21 Jenis Makanan Untuk Tambah Susu Badan Ibu, Barangan Mudah Dapat & Berkesan!

Semasa tempoh penyusuan, ibu sebaiknya jangan makan makanan berproses yang tidak sihat ya! Jom semak artikel untuk ketahui makanan yang bagus untuk penghasilan susu badan.

Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tambah susu badan bagi para ibu yang sedang mengalami masalah susu badan kering atau semakin berkurang. Selepas bersalin, ibu sudah memulakan tugasan memberi susu badan kepada bayi yang baru lahir.

Namun, masih ada yang runsing, adakah susu saya cukup dan berkualiti untuk anak? Dan ada juga yang mengalami masalah susu badan kering atau tidak mencukupi keperluan bayi. Pastinya para ibu ingin tahu, apakah makanan untuk tambahkan susu badan anda, kan? 

Susu ibu merupakan satu anugerah pada wanita, yang dihasilkan oleh badan ibu sejurus selepas melahirkan anak. Namun para ibu harus sentiasa ingat ya, ambil makanan yang mempunyai kandungan vitamin bagi ibu menyusu supaya susu ibu yang dihasilkan lebih berkhasiat untuk bayi selain belajar cara banyakkan susu badan.

Vitamin dan Makanan Tambah Susu Badan Ibu

makanan untuk tambah susu badan, makanan banyakkan susu badan, makanan untuk tambahkan susu badan, makanan untuk banyakkan susu badan, makanan tambah susu, tambah susu badan

Keperluan vitamin untuk ibu yang menyusu badan adalah sesuatu yang ibu perlu beri perhatian. Sepanjang tempoh penyusuan, ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi nutrisi yang baik, bagi membantu badan anda.

Makanan untuk tambah susu badan atau milk booster juga ada manfaatnya sendiri. Ini termasuk:

  1. Menghasilkan susu untuk bayi
  2. Mendapatkan tenaga bagi penghasilan susu ibu
  3. Menguatkan dan merawat kesihatan ibu sepenuhnya

Apa Yang Diperlukan Oleh Ibu Yang Menyusu Badan?

Semasa menyusu bayi, ibu akan cenderung untuk letih, dan cepat lapar kerana banyak tenaga digunakan semasa menyusu badan sama ada secara terus atau pam susu. Oleh kerana itulah, para ibu harus mengambil kira jenis makanan yang diambil sesuai dengan keperluan badan semasa menyusu atau tidak.

Jom semak senarai makanan untuk banyakkan susu badan yang berkualiti! Jadi apakah makanan untuk tambah susu badan ibu yang menyusu agar bekalan sentiasa cukup buat bayi. 

#1. Ibu Menyusu Perlukan Tenaga

Semasa hamil, ibu memerlukan banyak tenaga bergantung kepada berat badan dalam tempoh kehamilan, malah semasa proses bersalin.

Selepas bersalin, lebih banyak tenaga digunakan, maka ibu sebaiknya makan makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat untuk penghasilan susu ibu seperti:

  • Daging
  • Telur
  • Susu segar
  • Nasi 

#2. Ibu Menyusu Perlukan Protein

Dalam tempoh laktasi, ibu perlu mendapatkan bekalan protein yang secukupnya bagi penghasilan susu, juga bagi menggantikan sel darah ibu yang hilang semasa proses bersalin.

Anda disyorkan untuk mengambil makanan yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi seperti:

  • Telur
  • Sayur-sayuran
  • Sayuran Hijau
  • Sayuran Kekacang
  • Buah-buahan kering dan segar untuk mendapatkan vitamin C, yang boleh membantu serapan zat besi dengan lebih baik.

#3. Ibu Menyusu Perlukan Kalsium 

Kalsium merupakan nutrien penting bagi meningkatkan kualiti susu ibu, dan mengelakkan masalah tulang dan gigi. Makanan yang mengandungi kalsium termasuklah:

  • Susu dan produk tenusu
  • Ikan, udang
  • Sayuran hijau
  • Milk booster yang mengandungi vitamin dan nutrisi

#4. Ibu Menyusu Perlu Vitamin A

Cara banyakkan susu badan yang ibu perlu cuba ialah dengan menambah pengambilan vitamin A dalam pemakanan harian. Berikut adalah jenis sumber makanan vitamin A yang anda boleh cuba:

makanan untuk tambah susu badan, makanan banyakkan susu badan, makanan untuk tambahkan susu badan, makanan untuk banyakkan susu badan, makanan tambah susu, tambah susu badan

  • Makanan dari sumber haiwan seperti kuning telur, hati, paru, marjerin, susu segar, minyak ikan kod.
  • Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti selada hijau, lobak, labu, buah-buahan berwarna merah dan kuning seperi buah mangga dan betik.

#5. Ibu Menyusu Perlukan Vitamin C

Tahap vitamin C dalam susu ibu akan berkurangan apabila menyusu selama lebih daripada 7 bulan. Makanan yang mengandungi vitamin C termasuk buah-buahan sitrus (seperti jeruk, lemon, serbuk), dan sayur-sayuran segar (contohnya kubis, tomato, sayur-sayuran berdaun hijau).

#6. Ibu Menyusu Perlukan Vitamin dan Folat

Makanan yang mengandungi asid folik tinggi termasuklah hati ayam, sayuran berdaun hijau segar, pucuk buluh barat, bayam goreng, brokoli, ubi jalar dan roti gandum baik untuk menambah jumlah susu tetek.

Selain itu, vitamin juga sangat penting bagi penghasilan susu berkualiti seperti:

  • Vitamin B1: Makanan yang mengandungi vitamin B1 termasuk beras kasar, daging merah, daging lembu, hati, biji-bijian dan kacang kering.
  • Vitamin B2: Makanan yang mengandungi banyak vitamin ini termasuk susu dan mentega, produk haiwan, telur, sayur-sayuran berdaun hijau, kacang-kacangan dan ragi kering.
  • Vitamin B12: Makanan yang mengandungi vitamin ini adalah hati, ginjal, daging, susu segar, telur dan ikan.

Di samping itu, ibu-ibu menyusu harus minum kira-kira 8-10 gelas air setiap hari. Semasa cuaca panas, mereka digalakkan untuk mengambil lebih air kosong yang akan membantu dalam rembesan susu yang lebih baik.

Benarkah Longan & Kurma Merah Boleh Tambah Susu Badan?

makanan untuk tambah susu badan, makanan banyakkan susu badan, makanan untuk tambahkan susu badan, makanan untuk banyakkan susu badan, makanan tambah susu, tambah susu badan

Mengikut tradisi masyarakat cina, buah longan akan dicampurkan dengan kurma merah untuk dijadikan sebagai teh dan diberi minum kepada ibu selepas bersalin sepanjang tempoh berpantang. Mereka percaya bahawa amalan ini dapat mempercepatkan proses pemulihan bagi ibu selepas bersalin serta salah satu makanan untuk tambah susu badan ibu. 

Kedua-dua buah-buahan ini mempunyai banyak khasiat bukan sahaja untuk kesihatan tubuh tetapi turut memperbanyak serta melancarkan penghasilan susu ibu.

Anda boleh amalkan minum teh campuran longan dan kurma merah ini setiap hari bagi meningkatkan susu badan anda. Kandungan potassium yang tinggi dalam longan serta zat besi, kalsium dan nutrien tryptophan di dalam buah kurma pula menggalakkan lagi susu badan ibu.

Selain itu, gabungan kedua-dua bahan ini juga mampu memberikan manfaat yang besar kepada kesihatan seperti meningkatkan sistem imun dan menghasilkan darah serta mengelakkan kemurungan selepas bersalin. Ianya juga berupaya memberi kehangatan kepada tubuh dan meningkatkan kesuburan.

Jika anda mengalami susu kering atau kekurangan susu, cuba amalkan kedua-dua jenis makanan tambah susu badan ini!

Punca Susu Badan Kurang

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan susu badan menjadi kurang. Antaranya adalah:

#1. Masalah Kesihatan

Kesihatan anda yang merosot seperti jangkitan atau anemia juga akan menjejaskan kuantiti susu disebabkan kekurangan tenaga ditambah lagi dengan kesakitan yang dialami membuatkan anda tertekan dan sekaligus menjejaskan pengeluaran susu badan.

#2. Rehat Yang Tidak Mencukupi

Selain itu, kepenatan selepas bersalin dan rehat yang kurang atau tidak cukup juga boleh menyebabkan penghasilan susu badan anda terjejas.

#3. Tekanan

Tekanan mental dan fizikal disebabkan oleh kebimbangan, kesakitan, masalah perhubungan, ketidakselesaan dan lain-lain lagi turut membuatkan susu badan berkurang.

#4. Pemakanan

Pengambilan makanan yang kurang bernutrisi juga antara salah satu faktor penyebab anda mengalami kekurangan susu badan.

#5. Dehidrat

Badan mengalami dehidrasi kerana kekurangan air menyebabkan penurunan yang ketara penghasilan susu badan.

#6. Makan Herba Atau Rempah Secara Berlebihan

Antara faktor lain seperti makan herba dengan kuantiti yang banyak juga berupaya menjejaskan kuantiti susu badan anda.

#7. Kafein

Contoh minuman yang tinggi kafein adalah seperti kopi, teh dan coklat yang diambil dengan banyak berpotensi untuk mengeringkan badan serta mengurangkan pengeluaran susu ibu.

#8. Menghisap Rokok

Tabiat menghisap rokok akan mengganggu pembebasan oksitosin di dalam tubuh. Oksitosin merupakan sejenis hormon yang merangsang pengeluaran susu ibu dari payudara dan sekiranya terganggu, susu ibu tidak dapat dikeluarkan.

#9. Minuman Beralkohol

Minuman beralkohol bukan sahaja dapat membuatkan susu anda berkurang tetapi ia juga berupaya menjejaskan keupayaan anda untuk menyusukan bayi anda.

#10. Ubat-ubatan

Terdapat beberapa jenis ubatan yang mampu mengganggu keupayaan pengeluaran susu badan. 

#11. Pil Perancang

Hormon Estrogen yang terdapat di dalam pil perancang juga berupaya menurunkan pengeluaran susu ibu.

Jika anda sedang mengalami masalah susu yang kurang, cuba perhatikan semua faktor yang kami terangkan di atas dan jika sudah mengetahui puncanya segeralah atasi masalah tersebut untuk memastikan penghasilan susu anda kembali lancar dan banyak.

Pastikan juga anda mengambil makanan banyakkan susu badan dengan kuantiti yang mencukupi dan sentiasa minum banyak air untuk kekal terhidrat.

Selain itu juga, anda boleh mengambil milk booster yang dapat membantu mengingkatkan susu badan ibu. Tak pasti milk booster mana yang bagus untuk anda? Ayuh semak artikel ini!

Cara Simpan Susu Ibu

21 Jenis Makanan Untuk Tambah Susu Badan Ibu, Barangan Mudah Dapat & Berkesan!

Berikut adalah 7 tips penting tentang cara simpan susu ibu dengan betul:

  • Gunakan bekas steril: Pastikan anda menggunakan botol atau beg yang bersih dan steril untuk menyimpan susu ibu. Anda boleh mensterilkannya dengan merebusnya dalam air atau menggunakan bottle sterilizer.
  • Labelkan bekas dengan tarikh: Tulis tarikh pada bekas supaya anda boleh tahu berapa lama susu telah disimpan.
  • Simpan susu dalam kuantiti yang sedikit: Lebih baik untuk menyimpan susu dalam jumlah yang lebih kecil untuk mengelakkan pembaziran. Selain itu, lebih mudah untuk mencairkan dan memanaskan bahagian yang lebih kecil.
  • Simpan susu di bahagian belakang peti sejuk atau freezer: Letakkan bekas susu di bahagian belakang peti sejuk atau freezer di tempat suhunya lebih sejuk dan lebih konsisten.
  • Jangan bancuh susu daripada sesi pam yang berbeza: Sentiasa simpan susu dari sesi pam yang sama dalam bekas yang sama. Jangan campurkan susu segar dan yang sebelumnya telah disejukkan atau beku.
  • Gunakan susu yang lama terlebih dahulu: Apabila anda sudah bersedia untuk menggunakan susu, gunakan susu yang sudah dipam lebih lama untuk memastikan tiada susu yang terbuang dan elak pembaziran.
  • Cairkan susu perlahan-lahan: Apabila mencairkan susu beku, lakukan perlahan-lahan di dalam peti sejuk atau dengan meletakkan bekas di dalam mangkuk berisi air suam. Jangan gunakan gelombang mikro, kerana ia boleh memusnahkan vitamin dan nutrisi semula jadi susu.

Semoga bermanfaat dan selamat menyusu ya!

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Tulya dan mendapat keizinan theAsianparent Thailand untuk diterjemah.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!