Tiada Ibu Di Dunia Ini Sempurna, Namun Dialah Yang Banyak Berkorban Untuk Keluarga

Manusia tidak sempurna termasuklah seorang ibu. Namun ibulah insan yang selalu banyak berkorban untuk kebahagiaan seisi keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manusia tidak sempurna termasuklah seorang ibu. Namun bagi anak-anak, insan inilah yang menjadi penyeri dalam rumah, yang telah melahirkan dan membesarkan kita tanpa mengenal erti penat. Ingatlah bahawa kedudukan ibu tiada galang gantinya.

Tiada satu mahupun dua, tempat seorang ibu dalam hati keluarga sentiasa yang paling teratas.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Manusia tidak sempurna, tetapi ibu sentiasa bersedia korbankan segalanya untuk anak
  • Jangan sesekali menyakiti perasaan ibu 
  • Hargai ibu sementara dia masih ada bersama kita

Manusia tidak sempurna, tetapi ibu sentiasa bersedia korbankan segalanya untuk anak

Betapa besar pengorbanan seorang ibu yang sanggup mengorbankan segalanya malah nyawa kepada anak-anaknya. Walaupun sungguh benar, memang tidak ada satu pun mak yang sempurna. Tetapi itu tidak menghalang mak daripada memberikan segalanya dan tidak pula meminta anak-anaknya membalas jasanya.

Betapa ikhlas hati seorang mak dalam menjaga anak-anaknya tanpa lelah dengan keringat yang ada. Sedia untuk berkhidmat untuk anak dan keluarganya. 

Jangan sesekali menyakiti perasaan ibu 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Janganlah disakiti hati mak! Bukan selamanya mak berada dengan kita. Bukan selamanya mak dapat mendoakan kesejahteraan kita. Saat beliau masih belum menutup mata, gembirakanlah mak. Janganlah dilukai hati mak yang hatinya sentiasa bersabar melayan karenah kita. Ingatlah, mak tiada pengganti. Maklah hanya satu-satunya di dunia ini. 

Betapa ramai anak-anak yang merasai penyesalan berterusan apabila melukakan hati mak. Apatah lagi, rasa yang tiada penghujung apabila mak tidak lagi berada disisi. 

Hargai ibu sementara dia masih ada bersama kita

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berapa lama mak dapat bersama dengan kita? Masih dapat mendengar segala luahan kita, tempat kita mencurahkan kasih sayang? Inilah suatu misteri kehidupan, pastinya tiada siapa yang tahu saat kesayangan bakal meninggalkan kita.

Waktu bersama mak begitu singkat sekali. Sedar tak sedar, dalam kesibukan kita mengejar dunia, kita semakin melupakan mak. Tidak kita sedar bahawa mak juga sudah semakin dimamah usia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahagiakanlah mak anda sementara anda masih dapat menatap raut wajah dan tawanya. Kerana beliaulah, jambatan kita ke syurga.

Hargailah ibu anda. Ucapkanlah kata-kata penghargaan buatnya. Jangan sampai anda dihujani penyesalan yang tidak berpenghujung. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Anak Sulung Sentiasa Istimewa Di Hati Ibu, Dialah Yang Beri Banyak Pengalaman & Pengajaran

Baca Juga: Ibu, Berhenti Rasa Bersalah Jika Tak Puasa! Pengorbanan Susukan Anak Juga Satu Kewajipan

Baca Juga: Sanggup Ikut Cara Keluarga Suami Sepanjang Masa, Ini Pengorbanan Isteri Yang Ramai Suami Tak Ambil Tahu

Penulis

Nina Osman