19 Makanan Kaya Zat Besi Untuk Anak Selain Daging Parents Perlu Tahu, Elak Anemia

Pastikan anda beri makanan zat besi untuk anak supaya mereka tidak kekurangan nutrisi. Selain daging ada 19 makanan lain yang kaya zat besi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zat besi adalah antara mikronutrien penting untuk tubuh badan yang diperlukan anak anda. Pastikan anda beri makanan zat besi untuk anak supaya mereka tidak kekurangan nutrisi.

Jika anak anda masih bayi, mereka juga memerlukan zat besi untuk tumbesaran badan yang optimum. Jadi amat penting untuk ibu ayah mengetahui jumlah zat besi yang diperlukan anak sesuai dengan usia mereka.

Kekurangan zat besi dalam diet boleh menyebabkan anemia iaitu keadaan yang boleh menjejaskan perkembangan anak anda. Penyerapan zat besi dari sumber makanan lain dapat dibantu dengan sedikit daging dan ikan dalam diet anak.

Makanan Zat Besi Untuk Anak Selain Daging

Selain daging, banyak lagi sumber makanan yang kaya zat besi dan sesuai untuk anak. 

  1. Bayam
  2. Brokoli
  3. Kentang
  4. Ubi bit merah
  5. Cendawan
  6. Buah zaitun
  7. Strawberi
  8. Buah delima
  9. Mulberi
  10. Tembikai
  11. Dada ayam
  12. Hati
  13. Telur
  14. Kerang
  15. Tiram
  16. Udang 
  17. Ikan
  18. Kurma
  19. Sayur kailan

Makanan Zat Besi Untuk Anak – Galak Oksigen ke Paru-Paru

Zat besi menggalakkan pergerakan oksigen dari paru-paru ke seluruh badan dan membantu otot dalam menyimpan dan menggunakan oksigen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa Jadi Bila Kurang Zat Besi?

Zat besi yang terlalu sedikit boleh membahayakan kemampuan anak. Kebanyakan tanda dan simptom kekurangan zat besi pada kanak-kanak sering kali tidak kelihatan sehingga berlakunya anemia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda-tanda biasa anemia mungkin termasuk:

  • Kulit pucat
  • Keletihan
  • Pertumbuhan dan perkembangan yang perlahan
  • Kurang selera makan
  • Pernafasan tidak normal
  • Masalah tingkah laku

Jumlah Pengambilan Zat Besi Mengikut Umur

Pengambilan zat besi yang dicadangkan untuk kanak-kanak adalah seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 7 – 12 bulan: 11 mg sehari
  • 1 – 3 tahun: 7 mg sehari
  • 4 – 8 tahun: 10 mg sehari
  • 9 – 13 tahun: 8 mg sehari
  • 14 – 18 tahun (Perempuan): 15 mg sehari
  • 14 – 18 tahun (Lelaki): 11 mg sehari

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suplemen Zat Besi Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dengan Masalah Anemia

Baca juga: 20 Jenis Makanan Yang Mengandung Zat Besi, Ibu Hamil Kena Selalu Ambil Setiap Hari

Baca juga: Apa Kegunaan Zinclofer? Berikut Fungsi, Kandungan dan Ubat

Penulis

Lala Annuar