Ginseng Baik Untuk Ibu Hamil Atau Tidak? Banyak Yang Ibu Perlu Tahu Mengenai Herba Sebelum Amalkan!

Ginseng Baik Untuk Ibu Hamil Atau Tidak? Banyak Yang Ibu Perlu Tahu Mengenai Herba Sebelum Amalkan!

Ginseng semakin banyak digunakan dalam minuman herba atau penjagaan kulit, kerana khasiatnya dipercayai cukup bagus untuk melawan penuaan serta awet muda. Tapi tahukah anda pengambilan ginseng ketika hamil mungkin berisiko tinggi.

Sebaik anda mendapat berita gembira yang anda hamil, tentunya penjagaan kesihatan menjadi keutamaan. Dan itu termasuklah dari segi pemakanan, baik apa yang patut dimakan dan apa makanan dilarang ketika hamil. 

Untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh ketika hami, anda mungkin ada terfikir untuk mengambil herba seperti ginseng. Sememangnya ginseng merupakan salah satu herba yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Antaranya ia dapat meningkatkan sistem imunisasi, melawan radikal bebas, mengurangkan cedera otot, meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan stres.

Malah ginseng juga semakin banyak digunakan dalam penjagaan kulit, kerana khasiatnya dipercayai cukup bagus untuk melawan penuaan serta awet muda. 

Tapi tahukah anda pengambilan ginseng ketika hamil mungkin berisiko tinggi. Ini antara sebabnya:

Mengapa ginseng makanan dilarang ketika hamil

makanan dilarang ketika hamil

#1. Risiko lahir cacat 

Bahan kimia aktif yang terdapat di dalam ginseng yang dikenali sebagai Rb1 dikatakan boleh mengakibatkan kelahiran bayi cacat. Lantas National Institutes of Health (NIH) menyatakan agar ibu hamil tidak mengamalkan herba ini ketika hamil. 

#2. Risiko pendarahan

Ginseng Korea memiliki sifat yang boleh membekukan darah yang dapat menimbulkan risiko yang cukup berbahaya sepanjang kehamilan. Sekiranya anda mengamalkan pengambilan ginseng ketika hamil ini, bimbang akan terjadinya pembekuan darah atau penghentian peredaran darah yang boleh mengakibatkan masalah serius selama bersalin atau setelah melahirkan anak. 

#3. Penyebab cirit birit

Pengambilan teh ginseng semasa kehamilan akan mengakibatkan cirit-birit. Ya, bukan saja makanan pedas sahaja boleh menyebabkan cirit birit ketika hamil ya. Herba seperti ginseng juga berisiko mengakibatkan cirit birit, kerana sifat herba ini yang ‘panas’. Anda mungkin akan kerap ke tandas dalam satu hari selepas anda megambil minuman ginseng. Jadi ia tidak elok untuk kandungan anda, cirit-birit boleh mengakibatkan dehidrasi ada badan lantas memberi efek kepada kandungan. 

#4. Gangguan tidur

Ginseng juga dipercayai dapat menyebabkan gangguan tidur kepada ibu hamil. Sudahlah ibu hamil sememangnya perlukan tidur yang cukup, namun disebabkan ginseng lagi menyulitkan anda untuk tidur. Sukar tidur atau mudah terjaga di waktu malam mungkin juga disebabkan sifat ‘panas’ herba ginseng yang memberi efek kepada badan ibu mengandung. Malah ibu mengandung juga memang sering mempunyai masalah kepanasan. 

#5. Mulut kering

makanan dilarang ketika hamil

Ibu hamil yang minum teh ginseng mulutnya akan menjadi kering. Keadaan ini biasa terjadi kerana fungsi kelenjar air liur yang tidak berfungsi dengan baik disebabkan baham kimia yang terdapat di dalam ginseng. 

