Ramai ahli perubatan menasihatkan supaya wanita yang berbadan dua mengambil makanan ibu mengandung yang sihat dan berkhasiat supaya dapat membantu perkembangan dan tumbesaran bayi. Malah ibu juga lebih bertenaga dan cepat pulih selepas bersalin.
Baru-baru ini, ada di kalangan ibu yang bimbang nak makan sambal belacan semasa hamil sebab ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak. Mana satu yang betul ya?
Kalau makan nasi putih dengan sambal belacan pastu ada pula ulam-ulam, fuh memang boleh tambah dua pinggan nasi. Diet pun boleh kelaut dalam..hihi.
Bahkan, Malaysia memang kaya dengan variasi sambal dari serata negeri seperti sambal berlado, sambal belacan, sambal bercili, sambal hijau cili padi, sambal goreng, sambal jawa dan banyak lagi.
Akan tetapi, adakah belacan termasuk dalam senarai makanan ibu mengandung? Boleh tak ibu hamil makan sambal belacan?
Makanan ibu mengandung, boleh tak ibu hamil makan sambal belacan?
Dalam perkongsian laman Baby Centre, tidak boleh ambil makanan pedas semasa hamil dan menyusu anak adalah mitos belaka.
Hal ini kerana, jika makanan tersebut tidak menyebabkan sakit perut atau timbulnya alahan, maka tidak ada alasan yang boleh menghentikan kenikmatan anda untuk makan sebarang jenis sambal semasa hamil.
Asalkan ia tidak diambil secara berlebihan.
Untuk menjelaskan lebih lanjut, Dr Dewi Ema Anindia mengatakan ibu hamil tidak dilarang mengambil sambal belacan kesukaannya, tapi jangan makan secara berlebihan cukup sekadar menghilangkan rasa keinginan itu sahaja.
Beliau turut menegaskan, ibu boleh makan apa saja tapi makanan tersebut mestilah tidak membatasi dari makanan yang memiliki nutrisi yang baik.
Sebagai contoh, jika anda ambil makanan pedas kemudian terjadinya mual dan muntah hingga kesihatan terganggu, maka anda disarankan untuk berhenti dari mengambilnya lagi.
Tapi jika sekadar untuk menambah rasa lebih enak dalam makanan maka ia tidak menjadi sebarang masalah.
Namun tidak semua boleh diambil ibu hamil.
Apa yang perlu diperhatikan adalah jika sambal tersebut mengandungi MSG dan garam berlebihan sebaiknya dielakkan selama hamil.
Kalau nak makan sambal belacan sebaiknya anda buat sendiri di rumah kerana sudah tentu bahan yang digunakan lebih selamat dan bersih.
****************
Justeru, anda tak perlu lagi rungsing atau was-was untuk makan sambal belacan semasa hamil. Teruskan menikmati keenakannya dalam hidangan anda setiap hari tapi jangan berlebihan pula ya.
Cukuplah sekadar sesudu dua saja bagi menambahkan selera makan anda.
Semoga artikel ini membantu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Liputan 6
Baca juga
Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari