TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nak Senang Hamil Kena Jaga Uterus Anda Baik-Baik Dengan 8 Makanan Penyejuk Rahim Ini

4 min bacaan
Nak Senang Hamil Kena Jaga Uterus Anda Baik-Baik Dengan 8 Makanan Penyejuk Rahim Ini

Ini 14 senarai makanan kuatkan rahim dan menambah sejuk pada uterus anda. Malah keseluruhan tubuh badan juga lebih sihat dengan makanan yang disebutkan ini.

Sebelum mengupas info tentang makanan kuatkan rahim atau sejukkan uterus ini, mari kita sentuh dahulu apakah anda menjaga rahim dengan sebaiknya?

Uterus atau dalam kata mudah orang faham adalah “rahim” merupakan organ penting bagi kesihatan wanita yang tentunya inginkan zuriat sebagai penyambung keturunan.

Bahkan, fungsi uterus juga menampung bayi anda selama sembilan bulan sehingga selamat melahirkan cahaya mata yang sempurna dan cukup sifatnya.

Rahim seseorang gadis terbentuk semasa di dalam kandungan ibu lagi kemudian akan bertukar matang selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, ada beberapa keadaan yang boleh menyumbang kepada masalah rahim iaitu:

Penyakit biasa yang ada kaitan dengan rahim

  • Masalah kesuburan
  • Haid lewat
  • Fibroid, cyst
  • Kanser
  • Rahim lemah, rahim jatuh

Menurut Doktor PV Daya, penyakit rahim di atas ini boleh juga dipengaruhi oleh perubahan hormon dan suhu badan, di mana ada sesetengah wanita mempunyai suhu badan yang tinggi dek kerana pengambilan makanan yang panas.

Jika anda mengalami keradangan rahim ini, maka ia boleh mempengaruhi impian anda untuk memiliki zuriat sendiri. Sekiranya mengalami salah satu masalah seperti di atas anda mungkin susah nak dapat anak.

Selain makanan panas, tekanan dan tempat berhaba tinggi juga boleh menyebabkan tubuh berasa hangat. Berikut adalah makanan yang boleh menyebabkan tubuh mendapat haba yang tinggi:

  • Mustard, cuka, cili
  • Cili jeruk, sambal, garam
  • Ikan kering, udang, ketam, makanan dalam tin
  • Daging lembu
  • Nenas, Bawang putih, tomato
  • Alkohol

Untuk mendapatkan suhu badan yang normal terutama jika ia melibatkan rahim, maka anda perlu mengamalkan makanan sejukkan rahim ini supaya ia mencegah uterus daripada penyakit yang berbahaya. Senarainya seperti berikut…

Makanan kuatkan rahim & sejukkan uterus

Makanan sejukkan rahim ini adalah kategori makanan yang paling mudah dan sering diamalkan seharian. Ia merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan dan minuman sihat. 

Di bawah ini kami senaraikan makanan tersebut.

#1. Buah oren

Buah oren adalah sejenis buah yang sangat kaya dengan Vitamin C, malah ia mudah didapati di pasaraya. Apatah lagi ia merupakan buah yang boleh sejukkan organ rahim anda.

#2. Buah cermai 

makanan kuatkan rahim

Anda biasa tak dengar tentang buah cermai? Ia adalah buah yang sangat enak jika dibuat jus. Caranya mudah saja ambil beberapa biji buah cermai, buang bijinya dan kemudian kisar lalu campurkan bersama gula.

#3. Tembikai

makanan sejukkan rahim

Tembikai adalah buah yang sangat lazat kerana isinya yang sangat manis dan kemerahan. Bahkan, buah tembikai juga sangat bagus untuk diet sihat anda.

#4. Timun

Timun adalah sejenis sayur yang tidak perlu dimasak kerana ia boleh dimakan mentah. Bahkan, anda boleh jadikannya sebagai salad bersama bawang. Kemudian nikmatinya dengan nasi putih. 

#5. Jus aloe vera (lidah buaya)

makanan untuk rahim

Daun aloe vera bukanlah satu sayuran biasa yang selalu kita makan seharian namun daun ini sangat baik untuk sejukkan rahim. Malah tidak ada salahnya untuk mencuba dengan jadikan ia sebagai jus minuman yang sihat.

#6. Barli

Ya, minum barli juga boleh sejukkan rahim anda. Caranya mudah saja, rebus barli selama 20 minit sehingga hempuk. Kemudian ambil air dan isi barli lalu minum. Buat dua kali seminggu.

#7. Terung 

Terung adalah sejenis sayuran yang sangat enak jika dimasak dengan pebagai resepi yang menarik. Malah ia juga dapat menyejukkan rahim wanita. 

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

#8. Air kelapa  

Selain menyejukkan badan, air kelapa juga mempunyai banyak manfaat lain seperti mengurangkan kencing kotor dan penambah tenaga semasa sakit. 

Dengan amalan gaya pemakanan yang sihat ini ia dapat menjaga rahim anda dengan lebih baik sekaligus tubuh rasa lebih selesa. Semoga bermanfaat. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Nak Senang Hamil Kena Jaga Uterus Anda Baik-Baik Dengan 8 Makanan Penyejuk Rahim Ini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nadeesha Lakmini. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Sri Lanka untuk diterjemah. 

Baca juga Ini 10 Jenis Makanan Yang Melemahkan Kandungan, Ibu Hamil Tolong Elakkan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Nak Senang Hamil Kena Jaga Uterus Anda Baik-Baik Dengan 8 Makanan Penyejuk Rahim Ini
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham