Selain nenas, 12 makanan ini juga punca KEGUGURAN yang anda tak pernah tahu!

Sedih rasanya bila keguguran semuanya gara-gara tersalah makan makanan-makanan ini...

Perjalanan menjadi seorang ibu bermula saat anda hamil. Part paling kena jaga adalah makanan yang sihat kerana terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan keguguran. 

Biasanya kita hanya tahu nenas saja punca keguguran, kan? Tapi kalau nak tahu, makanan yang boleh menyebabkan keguguran ada banyak dan mungkin ada yang anda tak pernah tahu!

Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik anda elakkan dari terus menikmati makanan ini. 

Walauapapun, sepanjang mengandung, ibu perlu amalkan makanan yang sihat, ambil kalsium yang mencukupi dan gaya hidup yang lebih sihat. Semuanya demi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. 

12 makanan yang boleh menyebabkan keguguran di awal trimester pertama 

makanan yang boleh menyebabkan keguguran, keguguran, tanda keguguran, tanda keguguran awal, makanan penyebab gugur, makanan bahaya dan penyebab gugur, makanan yang tak sihat, makanan bahaya diambil ketika hamil, gugur selepas makanan makanan ini

Kredit: fahmy herbal.com

1. Nenas 

Nenas ini memang buah kegemaran ramai dan ia juga makanan yang boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana, nenas adalah buah yang tajam dan boleh terjadinya kontraksi awal ketika wanita hamil di trimester pertama.

Ada yang bertanya buah nenas saja ke? Ya betul, semua jenis makanan yang berasaskan nenas TAK BOLEH. Sama ada jus nenas, kuah pajeri nenas dan jem nenas. Semuanya perlu elak. 

2. Ketam 

Walaupun ketam kaya dengan kalsium, tapi ia juga tinggi kolesterol. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pengecutan rahim dan membawa kepada pendarahan lantas penyebab keguguran. 

3. Hati ayam/ lembu 

makanan yang boleh menyebabkan keguguran, keguguran, tanda keguguran, tanda keguguran awal, makanan penyebab gugur, makanan bahaya dan penyebab gugur, makanan yang tak sihat, makanan bahaya diambil ketika hamil, gugur selepas makanan makanan ini

Kredit: abang brian

Makanan yang boleh menyebabkan keguguran seterusnya ialah hati ayam atau lembu. Walaupun ia mengandungi vitamin A, tapi ia boleh menyebabkan keguguran dan tak bagus untuk diamalkan di awal kehamilan. 

4. Daun lidah buaya @ Aloe Vera 

Betul ke aloe vera salah satu makanan yang boleh menyebabkan keguguran? Ya betul.

Walaupun ia kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan, tapi kajian menunjukkan wanita hamil tak boleh makan aloe vera kerana daun ini terdiri daripada anthraquinones, sejenis julap yang boleh menyebabkan kontraksi rahim dan pendarahan. Seterusnya ibu hamil boleh keguguran. 

5. Betik 

Bukan betik masak yang dimaksudkan,  tapi betik muda atau betik yang belum masak. Warnanya pun masih hijau.

Itu tak boleh dan tak bagus untuk ibu hamil kerana ia boleh mencetuskan kontraksi awal yang cenderung untuk keguguran. 

6. Susu yang belum diproses

makanan yang boleh menyebabkan keguguran, keguguran, tanda keguguran, tanda keguguran awal, makanan penyebab gugur, makanan bahaya dan penyebab gugur, makanan yang tak sihat, makanan bahaya diambil ketika hamil, gugur selepas makanan makanan ini

Kredit: tribunnews.com

Makanan yang boleh menyebabkan keguguran juga datang daripada susu mentah atau produk tenusu mentah. Hal ini kerana, dalam makanan tersebut terdapatnya bakteria yang boleh merosakkan kehamilan anda. Jadi elakkan ya! 

7. Kafein 

Menurut kajian, kafein termasuk dalam kategori makanan yang boleh menyebabkan keguguran atau bayi lahir kurang berat badan. Jadi sebaiknya, ibu perlu elak dari minum minuman yang berasakan kafein seperti kopi, teh, nescafe, coklat dan minuman tambah tenaga yang lain. 

8. Herba, buah pic dan epal masam 

Herba, ulam-ulaman, buah pic dan epal masam juga merupakan kategori makanan yang boleh menyebabkan keguguran.

Pertamanya kerana, herba boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut ketika dalam kandungan. Selain ia juga menyebabkan kerosakan hati, penyakit kuning atau jaundice dan masalah otak bayi. 

Begitu juga dengan buah pic. Ia boleh menyebabkan keguguran dan pendarahan awal. Sama juga dengan epal masam, ia tak bagus untuk ibu mengandung amalkan sepanjang kehamilan kerana boleh jadi penyebab bayi lahir pramatang dan tak sihat. 

9. Makanan yang diproses 

makanan yang boleh menyebabkan keguguran, keguguran, tanda keguguran, tanda keguguran awal, makanan penyebab gugur, makanan bahaya dan penyebab gugur, makanan yang tak sihat, makanan bahaya diambil ketika hamil, gugur selepas makanan makanan ini

Makanan yang diproses ialah seperti sosej, daging burger, daging cincang, nugget dan lain-lain. Semasa kehamilan, makanan proses ini dianggap tak selamat dan tak bagus untuk bayi dalam kandungan.

Selain itu, ibu hamil juga harus elak makan makanan yang kurang masak atau mentah kerana bakteria yang terdapat dalam daging tersebut boleh menyebabkan masalah teruk seperti keguguran, kematian bayi semasa lahir atau pramatang.

Jadi, adalah penting untuk ibu memastikan ayam dan daging dimasak dengan betul. Walhal, telur pun harus dimasak sempurna. 

10. Sayur yang tak dibasuh  

Makanan yang boleh menyebabkan keguguran juga boleh didapati pada sayur yang tak dibasuh. Betul, ada sesetengah orang beranggapan makan sayur mentah tanpa dibasuh itu baik.

Tapi untuk wanita hamil, ia dianggap tak betul dan boleh menyebabkan masalah lain muncul. Bahkan bayi boleh terkena macam-macam jangkitan dan penyakit!

Sebaiknya, ibu basuh dan cuci bersih sayur dengan garam dan ulangkan mencuci sayur sekurang-kurangnya 3 kali. Biar sampai yakin bersih. 

11. Makanan laut 

Kategori makanan laut ini ada banyak seperti udang, sotong, ketam, sushi, oyster, dan tiram. Jika ia dimakan mentah, ia boleh menyebabkan risiko bayi tak sihat, keguguran dan pramatang. Sebaiknya ia dimasak sempurna.

Sushi merupakan contoh makanan laut yang tak dimasak dan di makan mentah. Jadi ibu perlu elak. 

12. Makanan pedas

Makanan pedas juga perlu dielakkan kerana ia juga antara makanan yang boleh menyebabkan keguguran, kelahiran bayi pramatang dan kontraksi awal lantas berlakunya pendarahan.

Sebaiknya ibu, jangan ambil makanan pedas-pedas ini jika inginkan bayi lahir sihat. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: parenting

Baca juga

Ibu hamil jangan ambil 7 makanan ini, ia MEMUDARATKAN bayi anda…