Menu Makanan Tahun Baru 2021 Yang Enak & Mudah Disediakan Untuk Seisi Keluarga

Makanan tahun baru 2021 menjadi kurang sempurna sekiranya anda tidak menyediakan beberapa menu wajib ini ketika meraikannya bersama ahli keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seakan waktu berlalu dengan begitu cepat. Kini tahun 2020 sudah berlalu dengan meninggalkan pelbagai suka dan duka. Memandangkan sekolah masih ditutup dan kebanyakan pekerja diberikan cuti, ibu ambillah peluang menyediakan makanan tahun baru untuk seisi keluarga.

Tidak dinafikan, sambutan tahun baru kali ini mungkin berlainan kerana seluruh masyarakat diminta kekal berada di rumah. Namun ia tidak bermakna anda tidak boleh bergembira dengan ahli keluarga kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama.

Baca juga: Aneka Resepi Sotong Mudah & Sedap, Konfem Makan Nasi Sepinggan Tak Cukup!

Senarai makanan tahun baru 2021 yang sedap dan disukai ramai

#1. Jejari kentang keju

  • 500 gram kentang
  • 80 gram kejut parut
  • 100 gram tepung jagung
  • 2 batang saderi (dihiris)
  • 1 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada sulah

Cara penyediaan:

  1. Kukus kentang sehingga empuk. Angkat dan lenyekkan ketika ia masih panas
  2. Masukkan keju, tepung jagung, hirisan saderi, garam dan lada sulah
  3. Kacau sebati dan bentukan menjadi doh. Kemudian, potong menggunakan pisau
  4. Goreng menggunakan minyak yang banyak sehingga kuning keemasan. Siap!

#2. Sosej bakar dengan sos lada hitam istimewa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

  • 4 ketul sosej saiz besar

Untuk sos lada hitam:

  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/2 biji bawang besar dihiris memanjang
  • 200ml air
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram, kicap manis dan lada hitam
  • 1/2 sudu besar tepung ubi kayu

Bahan pelengkap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 biji jagung manis
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 batang lobak merah

Cara penyediaan:

  1. Goreng kentang sehingga masak dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar hingga naik bau, kemudian masukkan semua bahagan sos dan tambah tepung ubi kayu. Masak sehingga kental.
  3. Grillkan sosej sehingga masak, oleskan sos lada hitam.
  4. Kemudian letakkan sosej bersama bahan pelengkap di atas pinggan dan siramkan lebihan sos lada hitam.

#3. Sate ayam manis

  • 500 gram isi ayam dihiris dadu besar

Bahan rempah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • Gula merah secukupnya
  • 2 sudu makan madu
  • Kicap manis, lada hitam, garam

Cara penyediaan:

  1. Kisar halus semua bahan rempah. Kemudian perapkannya dengan isi ayam semalaman di dalam peti sejuk agar lebih sedap.
  2. Cuci lidi sate dan cucuk dengan kemas
  3. Bakar sambil mengoles-oleskan menggunakan kicap manis dan marjerin sehingga masak. Pastikan anda sentiasa menjaga api agar ia tidak hangit.

#4. Mee rebus kelantan

credit to sources

  • Bawang merah - dikisar
  • Bawang putih-dikisar
  • Halia -dikisar
  • Lada hitam (dikisar halus)
  • Isi ayam atau daging 
  • Tomato
  • Sayur sawi
  • Lada besar merah
  • Mee kuning
  • Kiub ayam
  • Bebola atau kek ikan

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumis semua bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan daging atau ayam. Masukkan bebola atau kek ikan.
  2. Tambah air mengikut banyak mana kuah yang anda inginkan. Letak garam, gula, perasa dan kiub ayam.
  3. Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan sayur dan mee kuning. Jika suka, boleh pecahkan telur. Hidangkan bersama sos cili dan lada jeruk untuk lebih sedap!

#5. Puding karamel atau puding gula hangus

Bahan untuk puding:

  • 3/4 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 5-6 biji telur (dibuang mata supaya tidak hanyir)
  • Esen vanila

Bahan gula hangus:

  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Cairkan gula pasir sehingga ia bertukar keperangan. Kemudian barulah masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.
  2. Tutup api, tuangkan ke dalam loyang dan biarkan ia mengeras
  3. Pukul telur jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain dan kacau sehingga sebati
  4. Tuang ke dalam loyang yang berisi air gula hangus tadi. 
  5. Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih. Kukus lebih kurang 30 minit sehingga masak menggunakan api sederhana. Untuk lebih cantik, balut penutup pengukus dengan tuala.
  6. Bila masak, buka pengukus dan biarkan selama 2 hingga 3 minit agar air permukaan karamel sedikit kering.
  7. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Barulah masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati!

Sumber: Brilicious

Kredit foto: google image

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia