Perjalanan menjadi seorang ibu bermula saat anda mendapati diri sedang hamil. Part paling kena jaga adalah pemakanan kerana terdapat beberapa pantang larang makanan awal kehamilan yang dipercayai boleh menjadi punca keguguran.
Biasanya kita sering dengar bahawa nenas boleh jadi punca keguguran, kan? Tapi kalau nak tahu, makanan yang boleh menyebabkan keguguran ada banyak dan mungkin ada yang anda tak pernah tahu! Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik anda elakkan dari terus menikmati makanan ini.
Isi Kandungan
Pantang Larang Makanan Awal Kehamilan
Setiap orang pastinya memiliki kepercayaan dan tradisi berbeza mengenai pantang larang makanan awal kehamilan atau sepanjang kehamilan.
Sebaik sahaja mengetahui diri sedang hamil, ibu-ibu dinasihatkan untuk lebih menjaga diri dan pemakanan kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan janin dalam kandungan.
Berikut pantang larang makanan awal kehamilan yang perlu ibu waspada bagi mengekalkan kehamilan yang sihat:
1. Nanas
Makan buah nanas ketika hamil sering dikaitkan dengan risiko keguguran. Nanas diketahui mengandungi bromelain, enzim yang memecahkan protein. Salah satu kesan sampingannya ialah bromelain boleh melembutkan serviks, yang boleh menyebabkan kelahiran awal.
Kajian juga menunjukkan bahawa tablet bromelain sangat kuat dalam memecahkan protein sehingga boleh menyebabkan pendarahan yang tidak teratur!
Walau bagaimanapun kesan ini akan berlaku apabila anda mengambil buah nanas ketika hamil dalam jumlah yang banyak. Tidak mengapa jika makan nanas untuk beberap keping sahaja.
2. Ketam
Walaupun ketam kaya dengan kalsium, tapi ia juga tinggi kolesterol dan menjadi pantang larang makanan awal kehamilan.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pengecutan rahim dan membawa kepada pendarahan lantas penyebab keguguran.
3. Hati ayam/ lembu
Makanan dilarang ketika hamil yang boleh menyebabkan keguguran seterusnya ialah hati ayam atau lembu. Walaupun ia mengandungi vitamin A, tapi ia boleh menyebabkan keguguran dan tak bagus untuk diamalkan di awal kehamilan.
4. Daun lidah buaya @ Aloe Vera
Macam tak percaya bukan? Walaupun ia kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan, tapi kajian menunjukkan wanita hamil tak boleh makan aloe vera kerana daun ini terdiri daripada anthraquinones, sejenis julap yang boleh menyebabkan kontraksi rahim dan pendarahan. Seterusnya ibu hamil boleh keguguran.
5. Betik
Bukan betik masak yang dimaksudkan, tapi betik muda atau betik yang belum masak menjadi pantang larang makanan awal kehamilan.
Warnanya pun masih hijau. Itu adalah dilarang untuk ibu hamil makan kerana ia boleh mencetuskan kontraksi awal yang cenderung untuk berlakunya keguguran.
6. Susu yang belum diproses
Makanan yang boleh menyebabkan keguguran juga datang daripada susu mentah atau produk tenusu mentah. Hal ini kerana, dalam makanan tersebut terdapatnya bakteria yang boleh menjejaskan kehamilan anda. Jadi elakkan ya!
7. Kafein
Menurut kajian, kafein termasuk dalam kategori makanan yang boleh menyebabkan keguguran atau bayi lahir kurang berat badan.
Jadi sebaiknya, ibu perlu elak dari minum minuman yang berasakan kafein seperti kopi, teh, nescafe, coklat dan minuman tambah tenaga yang lain.
8. Herba, buah pic dan epal masam
Herba, ulam-ulaman, buah pic dan epal masam juga berada dalam kategori pantang larang makanan awal kehamilan.
Pertamanya kerana, herba boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut ketika dalam kandungan. Selain ia juga menyebabkan kerosakan hati, penyakit kuning atau jaundice dan masalah otak bayi.
Begitu juga dengan buah pic. Ia boleh menyebabkan punca keguguran dan pendarahan awal. Sama juga dengan epal masam, ia tak bagus untuk ibu mengandung amalkan sepanjang kehamilan kerana boleh jadi penyebab bayi lahir pramatang dan tak sihat.
9. Makanan yang diproses
Makanan yang diproses ialah seperti sosej, daging burger, daging cincang, nugget dan lain-lain. Semasa kehamilan, makanan proses ini dianggap tidak selamat dan tak bagus untuk bayi dalam kandungan.
10. Sayur yang tak dibasuh
Makanan yang dilarang untuk ibu hamil seterusnya adalah sayur tidak dibasuh. Betul, ada sesetengah orang beranggapan makan sayur mentah tanpa dibasuh tidak mendatangkan bahaya.
Tapi untuk wanita hamil, ia dianggap tak betul dan boleh menyebabkan masalah lain muncul. Bahkan bayi boleh terkena macam-macam jangkitan dan penyakit!
Sebaiknya, ibu basuh dan cuci sayur dengan garam dan ulangkan mencuci sayur sekurang-kurangnya 3 kali. Biar sampai yakin bersih.
11. Makanan laut mentah atau kurang masak
Makanan yang dilarang untuk ibu hamil yang lain adalah makanan laut mentah seperti sushi, sashimi, kerang mentah dan tiram mentah berisiko tinggi dicemari bakteria atau parasit.
Jangkitan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan pada wanita hamil dan perkembangan janin.
12. Makanan pedas
Makanan pedas juga perlu dielakkan kerana ia juga antara makanan yang boleh menyebabkan keguguran, kelahiran bayi pramatang dan kontraksi awal lantas berlakunya pendarahan.
Sebaiknya ibu, jangan ambil makanan pedas-pedas ini jika inginkan bayi lahir sihat.
13. Ginseng
Ginseng mempunyai sifat perangsang dan boleh menjejaskan hormon dalam badan, yang sekaligus menjadi makanan yang dilarang untuk ibu hamil.
Ini boleh mempunyai kesan yang tidak diingini semasa kehamilan, di mana perubahan hormon semula jadi berlaku.
Pengambilan ginseng ketika hamil boleh menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan tidur, tekanan darah tinggi, peningkatan kadar denyutan jantung dan gangguan pencernaan. Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan menjejaskan kesejahteraan ibu mengandung.
14. Daging mentah atau kurang masak
Makanan yang dilarang untuk ibu hamil seterusnya daging mentah atau kurang masak.
Daging mentah atau kurang masak seperti daging lembu, ayam, dan daging babi boleh mengandungi bakteria seperti Salmonella, E. coli, atau parasit seperti Toxoplasma. Jangkitan ini boleh menyebabkan keracunan makanan atau jangkitan yang membahayakan ibu dan janin yang sedang berkembang.
15. Ikan tinggi merkuri
Makanan yang perlu dielakkan ketika hamil seterusnya adalah ikan tinggi merkuri.
Sesetengah ikan mempunyai paras merkuri yang tinggi dan boleh membahayakan sistem saraf janin yang sedang berkembang. Elakkan ikan seperti jerung, marlin, makarel dan tuna sirip biru. Pilih ikan yang rendah merkuri, seperti salmon, sardin dan trout, dan makan secara sederhana.
16. Keju mentah dan susu tidak dipasteur
Keju mentah seperti biru, feta, brie dan camembert, serta susu yang tidak dipasteur, boleh mengandungi bakteria Listeria yang berbahaya. Jangkitan Listeria boleh menyebabkan listeriosis yang serius pada wanita hamil dan boleh membahayakan janin.
17. Telur mentah atau kurang masak
Makanan yang perlu dielakkan ketika hamil yang lain adalah telur mentah atau kurang masak.
Telur mentah atau kurang masak mempunyai risiko tinggi untuk dicemari bakteria Salmonella. Elakkan makanan seperti telur kurang masak atau telur hancur yang belum masak sepenuhnya.
18. Daging yang diproses
Daging yang diproses seperti daging deli, sosej dan bacon boleh mengandungi pengawet yang tinggi dan tinggi garam. Terlalu banyak pengambilan daging yang diproses dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit tertentu.
19. Minuman soda dan berkarbonat
Minuman berkarbonat selalunya mengandungi jumlah gula tambahan yang tinggi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan, masalah gula dalam darah, dan risiko penyakit seperti diabetes semasa mengandung.
Adalah disyorkan untuk mengehadkan penggunaan gula tambahan semasa kehamilan dan memilih minuman yang rendah gula atau tanpa gula tambahan.
20. Madu mentah
Makanan yang perlu dielakkan ketika hamil seterusnya adalah madu mentah.
Madu mentah mungkin mengandungi spora bakteria yang boleh menyebabkan botulisme. Adalah dinasihatkan untuk mengambil madu pasteur sebaliknya.
