5 Manfaat Bagi Bayi Mandi Susu Badan, Ibu Pasti Gembira Bila Tahu Kelebihannya

Mandi susu badan dikatakan mempunyai banyak manfaat. Benarkah? Kupasan lanjut dalam artikel ini!

Susu badan memiliki 3 ke 5 kandungan lemak, 0.9 protein, 7.2 karbohidrat, 0.2%  vitamin dan mineral. Oleh sebab ia berkhasiat, anda tahu tak kelebihan bayi mandi susu badan?

Kandungan lemak susu juga merupakan bahan utama dalam produk kosmetik seperti pelembab kulit yang sangat bagus untuk kulit dan rambut bayi. Disebabkan itu, mandi susu ibu sangat bermanfaat untuk kulit si kecil anda.

Mandi susu adalah mandian yang mengandungi susu ibu yang bercampur dengan air bersih. Ia sangat bagus untuk kulit bayi dalam membantu beberapa keadaan seperti ekzema, psoriasis, luka, jeragat, parut dan lain-lain.

Manfaat mandi susu badan pada bayi

Manfaat mandi susu badan #1. Sembuhkan jerawat halus di badan bayi

Susu payudara mengandungi asid lauric yang turut ada dalam minyak kelapa. Ia memiliki sifat antibakteria dan boleh melawan jerawat halus, mengurangkan bintik-bintik merah dan membantu perubahan warna pada kulit.

Sesetengah bayi mungkin mengalami jerawat kerana hormon pada ibu seterusnya menyebabkan masalah kulit.

Tapi, dengan memberi bayi mandi susu ia dapat membantu mengurangkan masalah ini. Disarankan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

#2. Melembabkan kulit kering dan mengurangkan gatal

Selain itu, susu payudara juga mengandungi asid palmitik yang merupakan asid lemak tepu yang bagus untuk pelembab kulit. Malah ia juga memiliki asid lemak omega yang dipanggil asid oleik yang terdapat dalam tisu manusia.

Asid oleik ini mampu melembapkan dan menyembuhkan kulit kering kerana pertambahan usia.

Sebab itu, mandi susu ibu ini dapat melindungi kulit, mencerahkan bintik merah, mengurangkan keradangan, mengurangkan rasa gatal dan sebagainya.

Bahkan, beberapa titis susu ibu boleh sembuhkan puting kering yang membuatkan anda tak selesa.

#3. Boleh sembuhkan gigitan nyamuk dan serangga

Susu badan mengandungi Immunoglobulin-A antibodi yang boleh melawan bakteria dan menyembuhkan jangkitan. Oleh demikian, ia dapat mengurangkan rasa sakit dek kerana gigitan nyamuk dan serangga.

#4. Boleh mengurangkan ruam lampin dan iritasi kulit

Kredit: Alo Dokter

Antibodi yang dimiliki susu ibu boleh memusnahkan bakteria yang menjadi punca pada ruam lampin. Jika bayi kerap mandi susu seperti dua kali seminggu maka ia boleh sembuhkan ruam lampin dan mengurangkan keradangan kulit.

#5. Boleh merawat psoriasis, ekzema dan kerak rambut

Meskipun tiada kajian saintifik yang membuktikannya tapi hasil dari eksperimen yang dijalankan oleh individu tertentu menunjukkan susu badan berkesan dalam mengurangkan gejala keadaan kulit dengan ekzema, psoriasis dan kerak rambut.

Apa yang boleh dilakukan adalah sapu perlahan-lahan mandian susu atas kepala bayi bagi bantu merawat keadaan ini sekaligus dapat menjadikan kulit lebih lembut.

Berapa banyak susu badan diperlukan untuk mandi susu?

Untuk mandi air susu ini supaya berkesan pada si kecil, ibu perlu menggunakan sekurang-kurangnya 180 ke 300 ml susu badan supaya bayi dapat manfaat yang mencukupi daripada penggunaannya.

Bolehkah guna susu badan yang telah tamat tempoh?

Memang ramai ibu yang mengepam susu badan yang berlebihan dan jadikan ia stok beku dalam freezer.

Namun, tak semua boleh digunakan jika telah melewati tarikh luput dan mengeluarkan bau tengik atau masam.  Walaubagaimanapun, sekiranya masih elok maka ia boleh digunakan untuk mandikan bayi. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Mommy Asia

Sumber: Parenting Firstcry

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsusu-ibu-sudah-tamat-tempoh-jangan-buang/