Manfaat mengambil sarapan pagi yang berkhasiat

lead image

Kebanyakan orang akan bersetuju bahawa makan sarapan yang sihat adalah penting, tetapi adakah anda benar-benar tahu mengapa? Mengambil sarapan yang sihat mempunyai banyak manfaat termasuklah manfaat pemakanan yang lebih baik, prestasi sekolah yang lebih meningkat serta pengurusan berat badan yang lebih baik. Malangnya , kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 3 orang tidak mengambil sarapan di peringkat antarabangsa. Tetapi jangan bimbang, moga-moga tips kami ini akan mengubahnya! Ini bermula dengan setiap ibu menyedari betapa mudahnya untuk menyediakan sarapan pagi yang sihat dan seimbang, dan sedap untuk seluruh keluarga.

Adakah anak-anak anda tak sering bersarapan? Adakah ibu rasa tekanan pagi apabila tergesa-gesa untuk menyiapkan diri dan anak-anak anda – sampai harus memilih antara mengeringkan rambut anda atau menyediakan sarapan untuk keluarga tersayang?

Mencari masa untuk menyediakan sarapan pagi kadang-kadang boleh menjadi satu cabaran, tetapi akhirnya bermanfaat. Artikel ini memberi penjelasan mengapa anda harus melapangkan masa dan berusaha untuk menyediakan sarapan pagi untuk keluarga tersayang (kami janji, pasti berbaloi!)

Di sini, ibu sekalian, sebab-sebab mengapa sarapan adalah penting dan tidak boleh diabaikan:

CPW malaysia 300x199 Manfaat mengambil sarapan pagi yang berkhasiat

Sarapan juga membantu untuk:

  • Meningkatkan mood keseluruhan
  • Meningkatkan tenaga pada waktu pagi
  • Kekalkan berat badan yang sihat

Ya, sarapan pagi sangat penting, tetapi sebelum anda membuat jamuan untuk sarapan pagi, ketahui dahulu makanan apa yang lebih berkhasiat. Walaupun sarapan pagi memang bermanfaat, anda tidak patut menghidangkan apa sahaja untuk sarapan.

Apa yang membentuk sarapan yang sihat?

Walaupun sarapan kegemaran seperti Lontong (798 kalori setiap mangkuk) atau Nasi Lemak (635 kalori setiap mangkuk) ternyata lazat, namun adalah terbaik untuk menikmatinya sekali-sekala sahaja, dan bukannya setiap hari kerana kiraan kalori, lemak dan sodium yang tinggi.

Jadi bagaimana anda tahu jika sarapan hidangan anda sihat dan berkhasiat?

Panduannya adalah, bahawa sarapan perlu seimbang.

Membiasakan diri dengan kumpulan makanan akan membantu penyediaan sarapan lebih mudah. Kategori-kategori ini berfungsi sebagai satu panduan yang baik untuk mengenal pasti kategori yang berkurangan atau berlebihan.

Menghidangkan makanan hanya daripada satu kumpulan secara berulangan, walaupun makanan tersebut disifatkan sebagai sihat – gagal untuk memberi badan anda nutrisi yang lengkap dan yang diperlukan.

Untuk sarapan pagi yang sihat dan seimbang, sentiasa periksa jika keluarga anda menikmati sekurang-kurangnya satu bahan daripada setiap satu empat kumpulan makanan. Ia akan memberikan badan sebuah permulaan yang seimbang – diperkaya dengan tenaga dan nutrien penting.

Empat kumpulan makanan

Pakar semua bersetuju bahawa sarapan yang sihat dan seimbang harus merangkumi empat kumpulan makanan, iaitu: buah-buahan atau sayur-sayuran, produk tenusu, daging dan alternatif (contohnya tauhu, kacang, quinoa), dan bijirin, terutamanya bijirin penuh untuk pemakanan tambahan.

 

CPW 2 malaysia 300x199 Manfaat mengambil sarapan pagi yang berkhasiat

Walaupun jarang dinilai sebagai makanan yang menarik, bijirin adalah sumber tenaga utama dalam diet.

Mengapa bijirin penuh lebih berkhasiat?

Pengambilan bijiran penuh membantu mengurangkan risiko obesiti, penyakit jantung, dan diabetes jenis 2. Ia juga merupakan sumber serat yang meningkatkan penghadaman dan kesihatan secara keseluruhan.

Dengan semua manfaat ini, ia memang tepat untuk menambahkan bijirin penuh dalam diet harian keluarga! Ia juga senang digabungkan. Tidak perlu menghambakan diri di dapur.

Stokkan dapur anda dengan makanan gandum sedia dimakan seperti roti dan bijirin. Mempunyai stok makanan gandum pula memberikan keluarga anda tenaga dan nutrisi yang mereka perlukan, dan membolehkan anda lebih banyak masa untuk menyiapkan diri anda untuk hari yang sibuk.

Ibu-ibu sekalian, cubalah mengimbangi sarapan keluarga anda dan masukkan bijirin penuh kepada sebahagian daripada makanan mereka. Anda akan mendapati bahawa bergegas untuk menyediakan sarapan pagi adalah satu perkara zaman dahulu dan sarapan yang sihat untuk seisi keluarga semudah mengingati 1, 2, 3 ... 4 kumpulan makanan!

Semoga sarapan pagi anda penuh dengan makanan berkhasiat, lazat dan terutamanya membuat semua ahli keluarga bahagia!