TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Dah Besar, Tak Payahlah Manja-Manja! Ramai Ibu Ayah Silap Tentang Ini

8 May, 2023
Anak Dah Besar, Tak Payahlah Manja-Manja! Ramai Ibu Ayah Silap Tentang Ini

Ada dalam kalangan ibu ayah yang berasa rimas apabila anak mereka yang sudah besar masih manja dengan mereka.

Ada dalam kalangan ibu ayah yang berasa rimas apabila anak mereka yang sudah besar masih manja dengan mereka. Jangan begitu, keadaan ini amat baik bagi perkembangan anak yang bermaksud mereka masih percayakan kita dan memerlukan kasih sayang daripada ibu ayah.

Kadang-kala ibu ayah bukanlah tidak mahu memanjakan anak yang sudah besar mungkin kerana ada adik-adik kecil yang lain masih memerlukan perhatian yang penuh tanpa sengaja kita mengabaikan perasaan anak yang sulung.

Perkongsian daripada seorang ibu di Instagram, Bonda Umirah Taib yang mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa manjakan anak-anak walaupun sudah besar menarik perhatian warga netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Director of Le Maream (@bondaumirahtaib)

“Siapa yang cakap anak-anak dah besar ni kita dah tak perlu nak manja-manjakan dia ataupun dia dah tak perlukan kita?

“Sebenarnya makin dia besar dunia dia makin mencabar, dia makin memerlukan kita. Nombor satu, comforting words daripada kita, nombor dua dia lebih banyak perlukan guidance, logiklah kan dunia main mencabar dia makin memerlukan pertolongan dan juga panduan daripada ibu ayah tapi kita silap makin dia besar kita lepaskan anak-anak kita tu terus.

“Anak-anak yang makin membesar dia memerlukan belaian kasih sayang dan bayangan kemanjaan ibu ayah tu sama je macam adik-adik dia yang lain sebab memori tu masih tak hilang, naluri keanak-anakan tu masih ada.

“Jadi kita sebagai ibu dan ayah jangan kita terbuat silap mungkin anak-anak kita besar sampai dia dah nak kawin pun takpe kita treat macam dia masih anak-anak kita dulu manja macam mana kita peluk sayang adik-adik dia macam tu juga kita peluk dia juga supaya nanti esok lusa bila dia berkahwin dia akan buat perkara yang sama ke atas anak-anak dia so besar ataupun kecil pun kita manjakan sama okey?,” katanya dalam sebuah video.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan mereka tentang perkara ini.

Selain itu, menurut ahli terapi mental dan kaunselor, Mallory Williams, layanan tidak adil akan menjadi trauma berpanjangan yang menjejaskan emosi anak-anak.

“Bahaya jangka panjang terbesar ialah kemurungan, kebimbangan, tindak balas yang tidak stabil atau trauma dalam hubungan peribadi. Selain itu wujud kebimbangan prestasi untuk kedua-dua kanak-kanak yang digemari dan tidak digemari.

“Kanak-kanak yang tidak disayangi akan mengalami nilai diri yang rendah, perasaan penolakan dan tidak mencukupi. Selain itu seolah-olah ‘berputus asa’ kerana perasaan mereka tidak akan layak mendapat perhatian dan kasih sayang seperti adik-beradik yang lain

“Ini selalunya mempunyai implikasi jangka panjang ke atas prestasi mereka dalam pekerjaan, di sekolah, dan dalam hubungan interpersonal. Ia kerana hubungan keibubapaan menetapkan asas dan jangkaan hubungan masa depan,” kata Williams.

Bonda Umirah Taib 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 5 Karakter Anak Sulung Sebenarnya Sedang Memberontak, Ini Cara Ambil Semula Hatinya

Baca juga : Anak Terlalu Manja? Guna 5 Cara Ini Untuk Latih Bayi Anda Lebih Berdikari!

Baca juga : Sikap Ibu Ayah Tidak Berlaku Adil Membuatkan Anak Memberontak, Berhentilah Banding-Bandingkan Mereka

Stories Rakan Kongsi
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
How Travelling Makes Kids More Resilient
How Travelling Makes Kids More Resilient

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Dah Besar, Tak Payahlah Manja-Manja! Ramai Ibu Ayah Silap Tentang Ini
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham