Masak untuk berbuka puasa menjadi cabaran kepada wanita khususnya mereka yang mempunyai ahli keluarga yang cerewet tentang menu harian. Namun, pada zaman ‘media sosial’ ini, kita mempunyai pelbagai platform yang membimbing kita dengan menu masak berbuka puasa.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini
- Menu masak berbuka puasa untuk suami tercinta, wanita sarat hamil kongsi hidangan yang disediakannya
Menu masak berbuka puasa untuk suami tercinta, wanita sarat hamil kongsi hidangan yang disediakannya
Seorang ibu sarat hamil berkongsi keterujaannya untuk masak berbuka puasa dalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) untuk suami tercinta walaupun diminta berehat.
Sememangnya semua menu yang dikongsi bukan sahaja mengiurkan tetapi susunan dan kepelbagaian menu yang disediakan setiap hari ternyata menunjukkan kegigihan wanita ini untuk membuat persiapan berbuka yang istimewa.
Dalam entri tersebut, wanita tersebut berkongsi lebih 10 menu dalam bentuk gambar dengan idea menu yang pelbagai.
Setiap gambar menunjukkan bagaimana wanita tersebut memasak menu yang disediakan berasaskan satu nama dan lauk yang sesuai. Menu yang disediakan oleh beliau ialah:
Menu 1
-Nasi kuning
-Daging masak kicap
-Rendang ayam
Menu 2
-Nasi lemak hijau
–Sambal sotong
-Udang galah goreng kunyit
Menu 3
-Nasi Ayam
Menu 4
-Shellout
Menu 5
-Nasi ala kak wok
Menu 6
-Nasi Tomato
-Ayam masak merah
-Gulai daging
Menu 7
-Nasi daging
-Air asam
Menu Johor 8
-Nasi ambeng
Menu Ganu 9
-Nasi minyak
Menu 10
-Nasi air ayam carik
Menu 11
-Nasi hujan panas
-gulai kari telur
-daging goreng kunyit
Menu 12
-Nasi ayam penyet
Menu 13
–Nasi beriani
-kerutuk kambing
-ayam berempah
Apa yang pasti perkongsian tersebut pasti memberi pelbagai idea masak berbuka puasa kepada wanita di luar sana dan lebih menarik ialah, pencuci mulut yang turut disediakan bersama-sama masakan utama. Kalau ada kesempatan, cubalah!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Menyusu Perlu Makan Tiga Kali Sehari Ketika Berpuasa, Elak Susu Badan Jadi Drop
Baca juga: Menyusukan Anak Tapi Ingin Puasa Ganti, Perlukah Ibu Menyusu Mengganti Puasa?
Baca juga: 7 Resepi Minuman Berbuka Puasa Yang Sihat & Menyegarkan, #4 Paling Ramai Suka!