Makanan Elak Mengandung Selepas Bersama, Semak 13 Jenis Ini

Makanan elak mengandung selepas bersama nanas, betik, mi soba, kulit kayu manis, ubi hutan, halia, daun sirih dan cuka epal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada beberapa jenis makanan elak mengandung selepas bersama suami kerana ia mempunyai enzim atau kandungan tertentu yang boleh untuk mengelakkan kehamilan.

Bagaimana Untuk Kawal Kehamilan?

Seperti yang ramai tahu, kehamilan memang boleh dikawal dan dicegah menggunakan kaedah kontraseptif!

Antara yang paling popular dan mudah tentu sekali kondom, pil perancang, atau pilihan lain yang mempunyai kadar keberkesanan tinggi, dengan angka mencapai 80% hingga 90%.

Cuma, tak dinafikan kaedah-kaedah ini memerlukan sedikit kos, masa, dan usaha tambahan, kan? Ada juga yang mungkin rasa kurang sesuai, terutama bagi pasangan yang lebih konservatif dan memegang kuat nilai-nilai tradisional.

Kawalan kehamilan adalah tentang memilih cara yang betul untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang.

Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipertimbangkan, dari pil perancang, suntikan, IUD (Alat Dalam Rahim), hingga kepada kaedah semulajadi.

Pilihan yang paling sesuai bergantung pada keselesaan anda, tahap kesihatan, dan juga gaya hidup.

Jenis Makanan Yang Elak Mengandung

Berikut adalah beberapa makanan yang sering dikaitkan dengan mitos atau kepercayaan rakyat sebagai cara untuk mengelakkan kehamilan.

Makanan elak mengandung selepas bersama ini mengandungi enzim atau kandungan yang boleh merangsang rahim, penghasilan hormon dan sebagainya. 

Walaupun tiada bukti saintifik yang menyokong kesannya, ini adalah beberapa contoh yang selalu disebut-sebut:

1.Nanas

Nanas sering dianggap boleh menyebabkan keguguran dan menghalang implantasi janin kerana ia mengandungi enzim bromelain, yang dipercayai boleh merangsang rahim. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2.Betik

Betik mengandungi papain, enzim yang dikatakan boleh membantu mencegah kehamilan jika dimakan secara berlebihan. 

3.Mi Soba

Mi Soba yang diperbuat daripada gandum hitam mengandungi Rutin, sejenis flavonoid. Ada yang percaya Rutin boleh menghalang persenyawaan. 

4.Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis dipercayai boleh merangsang kontraksi pada rahim dan dengan itu, membantu mengelakkan kehamilan. 

5. Ubi Hutan

Ubi hutan, terutamanya yang kaya dengan progesteron, dipercayai dapat menghalang ovulasi dan mencegah kehamilan. 

6.Biji Labu

Ada yang percaya bahawa biji labu boleh membantu mengelakkan kehamilan, kerana ia dikatakan mengandungi bahan yang boleh “menyekat” sperma

7.Daun Sirih

Daun sirih sering digunakan dalam amalan tradisional untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, tapi ada yang mengatakan ia boleh membantu mengelakkan kehamilan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8.Cuka Epal

Cuka epal sering dikatakan boleh mengatur hormon dan mengurangkan peluang untuk hamil. 

Walaupun makanan-makanan ini sering disebut dalam perbualan sebagai cara untuk mengelakkan kehamilan, yang terbaik adalah menggunakan kaedah kontraseptif yang terbukti berkesan seperti pil, kondom, atau IUD.

Jangan mudah terpengaruh dengan mitos, dan sentiasa berunding dengan doktor untuk pilihan yang paling sesuai! 

Minuman Elak Mengandung

Berikut adalah beberapa minuman yang dikatakan boleh elak mengandung selepas bersama suami: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9.Alkohol

Kita semua tahu, alkohol bukanlah minuman yang baik untuk kesihatan, dan lebih-lebih lagi untuk wanita yang merancang untuk hamil.

Pengambilan alkohol boleh memberi kesan buruk kepada kemampuan tubuh untuk hamil, selain meningkatkan risiko keguguran dan masalah kesihatan lain.

10.Kafein

Walaupun kajian mengenai kafein masih berjalan, pengambilan kafein yang berlebihan dipercayai ada kaitan dengan risiko keguguran dan boleh mempengaruhi kesuburan. 

11.Soda

Soda memang menyegarkan, tapi kajian dari Boston University School of Public Health menunjukkan bahawa minum soda berlebihan boleh menurunkan peluang kehamilan sebanyak 20% hingga 30%. 

12.Halia

Halia memang sedap dan bermanfaat untuk banyak perkara, tapi ia mengandungi sebatian yang dipanggil emmenagogue, yang dipercayai boleh merangsang aliran darah semasa haid.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

13.Vitamin C

Walaupun jus buah atau sayur yang kaya dengan vitamin C sangat baik untuk kesihatan umum, pengambilan vitamin C yang terlalu tinggi juga boleh mempengaruhi hormon progesteron dalam tubuh, yang seterusnya boleh menjejaskan peluang untuk hamil. 

Berkesankah Minum Coke Dapat Elak Hamil?

Ada yang beranggapan minum coke  boleh mengelakkan kehamilan selepas “bersama”. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, betul ke minuman ni boleh “membunuh sperma”? 

Secara umum, kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi:

  • Gula (glukosa, sukrosa, fruktosa nama manis yang berbeza tapi semuanya gula!)
  • Kafein
  • Pewarna
  • Pengawet
  • Pemanis buatan
  • Perisa tambahan

Ada yang kata minum air gas selepas bersama boleh “membunuh” sperma dan menghalang kehamilan. Sebenarnya, tiada bukti atau kajian yang menunjukkan bahawa minuman ni ada “kuasa” seperti itu!

Walau bagaimanapun, satu perkara yang mungkin benar adalah kandungan kafein dalam minuman ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika diambil secara berlebihan, kafein boleh menurunkan peluang kehamilan. Jadi, kalau nak cepat hamil, mungkin lebih baik kurangkan minuman berkarbonat yang tinggi kafein tu!

Amalkan Kedah Kontraseptif Yang Terbaik!

Semua senarai minuman dan makanan yang kononnya boleh elak kehamilan selepas bersama ni sebenarnya lebih kepada petua tradisional sahaja, bukan sesuatu yang disokong oleh dunia perubatan.

Jadi lebih baik duduk berbincang dengan doktor untuk tahu kaedah kontraseptif mana yang paling sesuai dan berkesan untuk anda dan pasangan.

Lebih baik berjumpa pakar untuk nasihat yang tepat!

Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipertimbangkan, dari pil perancang, suntikan, IUD (Alat Dalam Rahim), hingga kepada kaedah semulajadi.

Pilihan yang paling sesuai bergantung pada keselesaan anda, tahap kesihatan, dan juga gaya hidup.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anda Ingin Mengandung? Ini 6 Makanan Untuk Dimakan (Dan Dielakkan)!

Baca juga: 20 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil & Garis Panduan Makanan Untuk Ibu Mengandung

Baca juga: Tanda Mandul Pada Wanita: 7 Punca Utama Yang Sebabkan Wanita Jadi Mandul

Penulis

Lala Annuar