TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Dapat Job Make Up Bayi Untuk Majlis Aqiqah, MUA Kongsi Hasilnya ''Kening On Point, Lebih Berseri!''

28 Nov, 2024
Dapat Job Make Up Bayi Untuk Majlis Aqiqah, MUA Kongsi Hasilnya ''Kening On Point, Lebih Berseri!''

Make up bayi mungkin dianggap tidak sesuai, namun seorang ibu sanggup membayar MUA untuk mencantikkan anaknya di majlis aqiqah

Bagi yang berkemampuan, persiapan untuk majlis aqiqah pada masa kini dilihat lebih meriah dengan adanya pelamin bayi, baju sedondon keluarga, tempahan katering serta jurugambar profesional. Namun berbeza dengan seorang ibu ini yang mendandan bayinya hingga menjadi tular.

Dalam video di TikTok, jurusolek telah berkongsi pengalaman melakukan solekan pada wajah bayi baru lahir yang sedang tidur untuk majlis aqiqah.

Isi Kandungan

  • MUA Make Up Bayi 
  • Kasihan Bayi, Kulit Masih Sensitif
  • Kesan Make Up Pada Bayi

MUA Make Up Bayi 

Lebih menarik, dia turut meluahkan rasa puas hati melihat hasil kerja tangannya, sambil berkongsikan beberapa gambar bayi yang nampak comel berada di dalam buaian, lengkap berpakaian indah dan mengenakan solekan yang agak berlebihan.

Difahamkan proses solekan itu kelihatan lebih mudah kerana si kecil hanya tidur nyenyak di pangkuannya beralaskan bantal.

Selain itu dia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk memastikan bayi tidak meragam sehingga solekan selesai. Dia berasa bangga dan gembira apabila dapat berkongsi hasil akhir yang sangat memuaskan hati.

Kasihan Bayi, Kulit Masih Sensitif

Tidak dinafikan, hasil solekan tersebut memang menambah kecomelan wajah si bayi. Namun begitu, ramai netizen meluahkan rasa kurang senang melihat situasi tersebut, lebih-lebih lagi apabila memikirkan kulit bayi yang sangat sensitif.

Jika orang dewasa pun boleh mengalami masalah kulit akibat penggunaan produk kosmetik, apatah lagi bayi sekecil itu, kan?

make up bayi, make up baby, majlis aqiqah, majlis akikah

Kesan Make Up Pada Bayi

Bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif dan sistem tubuh yang belum matang sepenuhnya. Penggunaan solekan pada bayi, walaupun hanya untuk acara istimewa seperti majlis aqiqah, boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan mereka.

Berikut adalah beberapa kesan make up pada bayi:

1. Risiko Alergi dan Iritasi Kulit

Kulit bayi sangat nipis dan mudah menyerap bahan kimia. Solekan yang mengandungi pewangi, pewarna tiruan, atau bahan kimia lain boleh menyebabkan:

  • Ruam kulit.
  • Kemerahan dan kegatalan.
  • Kulit kering atau mengelupas.

2. Masalah Pernafasan

Sebahagian produk solekan, seperti bedak atau foundation, menghasilkan partikel halus yang boleh terhidu oleh bayi. Ini boleh mengakibatkan:

  • Masalah pernafasan jangka pendek.
  • Risiko masalah paru-paru jika pendedahan berlaku secara berterusan.

3. Pendedahan kepada Bahan Toksik

Sesetengah produk kosmetik mungkin mengandungi bahan toksik seperti paraben, plumbum, atau phthalates. Pendedahan kepada bahan-bahan ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan bayi, termasuk:

  • Gangguan hormon.
  • Risiko masalah perkembangan otak dan tubuh.

Alternatif untuk Mencantikkan Bayi di Majlis Aqiqah

Daripada menggunakan solekan, berikut adalah beberapa cara selamat untuk mencantikkan bayi:

  1. Pakaian yang comel dan selesa: Pilih pakaian yang cantik tetapi mesra kulit bayi.
  2. Aksesori lembut: Gunakan headband atau topi yang tidak menyakitkan kulit bayi.
  3. Pastikan bayi bersih: Mandikan bayi sebelum majlis untuk memastikan mereka segar dan wangi.

Walaupun tujuan menyolek bayi adalah untuk menjadikan bayi kelihatan lebih comel, kesan buruk kepada kesihatan mereka perlu diambil serius.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, memilih kaedah yang lebih selamat untuk mencantikkan bayi adalah langkah terbaik demi menjaga kesihatan mereka. Kulit dan tubuh bayi sangat berharga, jadi pastikan apa sahaja yang digunakan sesuai dengan keperluan mereka.

Kisah Dunia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Memanglah Comel Tapi Ada Bahayanya Mekap Pada Kanak-Kanak, Ibu-Ibu Please Take Note

Baca juga: 8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

Baca juga:  Celoteh Comel Kanak-Kanak Tentang Fesyen dan Alat Solek

Stories Rakan Kongsi
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Dapat Job Make Up Bayi Untuk Majlis Aqiqah, MUA Kongsi Hasilnya ''Kening On Point, Lebih Berseri!''
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham