Pernahkah anda makan halia bara? Tanaman kategori rempah ini mempunyai banyak khasiat, dan pasti anda mahu tahu lebih lanjut tentang manfaat halia bara ini khususnya buat wanita, kan?
Tanaman yang dikenali dengan bahasa latin Zingiber officinale Roxb ini diketahui mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat seperti shogaol, gingerol, zingeron, dan sebagainya. Kandungan bahan aktif yang pelbagai ini boleh meningkatkan kecergasan badan, melawan bakteria, meredakan senggugut dan macam-macam lagi!
Baca juga: Resepi Serunding Halia Ikan Bilis, Menu Pantang Paling SEDAP & Berkesan Buang Angin
Apakah manfaat halia bara untuk wanita?
Manfaat halia bara sering digunakan dalam amalan penjagaan kesihatan tradisional Melayu. Halia bara turut menjadi ramuan penting dalam bidang masakan yang bertujuan untuk menyedapkan lagi rasa makanan.
Ia juga dikenali sebagai halia merah, halia udang atau halia emprit di negara Indonesia.
Meskipun hampir sama dengan halia biasa, terdapat beberapa ciri tertentu untuk mengenali halia bara. Ia mempunyai saiz umbisi yang lebih kecil, berwarna kemerahan (merah tua) dan bau agak kuat. Manakala saiz daunnya lebih kecil dengan bahagian hujung yang meruncing.
Halia bara juga sama seperti pokok halia biasa yang mempunyai bentuk berumpun. Ketinggiannya adalah antara 15 hingga 30 sentimeter dari paras tanah bergantung kepada cara pengurusan tanaman dan kesuburan tanah.
Antara khasiat halia bara untuk golongan wanita ialah:
#1. Meredakan sakit senggugut
Apabila mendekati tarikh datang bulan, ada sesetengah wanita yang mengalami kekejangan atau senggugut di bahagian perut. Apa kata anda cuba teh atau air rebusan halia ini yang terbukti boleh membantu meredakan sakit senggugut?
Tidak menghairankan halia bara merupakan alternatif yang baik sebagai ubat semula jadi merawat senggugut, malahan ia berkesan untuk tempoh yang cepat.
#2. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Sekiranya perut kosong contohnya ketika berpuasa, kita perlu menjaga kekebalan tubuh agar sentiasa cergas dan fit. Ini membolehkan kita menjalani aktiviti fizikal secara maksimum..
Pengambilan halia secara kerap diketahui boleh meningkatkan kekebalan tubuh kita. Ekstrak halia bara yang dibuat teh boleh mencegah dan membunuh bakteria berbahaya dalam tubuh sehingga sistem kekebalan tubuh akan jauh lebih kuat selama perut kosong atau berpuasa.
#3. Meningkatkan tahap kesuburan
Bagi wanita, kesuburan merupakan hal yang penting kerana berkaitan dengan reproduksi. Tahukah anda, salah satu manfaat halia bara ini boleh meningkatkan kesuburan?
Tumbuhan herba ini memiliki kandungan L-arginine yang memiliki fungsi kelancaran perjalanan darah di dalam tubuh. Secara tak langsung, ia boleh membantu kemasukkan oksigen ke rahim dan ovari sebagai tempat sel telur dihasilkan.
Apabila mekanisme ini berjalan lancar, kemungkinan pembuahan juga akan lebih tinggi.
#4. Mengurangkan kolesterol jahat
Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan kurang dari 3 gram halia bara setiap hari akan mengalami penurunan trigliserida dan kolesterol jahat lebih tinggi, dibandingkan dengan orang yang tidak mengamalkan pengambilannya.
#5. Anti penuaan semula jadi
Siapa yang tak menginginkan kulit sihat, cantik, dan kelihatan lebih muda? Manfaat halia bara untuk wanita yang lainnya adalah ia boleh bertindak sebagai bahan anti penuaan semula jadi!
Kandungan antioksidannya membantu menjaga kulit agar tampak lebih cantik dan sihat. Ini diketahui juga boleh menangkal radikal bebas yang mempercepat kerosakan kolagen dan kulit, malah membantu meningkatkan elastisiti dan kehalusan kulit.
Bukan itu sahaja, khasiat halia merah juga berupaya mencegah risiko kanser. Oleh kerana kandungan bersifat antioksidan, pertumbuhan sel kanser juga boleh dicegah dengan mengamalkan pengambilan halia bara secara teratur.
Walaupun banyak lagi cara untuk mengurangkan risiko kanser namun amalan pemakanan dengan antioksidan tinggi, diketahui menjadi salah satu upaya yang boleh dilakukan. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Anisyah Kusumawati dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: Khasiat Halia Dipercayai Mampu Merawat Batuk & Kembung Perut Si Kecil