Sepanjang tempoh kehamilan, para ibu sering diingatkan untuk mengutamakan pemakanan yang sihat bagi mengekalkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Selain pengambilan sayur-sayuran, ibu juga disaran mendapatkan manfaat telur rebus dalam diet harian.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Manfaat telur rebus untuk ibu mengandung, pastikan telur benar-benar masak
- Manfaat telur rebus untuk ibu mengandung
- Berapa banyak telur yang boleh ibu mengandung makan?
Telur rebus memiliki nutrisi dan protein yang baik untuk ibu dan janin dalam kandungan. Foodsafety menyatakan bahawa telur hendaklah dipastikan benar-benar masak agar anda memperoleh manfaatnya.
Hal yang perlu anda hindari adalah mengambil telur mentah atau setengah masak kerana ia mengandungi bakteria salmonella berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan.
Manfaat telur rebus untuk ibu mengandung, pastikan telur benar-benar masak
Bagaimana untuk pastikan telur dimasak adalah benar-benar masak? Caranya amat mudah. Sesudah telur dimasak, potong pada dua bahagian.
Kuning telur dan putih telur perlu mengeras tanpa sebarang lendir. Masa yang diperuntukkan untuk rebus telur adalah 10-12 minit sahaja.
Manfaat telur rebus untuk ibu mengandung
Berikut merupakan manfaat telur rebus untuk ibu mengandung:
#1. Kaya dengan protein
Telur rebus amat kaya dengan protein yang akan membantu perkembangan kandungan kerana janin dibuat daripada protein.
Menurut Journal of Health, Population and Nutrition, ibu mengandung yang makan telur rebus dalam jumlah yang cukup akan mendapat asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.
Protein diperlukan untuk sel pertumbuhan dan perkembangan bayi seperti kulit, rambut, otot dan tulang.
#2. Perkembangan otak janin
Telur memiliki kandungan choline untuk pertumbuhan dan perkembangan otak janin. Memakan telur rebus juga untuk melindungi kandungan dari cacat tabung saraf (spina bifida).
#3. Tambah kalori
Telur rebus akan tambahkan kalori dalam tubuh ibu mengandung. Kebiasaannya, ibu mengandung memerlukan 200-300 kalori sehari. Telur pula menghasilkan 70 kalori yang diperlukan oleh ibu dan kandungan. Ia dapat mengurangkan risiko keguguran.
#4. Seimbangkan kolesterol
Menurut Center for Nutrition in Schools Department of California, keseimbangan kadar kolesterol boleh didapati dengan makan telur secara teratur. Ia amat berkesan untuk ibu mengandung yang memiliki tekanan darah tinggi kerana ia dapat turunkan kadar kolesterol.
#5. Sumber zat besi
Telur rebus dapat tambahkan zat besi untuk bertenaga. Zat besi akan meningkatkan kandungan darah untuk ibu dan kandungan. Ia juga akan membantu pengaliran oksigen dari paru-paru ke tubuh ibu dan kandungan.
#6. Menstabilkan gula dalam darah
Telur rebus akan mengawal pengaliran darah dan menurunkan kandungan gula dalam darah. Ia amat penting untuk ibu mengandung yang memiliki gestational diabetes atau prediabetes.
#7. Kaya dengan vitamin D
Vitamin D penting buat ibu mengandung untuk menjaga kesihatan tulang, menyokong fungsi imun dan merangsang perkembangan janin. Telur rebus dapat meningkatkan kandungan Vitamin D ibu mengandung di mana ia berkumpul pada kuning telur.
#8. Kurangkan stres
Choline yang ada dalam telur rebus dapat mengurangkan tekanan ibu mengandung. Kandungan choline inilah yang akan melawan tekanan perasaan dialami ibu mengandung. Fikiran ibu mengandung akan lebih tenang jika memakan telur rebus setiap pagi.
#9. Perbanyakkan susu badan
Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 450mg choline manakala ibu menyusu memerlukan 550mg choline. Dengan memakan telur rebus, ia membantu meningkatkan penghasilan susu badan.
#10. Kaya dengan asid folik
Telur mengandungi asid folik yang akan menjaga kesihatan jantung, mencegah stroke, membantu perkembangan janin dan menjaga kesihatan pencernaan.
Berapa banyak telur yang boleh ibu mengandung makan?
Cadangan pengambilan telur adalah antara satu hingga dua telur setiap hari, bergantung pada tahap kesihatan anda. Sebiji telur mengandungi kira-kira 185mg kolesterol dan badan memerlukan sekitar 300mg setiap hari.
Bagi ibu yang mempunyai masalah kolesterol, sebaiknya elakkan mengambil telur setiap hari kerana ia boleh meningkatkan komplikasi.
Bilangan telur yang perlu dimakan setiap hari hendaklah berdasarkan kandungan kolesterol dalam baki diet anda. Untuk lebih selamat, penggunaan kuning telur harus dihadkan kepada kurang daripada 20 biji dalam sebulan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 12 Susu Ibu Mengandung Yang Terbaik, Bagus Untuk Minum Setiap Hari
Baca juga: 14 Makanan Yang Tinggi Vitamin C, Bantu Meningkatkan Daya Tahan Ibu Mengandung
Baca juga: Bagus Untuk Sembelit, Ini 10 Manfaat Makan Buah Nanas Untuk Ibu Mengandung Ramai Tidak Tahu!