5 Petua Mandian Bayi Oleh 'Orang Lama' & Moden Untuk Turunkan Suhu Demam Bayi

Mandian bayi bagi menurunkan suhu demam batuk dan selesema yang populor serta berkesan diamalkan oleh orang lama dan moden

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasa kita dengar pelbagai petua yang diajar oleh 'orang lama' untuk menurunkan suhu sekiranya bayi atau anak kecil mengalami demam batuk dan selesema. Di sini kami senaraikan lima mandian bayi diajarkan secara turun-temurun dan masih popular serta diamalkan sehingga kini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini? 

  • Mandian bayi petua 'orang lama' dan moden untuk turunkan suhu demam

Petua-petua ini mudah dilakukan dan kesemua barangan yang digunakan juga senang didapati termasuk hanya terdapat di persekitaran sekeliling kita sekali gus tidak memerlukan kos belanja

Mandian bayi petua 'orang lama' dan moden untuk turunkan suhu demam

Seperti yang dikongsikan dalam artikel IbuDoaKan, terdapat lima petua yang masih popular serta diamalkan oleh ibu-ibu pada masa ini apabila bayi mengalami demam. Ini petua tersebut yang boleh ibu-ibu cuba. 

Bagaimanapun, sekiranya ibu-ibu ragu-ragu tidak mengapa. Boleh minta nasihat daripada pengamal perubatan yang merawat anak bayi anda terlebih dahulu. 

1- Lumur badan dengan air asam jawa

Kaedah ini adalah dengan meramas asam jawa dengan air suam kemudian, ia dilumurkan ke badan bayi atau anak kecil yang mengalami demam. Tidak diketahui sejauh mana keberkesanannya namun petua ini adalah antara yang popular dalam kalangan 'orang lama'

Boleh jadi antara sebab ia popular ialah orang-orang dahulu ketika itu sukar mendapatkan ubat-ubatan tambahan lagi, kedudukan rumah sangat jauh dari klinik.

2- Lemon

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Petua ini juga masih popular sehingga kini. Caranya mudah iaitu hiris nipis lemon dan perahkannya ke dalam air suam. Seterusnya, rendam anak dalam air suam bersama lemon.

Dikatakan vitamin C daripada buah tersebut dipercayai dapat menurunkan suhu badan anak. Selain itu, lemon itu juga dikatakan mampu mencairkan kahak dan melegakan hidung anak yang tersumbat.

3- Air daun inai

Penggunaan daun inai untuk menurunkan suhu badan yang demam ini popular di negeri-negeri utara. Caranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ambil daun inai bersekali dengan batangnya dan kemudian, bersihkan daripada semut atau sebarang kotoran.
  • Rebus daun inai di dalam periuk besar sehingga airnya berubah menjadi perang pekat.
  • Biarkan air sehingga suam dan gunakan air itu untuk mendikan anak tanpa dibilas dengan air lain.

4- Daun bunga raya

Petua satu Malaysia tahu iaitu menggunakan daun bunga raya. Tanaman ini juga mudah didapati di sekitar kawasan rumah. Bukan hanya hiasan laman semata-mata tetapi dimanfaatkan sewaktu anak demam.

Caranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ramas daun bunga raya di dalam air sejuk sehingga keluar lendir.
  • Gunakan air lendir itu dengan lap pada badan anak, celah ketiak dan celah peha untuk menurunkan suhu badan.

5- Epsom salt

Berbeza dengan empat petua di atas, ini pula petua diamalkan oleh ibu moden pada masa ini. Caranya ialah rendamkan anak dengan air garam atau magnesium sulphate. Jenama yang biasa guna ialah epsom salt.

Ibu boleh gunakan cara seperti di bawah:

  • Ambil 3 sudu epsom salt dan larutkan bersama air suam.
  • Rendam anak anda di dalam air itu selama 10 hingga 15 minit.
  • Keluarkan anak tanpa dibilas.
  • Dikatakan selain berfungsi menurunkan suhu badan anak, air garam itu dipercayai dapat merehatkan saraf anak yang menegang kerana kurang sihat.

Ibu-ibu yang ada anak demam, tidak salah mencuba petua-petua ini. Apa yang penting pastikan keadaan kesihatan anak dengan serta bawa juga berjumpa dengan doktor selain dapatkan nasihat daripada mereka. Selamat mencuba. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Baca juga: Ibu Ayah, Jangan Biarkan Demam Anak Berlanjutan! Elak Risiko Sawan dengan Dengan Ubat Demam Kanak-Kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Elak Selimutkan Anak & Mandi Dengan Air Sejuk, Begini Cara Rawat Anak Bila Demam

Baca juga: Ini Perbezaan Anak Demam Sebab Anak Tumbuh Gigi Dengan Demam Sebab Sakit Lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan