Masalah Kesuburan Lelaki Malaysia Membimbangkan, Kadar Kelahiran Catat Penurunan

Maksud kesuburan adalah keupayaan membiak secara semula jadi. Menurut data LPPKN, sebanyak 60 peratus lelaki berdepan masalah sperma abnormal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksud kesuburan ialah keupayaan untuk mempunyai bayi atau membiak. Apabila kadar kesuburan dalam komuniti meningkat, lebih ramai bayi dilahirkan.

Kesuburan ialah kualiti keupayaan manusia untuk menghasilkan zuriat, yang bergantung kepada umur, kesihatan, dan faktor lain.

Maksud kesuburan bagi suami isteri

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap hubungan suami isteri. Maksud kesuburan hendaklah kedua-dua pihak dalam keadaan yang baik dan sihat. Barulah anda dan suami dapat merancang keluarga dengan mudah.

Biasanya jika perlu menunggu lama, kaum isterilah yang sering dipersalahkan.

Namun hakikatnya pada hari ini, masalah kesuburan juga boleh berpunca dari kaum suami. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu masalah kesuburan lelaki berada pada tahap yang membimbangkan.

Hal ini kerana berdasarkan data ujian analisis sperma lelaki makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN), mendapati sebanyak 60 peratus ujian kesuburan lelaki menunjukkan keputusan abnormal.

“Perkara berkenaan secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin di Malaysia.”

Trend kadar kelahiran menurun

“Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aiman Athirah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tentang tindakan kementerian dalam menghadapi penurunan kadar kelahiran di negara ini, pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini pada Rabu.

Kerajaan mewujudkan klinik kesuburan

Katanya, sebagai langkah produktif kerajaan telah mewujudkan Klinik Kesejahteraan Lelaki yang mula beroperasi Oktober tahun lepas di Klinik Subfertiliti LPPKN di ibu negara dan akan diperluas ke enam lagi Klinik LPPKN di seluruh Semenanjung dan Sarawak tahun ini.

“Klinik ini menawarkan perkhidmatan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan hidup sihat serta rawatan ubatan untuk meningkatkan kesuburan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dalam usaha bantu pasangan berkahwin tangani masalah kesuburan, LPPKN ada menawarkan rawatan kesuburan sejak 1979 di Zon Utara iaitu Klinik Subfertiliti Pulau Pinang, Zon Tengah di Klinik Subfertiliti di Kuala Lumpur dan untuk Zon Selatan (Klinik Subfertiliti) di Johor,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif rawatan di fasiliti LPPKN itu sehingga kini telah berjaya mencatat 6,000 kehamilan dan 4,000 kelahiran yang merupakan satu pencapaian setanding pusat rawatan kesuburan antarabangsa.

Katanya, antara faktor menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan rakyat ialah:

  • perubahan gaya hidup
  • kos sara hidup tinggi sehingga pasangan mengambil keputusan mengehadkan jumlah anak
  • peningkatan bilangan wanita berpendidikan
  • penyertaan wanita dalam tenaga buruh
  • lewat berkahwin sehingga memendekkan usia reproduktif.

Makanan untuk kesuburan lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Tiram

Tiram merupakan salah satu sumber zat besi yang terbaik untuk lelaki mengeluarkan sperma. Dalam sehari, ia boleh diambil sebanyak 15mg sekitar 50 gram tiram.

Jika tidak suka makan tiram, boleh juga amalkan makan udang, lobster atau kerang.

#2. Coklat hitam untuk antioksidan

Coklat hitam mengandungi asid amino yang telah dibuktikan meningkatkan jumlah sperma dalam air mani. Malah, ia juga tinggi antioksidan yang sama dengan buah delima dan acai berries.

Antioksidan ini senjata hebat kepada radikal bebas yang mengandungi molekul jahat dan dikaitkan dengan ketidaksuburan lelaki.

Tapi, jangan pula diambil selalu kerana ia juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon testosterone yang menjadi punca penurunan jumlah sperma.

Cukup sedakar ambil dalam kuantiti kecil dan sedikit dalam sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Bawang putih untuk motiliti sperma

Walaupun bau bawang putih terlalu kuat namun ia bukan penghalang untuk ambil sebagai rutin pemakanan seharian. Bahkan, dengan amalkan makan bawang putih ia boleh menambahkan kehebatan lelaki.

Bawang putih ini mengandungi dua unsur iaitu alicin yang meningkatkan aliran darah ke organ seksual dan melindungi sperma dari rosak.

Manakala, selenium pula sebagai antioksidan yang dapat meningkatkan motiliti sperma. Kuantiti yang boleh diambil sehari adalah dalam satu ke dua ulas.

#4. Pisang untuk libido

Pisang telah dijumpai untuk meningkatkan libido lelaki dan mengawal hormon seks yang dipanggil bromelain.

Selain itu, pisang juga kaya dengan Vitamin C, Vitamin A dan Vitamin B1 yang akan meningkatkan kemampuan lelaki bagi menghasilkan sperma.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Jenis Makanan Ini Berkesan Meningkatkan Kesuburan, Suami Isteri Sila Take Note!

Baca juga: Kesan Kafein Yang Berlebihan Boleh Jejaskan Kesuburan Wanita, Ini Info Penting Anda Wajib Tahu!

Baca juga: 5 Klinik Kesuburan Di Malaysia Untuk Suami/Isteri Yang Mahu Buat Ujian atau Rawatan Kesuburan Bersama Pasangan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan