Pengambilan Makanan Tinggi Potassium Penting Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Bengkak Juga!

Makanan tinggi potasium akan membantu ibu mengandung mengurangkan bengkak kerana mineral ini boleh membantu mengekalkan cecair dalam badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan tinggi potasium (kalium) adalah diperlukan oleh badan seseorang bagi membolehkan sel-sel dalam badan berfungsi dengan baik. Potassium dalam bahasa melayu dikenali sebagai ‘Kalium’.

Pengambilan potasium yang tinggi dikatakan boleh merendahkan tekanan darah, merendahkan penyakit kardiovaskular, baik untuk kesihatan tulang, serta mampu mengurangkan impak pengambilan natrium (sodium) yang tinggi.

Setiap individu juga perlu mengetahui bahawa kekurangan pengambilan sumber potassium boleh mengakibatkan Hipokalemia. Ia boleh menganggu fungsi pankreas menerusi pengurangan rembesan insulin yang akan menyebabkan intolerans glukosa berbalik.

Malah, lebih parah apabila pengurangan pengambilan makanan tinggi potassium juga boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, terutamanya Strok.

Apa Itu Potassium?

Sumber gambar: iStock

Maksud potassium adalah sejenis garam mineral yang boleh diperolehi dari dalam makanan harian setiap orang. Ia merupakan salah satu bahan yang diperlukan untuk proses penghantaran impuls elektrik ke seleruh tubuh.

Bacaan potasium yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan serta boleh akibatkan kematian.

Public Health Malaysia pernah menjelaskan bahawa individu yang tidak mengambil sumber potassium mencukupi akan mengalami gejala-gejala seperti berikut:

  • Terlalu lesu/keletihan.
  • Otak mudah kejang dan lemah.
  • Rentak jantung menjadi tidak sekata/teratur.
  • Muntah dan berasa loya.
  • Kelemahan otot.
  • Kekejangan otot.
  • Sembelit.

Perlu diingatkan bahawa tubuh manusia tidak boleh menghasilkan garam potasium secara semulajadi. Oleh itu, adalah sangat penting untuk seseorang itu makanan tinggi potassium untuk paras kesihatan yang baik sepanjang hayat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mengawal sumber atau paras potassium, buah pinggang seseorang itu akan membantu menyerap atau menyingkirkan garam ini di dalam tubuh. Oleh itu, individu yang menghidap penyakit buah pinggang kronik serta pesakit dialisis disarankan untuk berhati-hati dengan pengambilan makanan potasium tinggi.

Untuk rekod, potassium menjejaskan cara sel menyahkutubkan tenaga (depolarize) dan seterusnya menjana semula (repolarize) tenaga berkenaan supaya tenaga dapat dialirkan lagi. Sebab itulah jika bacaan potasium rendah, sel-sel tidak dapat dijana semula dan tidak dapat dialirkan berulang kali. Otot-otot dan saraf juga mungkin tidak berfungsi dengan normal.

Makanan Tinggi Potasium: Kepentingan dan Sumber Garam Potassium

Sumber gambar: iStock

Kajian membuktikan bahawa manfaat potassium ini sememangnya berkait rapat dengan kesihatan tubuh badan seseorang. Antaranya adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Mengawal Cecair Di Dalam Badan.

Tubuh seseorang mengandungi kira-kira 60% air. 40% daripada jumlah ini terdapat dalam sel yang dikenali sebagai cecair intraselular (ICF). Manakala selebihnya pula dijumpai di luar sel seperti; darah, cecair tulang belakang dan antara sel. Cecair ini pula dipanggil sebagai cecair ekstraselular (ECF).

Apa yang lebih menarik, jumlah air di ICF dan ECF dipengaruhi oleh kepekatan elektrolitnya, terutamanya kalium dan natrium. Kalium adalah elektrolit utama dalam ICF dan ia menentukan jumlah air di dalam sel.

