek sampai empuk
  2. Lenyek dan tambah tepung sedikit demi sedikit sampai jadi doh
  3. Masukkan puri kurma dan uli jadi bentuk
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng hingga keperangan

#2. Kuih cara manis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan untuk makanan bayi 10 bulan:

  • 3-4 helai daun pandan
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit minyak (untuk oles pada acuan)
  • Puri kurma

Cara penyediaan:

  1. Kisar daun pandan dengan setengah cawan air. Tapiskan
  2. Ambil separuh air pandan, kisar bersama tepung dan telur
  3. Panaskan acuan, oles sedikit minyak dan tuang adunan tadi
  4. Letak puri kurma di tengah-tengah sebagai inti. Tutup acuan sekejap.
  5. Bila dah masak boleh angkat dan siap

#3. Jeli kelapa nenas

Bahan untuk resepi bayi 10 bulan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sebekas air kelapa
  • Isi kelapa
  • Sedikit nenas
  • Sedikit air nenas (dikisar halus)
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar

Cara penyediaan:

  1. Masak air kelapa dan air nenas dahulu
  2. Masukkan serbuk agar-agar hingga mendidih
  3. Tuang ke dalam bekas. Masukkan isi kelapa dan nanas
  4. Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati!

#4. Cheezit cracker

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan keju (beqa plastik merah)
  • 1/2 cawan tepung kacang badam

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Cairkan keju menggunakan pan dan api perlahan.
  2. Bila dah cair, matikan api dan cepat-cepat masukkan tepung. Kacau hingga sebati
  3. Kemudian letak di kertas parchment, roll tidak nipis sangat dan tidak tebal sangat. Potong ikut bentuk yang disukai
  4. Bakar 120 darjah celsius selama 10 minit. Jika guna air fryer, kena selalu berjaga takut hangit ya.

#5. Bubur cha-cha nyonya

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji ubi keledek oren
  • 1/2 biji ubi keledek ungu
  • Santan (lebih banyak lebih sedap)
  • Sedikit air untuk rebus keledek
  • 2 sudu kecil sagu (yang sudah siap masak)
  • Sehelai daun pandan
  • 1 sudu besar puri kurma

Cara penyediaan:

  1. Potong keledek dadu kecil. Rebu bersama air dan daun pandan
  2. Dah masak sikit, masukkan puri kurma
  3. Kacau sebati dan masukkan santan
  4. Tambahkan sagu dan kacau hingga masak. Siap!

#6. Onde-onde ubi keledek

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1/2 biji keledek ungu*
  • 2 sudu besar tepung pulut*
  • 1 sudu besar air biasa*
  • Kelapa muda parut halus
  • Puri kurma (bulatkan dan bekukan)
  • Daun pandan
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kukus atau rebus ubi keledek terlebih dahulu
  2. Dalam periuk lain, rebus air bersama daun pandan hingga mendidih
  3. Sementara tunggu air panas, uli bahan bertanda * hingga membentuk doh dan bentukkan.
  4. Letak puri kurma sebagai inti. Bulatkan dan masuk ke dalam air yang mendidih
  5. Bila onde-onde timbul, angkat dan salut pada kelapa muda. Siap!

#7. Cha bang ang baby

Bahan-bahan untuk cha bang ang:

  • Puri kurma
  • Sedikit air
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar
  • Susu full cream (suhu bilik)
  • 1 sudu kecil biji selasih

Cara penyediaan:

  1. Masak puri kurma dengan sedikit air
  2. Masukkan serbuk agar-agar, kemudian simpan dalam peti sejuk
  3. Masak air dengan biji selasih hingga kembang. Letak dalam peti sejuk
  4. Bila ingin beri pada bayi, campurkan jeli kurma, susu dan biji selasih dan kacau sebati

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Naik Ruam & Gatal-Gatal, Ini Tanda Bayi Alergi Makanan Yang Ibu Kena Waspada

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

Baca juga: Tukar Tekstur Makanan Bayi Seawal 7 Bulan, Ibu Tidak Perlu Tunggu Gigi Tumbuh Dahulu