Buah Yang Tidak Boleh Dimakan Ibu Hamil Trimester 1
Semasa awal kehamilan, terdapat beberapa buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1 kerana ia dikatakan boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Berikut beberapa buah yang dilarang ibu hamil atau perlu dimakan dengan berhati-hati semasa trimester pertama kehamilan:
- Betik Muda: Betik muda mengandungi enzim papain yang boleh merangsang pengecutan rahim dan mencetuskan keguguran pada sesetengah wanita. Elakkan pengambilan betik mentah yang berlebihan semasa trimester pertama kehamilan.
- Nanas: Buah yang dilarang untuk ibu hamil ini adalah kerana ia mengandungi bromelain, enzim yang boleh menjejaskan pembebasan hormon yang menyokong pengecutan rahim. Walaupun secara sederhana, nanas secara amnya dianggap selamat untuk dimakan semasa kehamilan, anda masih perlu mengambilnya dengan berhati-hati.
- Delima: Delima juga salah satu buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1 kerana mengandungi bahan yang dipanggil fitokimia, seperti tanin, yang dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan pengecutan rahim. Mengambil buah delima secara sederhana mungkin masih selamat, tetapi dapatkan nasihat doktor anda sebelum berbuat demikian.
- Buah Tin: Buah tin mengandungi serat yang tinggi dan boleh menyebabkan kesan julap yang kuat pada sesetengah individu. Pengambilan buah tin secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit atau gangguan pencernaan lain.
Walaupun beberapa buah di atas perlu dielakkan atau diambil dengan berhati-hati semasa trimester pertama kehamilan, banyak jenis buah lain selamat dan bermanfaat untuk kesihatan ibu hamil.
Buah untuk ibu mengandung seperti epal, pisang, oren, strawberi dan anggur biasanya selamat untuk dimakan sepanjang kehamilan.
Makanan Yang Baik Untuk Ibu Hamil
Semasa trimester pertama kehamilan, makanan ibu mengandung yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting untuk menyokong kesihatan anda dan perkembangan janin.
Berikut adalah beberapa makanan yang baik untuk ibu hamil trimester 1:
- Sayuran hijau: Sayuran hijau salah satu makanan yang perlu diambil di awal kehamilan. Antaranya adalah seperti bayam, kangkung, brokoli dan kubis mengandungi serat, asid folik, zat besi dan vitamin C. Sayuran hijau membantu memenuhi keperluan nutrisi dan meningkatkan imuniti.
- Buah-buahan segar: Buah-buahan seperti epal, pisang, oren, strawberi dan mangga mengandungi serat, vitamin, mineral dan antioksidan yang penting untuk kesihatan dan perkembangan janin.
- Protein berkualiti tinggi: Makanan yang perlu diambil di awal kehamilan seterusnya adalah protein. Pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sel janin. Sumber protein berkualiti tinggi termasuk daging tanpa lemak, ikan, ayam, telur, kacang dan produk tenusu rendah lemak.
- Karbohidrat sihat: Pilih karbohidrat kompleks yang lebih tinggi serat seperti roti bijirin penuh, beras perang, pasta gandum dan ubi keledek. Karbohidrat yang sihat membekalkan tenaga dan serat yang stabil untuk pencernaan yang sihat.
- Produk tenusu rendah lemak: Susu rendah lemak, yogurt dan keju adalah sumber kalsium yang penting untuk perkembangan tulang dan gigi janin. Pastikan anda memilih produk pasteur.
- Bijirin penuh: Bijirin penuh seperti quinoa, beras perang, oat penuh dan oatmeal mengandungi serat, zat besi dan vitamin B kompleks yang penting untuk janin yang sedang membesar.
- Asid folik: Asid folik sangat penting semasa trimester pertama kehamilan untuk mengelakkan kecacatan tiub saraf pada janin. Sumber asid folik termasuk sayur-sayuran hijau, oren, kacang, dan bijirin yang diperkaya dengan asid folik
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bahaya Minum Teh Susu Ketika Hamil, Ia Punca Keguguran & Risiko Bayi Lahir Cacat!
Baca juga: Ibu, JANGAN SESEKALI BERI 10 Jenis Makanan Bahaya Ini Pada Bayi Anda Ya!
Baca juga: 3 Buah Yang Berbahaya Pada Ibu Hamil, JANGAN Makan Selalu, Lebih-Lebih Ketika Trimester Pertama!