Sebaliknya, natrium adalah elektrolit utama di dalam ECF dan ianya penting bagi jumlah air di luar sel.

#2. Mengurangkan Pengekalan Air.

Untuk pengetahuan anda, pengekalan air berlaku apabila lebihan cecair terkumpul di dalam badan. Potassium sering digunakan untuk merawat keadaan ini. Malah, kajian turut mendedahkan bahawa pengambilan sumber potassium tinggi mampu mengurangkan pengekalan air dengan cara meningkatkan jumlah air kencing, serta mengurangkan kadar natrium dalam tubuh.

#3. Penting Untuk Sistem Saraf Manusia.

Bacaan potasium tinggi memainkan peranan penting dalam mengaktifkan rangsangan saraf dalam tubuh. Ia juga boleh membantu mengatur kontraksi otot, degupan jantung, refleks, dan sebagainya.

#4. Mengurangkan Tekanan Darah.

Makanan tinggi potassium mampu mengurangkan tekanan darah dengan membantu tubuh badan untuk membuang natrium berlebihan. Analisis daripada 33 kajian mendedahkan bahawa ketika pesakit hipertensi meningkatkan pengambilan potassium, tekanan darah mereka menurun secara drastik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Mengurangkan Risiko Strok.

Beberapa kajian lain turut mendapati bahawa makanan potasium tinggi dapat mengurangkan risiko strok.

Dalam analisis 33 kajian merangkumi 128,644 orang peserta, saintis mendapati peserta yang banyak mengambil makanan tinggi potassium mempunyai risiko strok 24% lebih rendah daripada peserta yang lain.

Makanan Tinggi Potasium Untuk Ibu Hamil

Cara terbaik untuk mendapatkan kalium yang mencukupi semasa kehamilan adalah melalui diet. Mengambil diet yang seimbang sambil memasukkan makanan yang kaya dengan potassium adalah cara terbaik untuk memastikan paras potassium anda stabil atau memerangi hipokalemia.

Ibu hamil juga disarankan untuk berbincang dengan pakar diet berdaftar bagi membantu anda mengetahui makanan yang tinggi potassium dan makanan manakah yang paling sesuai untuk dimasukkan ke dalam diet anda.

Antara makanan yang tinggi sumber potassium untuk ibu hamil adalah seperti berikut:

  • Avokado
  • Keledek
  • Pisang
  • Kacang dan lentil
  • Kentang
  • Tomato
  • Buah oren
  • Yogurt
  • Bayam
  • Brokoli
  • Cantaloupe

Jelas sekali, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber makanan kaya dengan sumber kalium yang sangat baik. Menggabungkannya ke dalam diet setiap hari adalah cara yang sempurna untuk memastikan anda mempunyai potassium yang mencukupi dalam badan, sekaligus mampu mengurangkan risiko mengalami hipokalemia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa Itu Hipokalemia?

Hiperkalemia adalah apabila paras potassium dalam badan terlalu tinggi. Walau bagaimanapun, mengelakkan hiperkalemia adalah lebih mudah daripada mengelakkan hipokalemia. Meskipun begitu, ia masih boleh membahayakan ibu dan bayi jika tidak dirawat di hospital.

Hiperkalemia boleh menyebabkan:

  • Kegagalan buah pinggang.
  • Dehidrasi.
  • Pendarahan dalaman.
  • Ubat-ubatan tertentu, seperti perencat ACE.
  • Alkohol.
  • Penggunaan suplemen.
  • Diabetes (Type 1).

Seperti yang anda lihat, kebanyakan punca hiperkalemia ini berkaitan dengan keadaan perubatan yang sedia ada.

Memiliki terlalu banyak potassium dalam darah sebenarnya menunjukkan simptom yang sama dengan mempunyai terlalu sedikit kalium. Sebab itulah penting untuk memberitahu doktor anda atau mendapatkan nasihat perubatan jika anda mengalami gejala berkenaan.

