Jenis Makanan Yang Terbaik Untuk Bayi Agar Cepat Gemuk & Tambah Berat Badan

Makanan bayi agar cepat gemuk dapat membantu menaikkan berat badan si manja dengan mudah. Ini pilihan makanan terbaik untuk ibu cuba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu-ibu risau bila berat badan anak tidak bertambah? Jangan bimbang ibu-ibu semua kerana perkara ini bukanlah sesuatu yang ibu-ibu perlu risaukan. Kami ada tips terbaik untuk bantu ibu yang sedang mencari makanan bayi agar cepat gemuk.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jenis makanan bayi agar cepat gemuk dan tambah berat badan

Jenis makanan bayi agar cepat gemuk dan tambah berat badan

Sesuatu yang ibu-ibu perlu fahami adalah berat badan bayi bukanlah ukuran kepada tahap kesihatan seseorang bayi. Lebih-lebih lagi, apabila jika anak anda mempunyai perkembangan fizikal kanak-kanak yang baik dan normal.

Setiap bayi mempunyai tahap perkembangan berat badan yang berbeza dan faktor genetik ibu-bapa turut mempengaruhi berat badan bayi. 

Berikut adalah beberapa makanan yang disyorkan untuk membantu menambah berat badan bayi.

#1. Susu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu merupakan sumber makanan terbaik untuk bayi dan sememangnya kita sudah sedia maklum akan khasiatnya dalam membantu menambah berat badan bayi. Sebaiknya, ibu-ibu cuba beri susu ibu pada 6 bulan pertama sehingga mencapai usia dua tahun, kemudian barulah beri susu formula.

#2. Buah pir

Buah pir juga merupakan sumber serat yang baik untuk diberikan bayi selain diperkaya dengan vitamin B6 dan vitamin C. Malah, ianya turut kaya dengan zat besi tau yang boleh menolong menambahkan berat badan bayi.

#3. Buah pisang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah pisang selain rasanya yang manis dan sedap ia juga salah satu buah yang sangat berkhasiat.  Ianya tinggi dengan kandungan serat, potasium, vitamin B6, C dan banyak lagi mineral lain yang dapat membantu menyokong pertumbuhan berat badan bayi. Kalau nak lagi sedap, ibu boleh kisar lembut pisang dan campurkan dengan susu formula.

#4. Ubi keledek

Jangan tak tahu ubi keledek yang telah dikukus pun sangat bayi untuk diberikan kepada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama seperti pisang, ubi keledek turut mempunyai khasiat yang baik kerana ianya rendah lemak jahat yang boleh membahayakan tubuh. Anda boleh memilih untuk memberikan ubi keledek dalam bentuk puri ataupun anda boleh nak buat pankek. 

#5. Gandum

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan tak tahu gandum juga berupaya adalah makanan yang baik untuk membantu menambah berat badan bayi.  Antara khasiat gandum adalah ianya mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah dan dapat membantu memberikan tenaga yang berterusan kepada bayi.

Ketika memasuki usia 7 bulan, ibu-ibu haruslah mempertimbangkan untuk menyediakan makanan dengan tekstur yang lebih kasar sekiranya bayi anda mula tumbuh gigi. 

Ini penting bagi melatih si manja dengan kemahiran mengunyah menggunakan gusi.

Pada permulaan jika ibu menyedari anak seolah-olah tercekik, jangan risau sebab ia keadaan yang normal dan dikenali sebagai gag reflex.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Resepi Makanan Bayi Mudah, Puri Pisang Untuk Bayi 6 Bulan Yang Lazat & Kaya Dengan Manfaat!

Baca Juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini

Baca Juga: Boleh Ke Letak Kicap Dalam Makanan Bayi? Ibu Ayah Wajib Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman