Makanan Pantang Bersunat Yang Simple, Bantu Luka Anak Cepat Kering & Pulih

Makanan pantang bersunat untuk anak yang mudah dan berkhasiat dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim cuti persekolahan menjadi pilihan ramai ibu ayah untuk khatankan anak lelaki. Selepas pulang ke rumah dari klinik, ibu perlulah menyediakan menu makanan pantang bersunat yang mudah dan sedap untuk mereka.

Tidak dinafikan bahawa penjagaan yang betul dan pemakanan berkhasiat mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Paling penting adalah ibu kena pastikan ia tidak bengkak hingga boleh membuatkan anak rasa sakit.

Menu makanan pantang bersunat anak

Seorang ibu, Zana Lala telah berkongsikan beberapa menu makanan pantang bersunat anaknya di sebuah kumpulan Facebook.

Musim cuti sekolah ini ramai anak-anak bersunat kan? Alhamdulillah hari ini adalah hari yang ketujuh anak saya dalam fasa penyembuhan. Dia pun sudah dapat bermain seperti biasa, luka sunat kering elok dan normal.

Anak saya besar, umur baru 10 tahun dan berat badan sebelum khatan 64kg. Dia khatan lambat sebab ada masalah dan mengikut saranan doktor.

Anak saya bukan jenis yang makan sayur. Tapi saya psiko dia kalau nak cepat baik, kena paksa juga diri untuk makan sayur. Hari-haru sebelum pergi kerja saya akan masak terlebih dahulu untuk dia makan.

Hari ini pula timbang, turun sikit berat badan dia iaitu 61kg. Tempat luka bersunat wajib cuci dengan dettol dan air suam untuk 4 hingga 5 kali sehari.

Menu makanan pantang bersunat simple sahaja, ikan jenahak saya masukkan air fryer. Buat sup sayur setiap hari untuk bagi ada kuah. Semoga anak-anak yang tengah bersunat cepat baik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Makanan pantang bersunat: Nasi putih, ikan goreng dan sup sayur

First day anak bersunat. Nasi putih + ikan goreng af + sup sayur cuma tumis bawang sahaja. Saya tidak letak sos tiram, takut gatal pada luka bersunat.

2. Nasi putih, ikan goreng, sayur dan oren

Second day, repeat menu sama cuma tukar sayur tak nak dia bosan. Buah oren saya bagi yang jenis navel sebab anak tidak suka rasa oren yang masam.

3. Nasi putih, ikan goreng dan sup tauhu

Third day makanan pantang anak bersunat. Menu sama lagi cuma tukar sup tauhu lembut. Wajib air suam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Nasi, sup sayur, sambal ikan bilis dan tempe

4th day, dia dah mula bosan makan isi ikan, jadi saya buat sambal tumis ikan bilis tempe. Tidak letak belacan dan alhamdulillah anak tidak gatal.

5. Spageti carbonara dan salad sayur

Hari kelima dia sudah mula rasa bosan makan nasi putih. Jadi saya cuba masak spageti carbonara dan letakkan salad sayur segar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Nasi putih dengan daging goreng kunyit

Hari keenam berkhatan, luka bersunat sudah baik dan anak minta untuk makan di luar. Jadi dia pesan nasi putih dengan daging goreng kunyit.

7. Fish and chips

Resepi makanan pantang bersunat untuk anak

Selain menu cadangan makanan pantang seperti di atas, kami kongsikan resepi makanan pantang bersunat untuk anak yang mudah dibuat dan membangkitkan selera makan.

Ekstrak yang ada dalam ikan haruan dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko untuk meninggalkan kesan parut pada alat sulit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sup ikan haruan: makanan pantang bersunat

Bahan-bahan:

  • Ikan haruan 
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam 1sb
  • Asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng 
  • Daun bawang/daun sup

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk kasar iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, asam keping. 
  4. Perasakan dengan garam mengikut citarasa.
  5. Taburkan bawang goreng dan daun sup atau daun bawang sebagai bahan hiasan.
  6. Kacau rata sebelum diangkat.
  7. Siap.

Makanan yang patut elak ketika pantang sunat

Mengambil makanan tertentu semasa pantang sunat boleh menyebabkan bentan! Bagi mengelakkan masalah ini terjadi, disarankan ibu untuk mengawal pemakanan anak supaya luka anak cepat kering dan kurang rasa sakit.

Berikut merupakan antara senarai makanan yang patut elak ketika pantang sunat.

1. Telur ayam, bebas hormon dan antibiotik.

Ada yang berpendapat makan telur boleh buatkan gatal. Padahal telur ayam yang dimaksudkan ialah jenis telur yang mempunyai sisa hormon dan antibiotik, ayam yang makan dedak dan makanan berasaskan GMO.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaiknya pilih telur ayam yang bebas hormon dan antibiotik yang tidak menyebabkan kegatalan malah baik untuk luka cepat kering.

2. Makanan proses yang diawet dan diolah

Elakkan menyediakan anak makanan proses yang diawet seperti makanan segera dan makanan yang diolah seperti sosej, keju dan kentang. Gantikan dengan pengambilan diet seimbang seperti sayuran, buahan dan makanan berprotein tinggi.

Makanan berprotein tinggi seperti telur, daging, ikan dan kekacang bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

3. Makanan tinggi gula

Perlu diingat, makanan yang tinggi gula seperti kek, donut dan manisan lain boleh menganggu fungsi komponen darah dalam badan. Ia boleh melambatkan proses pemulihan luka yang dialami. 

Sama juga jika anak mengambil minuman yang tinggi gula seperti air dalam tin, minuman bergas dan jus buah-buahan.

Pemilihan makanan pantang bersunat banyak manfaatnya sekiranya ibu ingin luka anak cepat sembuh dan kembali bergerak aktif sebelum memasuki sesi persekolahan yang akan datang.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar; Siti Nor Ain Mohsin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penjagaan Selepas Berkhatan Kena Betul, Ibu Ini Kongsi Tips Agar Luka Cepat Sembuh!

Baca juga: Usah Malu Suap Makanan Ke Mulut Isteri & Anak, Besar Pahalanya Buat Para Suami!

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Cara Mendidik Anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain Bermula Dari Rumah