Makanan Tinggi Potasium: Apakah Kepentingan Potassium Untuk Kehamilan?

Menariknya, keperluan potassium yang mencukupi semakin meningkat apabila badan kita mula membesar dan mengembang semasa hamil. Seperti yang kita tahu, beberapa bengkak dan pengekalan cecair adalah perkara biasa yang dihadapi oleh ibu semasa mengandung.

Oleh itu, pengambilan kalium yang mencukupi adalah cara terbaik untuk mengurangkan bengkak ini, kerana mineral membantu mengekalkan cecair dalam badan.

Anda mungkin merasa akan mendapat cukup potassium daripada diet anda, tetapi bagi sesetengah orang, ianya masih tidak mencukupi. Sesetengah wanita hamil terpaksa berhadapan dengan keadaan kaki lenguh dan kekejangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadangkala, ianya disebabkan oleh kekurangan mineral dalam badan, dan memiliki sumber potassium yang mencukupi boleh membantu memerangi masalah ini.

Makanan Tinggi Potasium: Sumber Potassium

Makanan yang disenaraikan di bawah mengandungi sumber potassium yang tinggi. Jika anda perlu meningkatkan jumlah potassium dalam diet anda, buatlah pilihan makanan yang sihat dengan memilih item di bawah untuk ditambahkan dalam menu harian:

  • Pisang, oren, cantaloupe, honeydew, aprikot, limau gedang (beberapa buah-buahan kering, seperti prun, kismis dan kurma, juga tinggi potassium).
  • Bayam dimasak.
  • Brokoli dimasak.
  • Kentang.
  • Ubi keledek.
  • Cendawan.
  • Kacang (Peas).
  • Timun.
  • Zucchini.
  • Labu.
  • Sayur-sayuran berdaun.

Jus buah-buahan juga ada, iaitu:

  • Jus oren.
  • Jus tomato.
  • Jus prun.
  • Jus aprikot.
  • Jus limau gedang (Grapefruit).

Selain itu, produk tenusu tertentu, seperti susu dan yogurt, mengandungi potassium yang tinggi (rendah lemak atau bebas lemak adalah yang terbaik).

Beberapa jenis ikan juga mengandungi bacaan potasium tinggi, iaitu:

  • Tuna.
  • Halibut.
  • Cod.
  • Trout.
  • Ikan batu (Rockfish).

Kacang atau kekacang yang tinggi kandungan potassium pula adalah termasuk:

  • Kacang lima.
  • Kacang pinto.
  • Kacang buah pinggang (Kidney Beans).
  • Kacang soya.
  • Lentil.

Antara makanan lain:

  • Pengganti garam (baca label untuk memeriksa tahap potassium).
  • Molase.
  • Kacang.
  • Daging dan ayam.
  • Beras perang dan wild rice.
  • Bijirin dedak.
  • Roti gandum dan pasta.

Berapa Banyak Jumlah Potasium Yang Anda Perlukan?

Wanita perlu mendapat 2,600mg manakala lelaki perlu mendapat 3,400mg sumber potassium setiap hari.

Keperluan anda mungkin berbeza jika anda menghidap penyakit buah pinggang. Sesetengah orang yang menghidap penyakit buah pinggang harus mendapat kurang sumber potassium daripada garis panduan.

Jika buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik, terlalu banyak potassium yang kekal di dalam badan anda boleh menyebabkan masalah saraf dan otot. Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang dan doktor anda belum memberitahu anda tentang had potassium anda, eloklah untuk anda bertanya terlebih dahulu.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bagus Untuk Sembelit, Ini 10 Manfaat Makan Buah Nanas Untuk Ibu Mengandung Ramai Tidak Tahu!

Baca juga: Boleh Cegah Komplikasi Kehamilan, Ini 9 Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Baca juga: Buah Kering Berkhasiat Untuk Ibu Hamil, 6 Pilihan Yang Boleh Anda Cuba

Penulis

Murns A.