#6. Menurunkan gula dalam darah

Ibu hamil berisiko tinggi untuk menghidap diabetes, dan walaupun ginseng mampu menurunkan kadar gula namun ia dikhuatiri dapat menyebabkan ketidakseimbangan pada badan lantas menyebabkan anda berasa pening. Ia juga dapat menurunkan kadar degupan jantung lantas keadaan ini cukup membahayakan bagi bayi dan anda. 

#7. Menyebabkan sakit kepala 

Ginseng juga dikatakan dapat menyebabkan sakit kepala dan nyeri otot pada bahagian muka dan leher ibu hamil. Ini dapat menyebabkan anda terasa lebih mual di waktu pagi (morning sickness). 

Lain-lain makanan dilarang ketika hamil 

#1. Makanan mentah

Kenapa tak boleh? Sebabnya, makanan mentah dan separuh masak ini berbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Malah terdapat parasit dalam daging mentah yang boleh merebak pada tubuh ibu lantas menyebabkan jangkitan intra-urine yang serius pada bayi.

Sushi juga merupakan makanan mentah yang tak dimasak. Ia boleh mengakibatkan kelembapan dan kerosakan otak pada janin. Bahkan, parasit ini juga boleh didapati dalam sayuran yang tak basuh dengan betul.

#2. Minuman berkafein
Ini khusus buat peminat tegar kafein seperti nescafe, kopi, susu coklat dan lain-lain. Pendek kata, kalau tak dapat sehari rasa nak menggelupur satu badan. Hadkan pengambilan kepada satu cawan sehari tidak mengapa, dan lebih elok jika tidak ambil langsung!

#3. Pil dan ubat-ubatan

Mesti ada ibu yang ragu-ragu sama ada ubat boleh diambil atau tidak semasa mengandung, kan? Mengikut pengalaman saya, doktor akan menasihatkan ibu mengandung sekiranya ubat yang dimakan tidak sesuai ketika hamil dan perlu dihentikan.

Doktor akan gantikan ubat yang lebih sesuai. Sebab itu jika demam, farmasi akan bertanya dahulu sama ada anda mengandung atau tidak. Walau apapun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

makanan dilarang ketika hamil

#4. Makanan dan minuman yang tinggi gula

Bila kita mengandung akan ada kencing manis dan darah tinggi datang tiba-tiba. Untuk itu, ibu dilarang ambil makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi. Seeloknya amalkan buah-buahan atau jus segar sekiranya inginkan minuman yang manis.

Sebab apa? Ibu akan alami komplikasi bayi lahir besar. Justeru, jika nak bancuh air di rumah, sila sukat penggunaan gula seperti satu sudu besar sudah mencukupi untuk rasa kemanisan.

#5. Sayuran mentah seperti ulam-ulaman
Ulam- ulaman memang makanan yang disarankan untuk merawat pelbagai penyakit. Namun begitu, ia tidak bagus untuk ibu mengandung kerana biasanya ia dimakan tanpa dimasak dahulu.

Kita bimbang sekiranya terdapat racun atau parasit di dalamnya yang boleh mendatangkan bahaya pada bayi anda. Walau apapun, ia boleh tukar pada sayuran lain yang lebih sihat.

#6. Makanan laut yang tinggi merkuri
Antara makanan laut yang tinggi merkuri adalah seperti tuna dan ikan-ikan besar. Kenapa tak boleh? Sebabnya ikan jenis ini mengandungi merkuri tinggi lantas menyebabkan kerosakan saraf pada bayi. Jadi, ibu perlu lebih berhati-hati.

Kesimpulannya, sepanjang kehamilan dinasihatkan tidak mengamalkan pengambilan herba ginseng ini. Dan kalau boleh kurangkan juga penggunaan kosmetik yang mempunyai bahan ini. Tubuh wanita hamil bukanlah sama seperti tubuh manusia biasa. Banyak yang kita perlu peka kerana ia melibatkan anak dalam kandungan. Terdapat banyak lagi makanan atau herba yang mampu memberikan khasiat kepada badan yang anda boleh cuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Kumparan

Baca juga: 

my.theasianparent.com/makanan-sunnah-untuk-ibu-mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner