Air Lemon Untuk Ibu Mengandung, Kaya Vitamin C & Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

undefined

Air lemon untuk ibu mengandung membantu melegakan morning sickness, memperbaiki sistem pencernaan, mengurangkan tekanan darah semasa hamil

Ketika hamil, pemakanan dan minuman yang sihat amat penting bagi memastikan janin berkembang dengan kuat dan sihat. Air lemon untuk ibu mengandung adalah kaya dengan vitamin C boleh memberikan pelbagai manfaat kepada ibu mengandung.

Ia membantu menguatkan sistem imun, yang penting dalam melawan jangkitan seperti demam dan selesema. Selain itu, lemon juga mengandungi folat, yang berperanan dalam perkembangan janin.

Manfaat Air Lemon Untuk Ibu Hamil

Berikut beberapa manfaat air lemon untuk ibu hamil: 

1. Melegakan Morning Sickness

Manfaat air lemon untuk ibu mengandung adalah melegakan alahan atau morning sickness. Morning sickness adalah suatu keadaan yang kerap dialami oleh wanita hamil.

Gejala morning sickness seperti loya dan muntah dialami oleh 85% dari wanita hamil, dan biasanya berlaku apabila kehamilan memasuki usia 6 minggu.

Menurut fakta dari American Pregnancy Association, air lemon boleh membantu hilangkan rasa loya dan muntah yang teruk. Malah, ia boleh membersihkan saluran percernaan dan efektif untuk menyegarkan nafas.

2. Memperbaiki Sistem Pencernaan

Air lemon boleh menjaga tubuh dari mengalami kekurangan air, serta membantu mengurangi masalah yang berkaitan dengan pencernaan seperti sembelit.

Sonali Ruder dalam bukunya yang berjudul ‘Natural Pregnancy Cookbook’ mengatakan, sembelit selama kehamilan boleh dielak dengan mengambil segelas air lemon setiap hari sehingga buang air besar lebih lancar.

3. Perkembangan Janin Yang Sihat

Manfaat air lemon untuk ibu mengandung adalah membantu perkembangan janin yang sihat. Kalsium dan magnesium efektif yang terkandung dalam air lemon boleh membantu meningkatkan kesihatan tulang, dan mendorong perkembangan janin yang baik dalam kandungan.

Selain itu, air lemon juga mengalirkan mineral pada janin yang penting untuk perkembangan organnya.

4. Mengurangkan Tekanan Darah

Masalah lain yang kerap dialami oleh ibu hamil ialah masalah tekanan darah, yang boleh mempengaruhi kesihatan bayi dalam kandungan. Jangan risau ya ibu, air lemon sebenarnya boleh membantu anda.

Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2014,  rutin minum air lemon terbukti efektif bagi menjaga kestabilan kadar gula darah sepanjang tempoh kehamilan. Kandungan flavonoid yang ada dalam lemon juga boleh mengurangkan kolesterol dalam tubuh!

5. Mengurangkan Pembengkakan Kaki

Manfaat air lemon untuk ibu mengandung yang lain dapat mengurangkan pembengkakan kaki. Semasa hamil, ibu mungkin akan mengalami perubahan tubuh badan, contohnya bahagian kaki yang membengkak!

Namun ibu jangan khuatir kerana lemon merupakan sumber utama antioksidan dan vitamin yang membantu mengurangkan bengkak kaki semasa kehamilan.

Kesan Sampingan Air Lemon Untuk Ibu Hamil

Walaupun air lemon mempunyai banyak manfaat, ibu hamil juga perlu berhati-hati dengan beberapa risiko yang mungkin timbul:

1. Masalah Asid Refluks atau Pedih Ulu Hati

Air lemon bersifat asidik dan boleh menyebabkan pedih ulu hati kepada sesetengah ibu hamil, terutamanya jika diminum dalam kuantiti berlebihan.

2. Risiko Hakisan Gigi

Kandungan asid dalam lemon boleh menghakis enamel gigi, menyebabkan gigi menjadi sensitif dan lebih mudah rosak. Sebaiknya, ibu mengandung minum air lemon dengan straw untuk mengurangkan kesan asid pada gigi.

3. Kesan Diuretik & Kerap Kencing

Lemon bersifat diuretik ringan, yang bermaksud ia boleh merangsang pengeluaran air kencing. Jika diminum dalam kuantiti yang berlebihan, ibu mungkin lebih kerap ke tandas dan berisiko mengalami dehidrasi.

4. Alergi atau Ketidakselesaan

Sesetengah ibu hamil mungkin mempunyai alahan terhadap sitrus atau mengalami ketidakselesaan seperti perut kembung atau cirit-birit selepas minum air lemon.

Cara Buat Air Lemon Untuk Ibu Hamil

Membuat air lemon untuk ibu mengandung sangat mudah dan boleh dilakukan di rumah. Berikut adalah langkah-langkahnya:

Bahan-bahan: 

  • 1 biji lemon segar
  • 1 cawan (250ml) air suam atau sejuk
  • Madu atau gula perang (pilihan)

Cara Penyediaan:

  1. Basuh lemon hingga bersih.
  2. Potong lemon kepada dua bahagian dan perah jusnya ke dalam gelas.
  3. Tambahkan air suam atau sejuk mengikut keselesaan.
  4. Jika mahu rasa lebih sedap, boleh tambahkan sedikit madu atau gula perang.
  5. Kacau rata dan minum segera untuk kesegaran maksimum.

Jika ingin lebih berkhasiat, boleh tambahkan hirisan lemon dalam air untuk mendapatkan ekstrak penuh dari kulitnya, yang kaya dengan antioksidan.

Atau, untuk mendapat kebaikan lemon sepenuhnya, anda boleh memerah lemon menjadi jus lemon! Potong lemon kepada 2 dan perah jus ke dalam gelas.

Jika rasanya terlalu masam, tambahkan sedikit madu. Jadikan ia lebih menyelerakan dengan menambah halia.

Rebus segelas air dengan hirisan lemon dan halia dan minum suam. Mesti sedap!

Cara Minum Air Lemon Untuk Ibu Hamil

Walaupun air lemon untuk ibu mengandung memberi banyak manfaat, ia perlu diminum dengan cara yang betul supaya ibu tidak mengalami sebarang ketidakselesaan. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti:

  1. Minum dalam jumlah sederhana. Seeloknya hadkan pengambilan kepada 1 hingga 2 gelas sehari. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.
  2. Ambil selepas makan. Jika diminum ketika perut kosong, ia mungkin menyebabkan peningkatan asid perut dan pedih ulu hati, terutama bagi ibu yang sensitif.
  3. Gunakan straw. Lemon bersifat berasid dan boleh memberi kesan pada enamel gigi jika diambil terlalu kerap. Minum menggunakan straw boleh membantu mengurangkan pendedahan asid kepada gigi.
  4. Gunakan lemon segar. Pastikan anda menggunakan lemon segar dan elakkan jus lemon yang telah diproses atau dibotolkan, kerana ia mungkin mengandungi bahan pengawet.
  5. Perhatikan reaksi badan. Jika selepas minum anda merasa tidak selesa seperti loya atau sakit perut, sebaiknya kurangkan jumlah pengambilan atau hentikan buat sementara waktu.
  6. Bersihkan mulut dengan berkumur menggunakan air kosong setelah makan lemon. Rasa asam pada lemon dapat mempengaruhi penghasilan enamel pada gigi.
  7. Jika ingin mencampur ekstrak lemon dengan air, gunakan air panas. Air panas mendidih boleh merosakkan kandungan vitamin dalam lemon. Sebaiknya gunakan air suam.
  8. Mula minum lemon sedikit demi sedikit untuk membiasakan dengan rasanya yang masam. Jumlah air lemon yang dicadangkan adalah sekitar 2 – 3 gelas.

Kesimpulannya, air lemon untuk ibu mengandung memang bermanfaat, tetapi perlu diminum dalam jumlah sederhana dan dengan cara yang betul supaya ibu dapat menikmati manfaatnya tanpa sebarang kesan sampingan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Erin dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Buat Jeruk Mangga Tanpa Pengawet, Bantu Ibu Hamil Hilangkan Loya & Selamat Dimakan!

Baca juga: Durian Belanda Bagus Untuk Cegah Mual & Banyakkan Susu Badan, Ibu Hamil Perlu Makan Ini!

Baca juga: Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!